Saturday, September 12, 2009

ramadhan:klimaks @ permulaan?

assalamualaikum wbt...
setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ILAHI kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat pemberianNya.alhamdulillah...
hari ini aku ke kelas ko k seperti biasa..kali ni seperti sebelum ini, kelas kami seakan-akan 'kosong' ku rasakan kerana ustz tidak membincangkan apa2 tajuk..bosannya jua..aku bermonolog...mengantuk pun ada!
tiba2 ustz memberikan satu situasi kepada kami untuk dibincangkan bersama. dia cakap, sedikit sbnyak tazkirah untuk bulan ramadhan yang mulia ini....situasinya lebih kurang macam ni...
"ada yang mengatakan bahawa bulan ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan kita dan permulaan kepada penerusan ibadah untuk bulan2 yang akan dtg"...adakah betul seperti ini ataupun, bulan ramadhan adalah bulan untuk kita meneruskan ibadah yang kita dah lakukan 11 bulan sebelum datangnya bulan ramadhan"...aku tak terfikir langsung ini akan diajukan kepada kami..berfikir sekejap..

ustaz menambah "kita sepatutnya melakukan tadarus, berbuka puasa d masjid, qiammulail dan amalan2 lain bukan sahaja di bulan ramadhan tetapi jua sepanjang tahun atau lebih advance -sepanjang hidup kita! bulan ramadan adalah bulan untuk kita melipatgandakan segala amalan kita, bukan untuk memulakannya. jika waktu2 biasa kita hanya qiam 2,3 kali dalam seminggu, dalam bulan ramadhan kita buat hari2. jika kita hanya membaca 2,3 helai quran dalam sehari, kita try habiskan membaca alquran dalam masa 30 hari!..itulah yang sebaiknya"

itulah yang ust cakap, bulan puasa ni klimaks kepada 11 bulan sebelum itu atau permulaan untuk 11 bulan yang akan datang?

ramadhan bulan penerusan, bukan permulaan...selamat beristiqamah!

Sunday, September 6, 2009

SALAM RAMADHAN 1430H/2009


bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt..

sejuta ksyukuran ku pnjatkan kepada YANG MAHA ESA kerana sekali lagi telah memberikan aku peluang untuk berada di MADRASAH RAMADHAN tahun ini..alhamdulillah..


'wahai orang-orang yang briman, telah diwajibkan berpuasa ke atas kamu sepertimana umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa'-surah al baqarah ayat 183


ayat di atas menegaskan kepada kita bahawa keperluan untuk menunaikan ibdah puasa sepanjang bulan ramadhan, seperti mana yang telah dilakukan oleh umat islam sebelum ini..


puasa diertikan sebagai menahan diri daripada lapar dan dahaga bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari di waktu petang (maghrib)...


"bulan ramadhan adalah bulan tarbiah yang sepatutnya dapat melahirkan student yang cemerlang, pejuang yang mempunyai semangat jihad yang tinggi dan sebagai seorang insan yang lebih baik dari sebelum ini", kata-kata yang dilontarkan oleh seorang ustaz ketika kami berdiskusi bersama..kenapa ramadhan selalu dikaitkan dengan TARBIAH?apa kena mengena lapar & tarbiah? adakah sahur itu merupakan salah satu silibus tarbiah ramadhan?


bulan ramadhan adalah bulan yang lebih baik daripada 1000 bulan atau disamakan dengan lebih kurang 83 tahun. bayangkan tawaran hebat dari Allah S.W.T ini! tiada siapa antara kita yang hidupya beramal sepanjang 83 tahun!kan? kita seharusnya MENGAJAR diri kita untuk RAJIN dalam bulan ini-rajin ke kuliah, rajin bangun pagi, rajin ke masjid dan rajin membaca al quran serta yang sewaktu dengannya...


mungkin sebelum ini kita TIDAK SELALU solat malam, tapi apabila tibanya RAMADHAN, kita bangun sahur dan secara langsung, kita bangun untuk TAHAJUD kepadaNya...mungkin sebelum ini kita tidak tahu jalan ke masjid yang hanya berada di tepi rumah/asrama, apabila tibanya RAMADHAN, kita perlu ke masjid untuk solat tarawih. mungkin sebelum ini kita SUSAH untuk bangun ke kelas yang bermula pada pukul 8 pagi, tetapi apabila datangnya RAMADHAN, secara langsung kita bangun pagi..mungkin sebelum ini kita tak pernah perasan akan quran yang ada di rak almari kita, tetapi apabila datangnya RAMADHAN, kita perlu untuk brtadarus bersama-sama sahabat lain...senang je tawaran ALLAH S.W.T...


So, masih belum terlambat untuk mengejar tawaran RAMADHAN.masih ada baki lebih kurang 14 hari untuk kita merebut pahala yang ada...rajin2 ke masjid!



-SELAMAT BERAMAL

-SELAMAT BERIFTOR JAMAIE

-SELAMAT BERGELAR GRADUAN OF RAMADHAN

-SELAMAT MENERUSKAN KEHIDUPAN...