Sunday, May 10, 2009

selamat hari IBU...





sayang mak selalu...
walaupun anak mu berada jauh di tempat orang
namun, sekali-kali tidak aku melupakan mak
insan yang paling berjasa dalam hidupku
mengandung dan melahirkan diriku
walaupun aku tahu aku tidak dapat membalas jasa ibu,
namun,
jutaan terima kasih ku ucapkan...

mak,
doakan anakmu ini sentiasa berada dalam landasan yang betul untuk ke syurgaNya
doakan anakmu ini sentiasa istiqamah dalam perjuangan ISLAM
doakan anakmu ini agar menjadi orang yang berguna kepada semua makhlukNya...

mak,
aku kagum kepadamu
insan yang sentiasa tabah dan sabar menghadapi liku kehidupan
sentiasa sabar dan berserah kepadaNya
kadang-kala aku melihat mak menangis,
namun aku seakan-akan tidak berguna
kerana tidak mampu untuk menyeka air mata itu
maafkan anakmu mak...

maafkan aku kerana pernah mengguris hatimu
maafkan aku kerana lalai menjalankan tanggungjawabku sebagai kakak
sebagai anak...
maafkan aku mak...

terima kasih yang tidak terhingga kerana selalu mendoakan anakmu ini..
terima kasih banyak..

selamat hari ibu!

# dedikasi khas untuk ibu ku yang jauh di mata, dekat di hati..

No comments: