Sunday, May 31, 2009

ingatkah kita???


Assalamualaikum w.b.t...

Maafkan saya kerana sudah lama tidak post anything..Serba salah sebenarnya membiarkan blog ini bersawang, namun apakan daya itulah yang berlaku..Namun, perlu diketahui bahawa tidak ada niat membiarkan my stop center ni begitu sahaja..Kekangan masa sebenarnya..Apapun mari teliti posting saya yang terbaru. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya, Insya Allah..


Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Saya percaya ianya untuk mengisi masa lapang atau sekadar suka-suka sahaja. Namun, jangan terkejut jika sesetengah orang terlalu obses dengan apa yang diminatinya itu sehinggakan sanggup berhabis masa dan wang untuk memenuhi keinginan. Tidak salah, namun sejauh mana 'keminatan' kita kepada sesuatu itu mendekatkan kita dengan Yang Maha Pencipta?


Ada yang minat kepada artis sehingga smuanya tentang artis itu perlu diketahui dan disimpan sebagai koleksi. Ada jua yang 'gila' bola hinggakan sanggup bangun malam untuk menonton perlawanan bola. Ada juga yang obses dengan aksesori (seperti cincin, kasut dan rantai) sehingga sanggup berhabis wang semata-mata untuk menambah koleksi peribadi.


Di kampus semestinya fenomena ini lebih meriah berikutan kerana penuntut kebanyakannya adalah remaja. Remaja cenderung kepada sesuatu yang menyeronokkan, simple, cute dan sebagainya. Apatah lagi perempuan! Tambah 'sibuk' waktu majlis konvo kerana ada pesta konvo yang menawarkan barangan yang murah + artis!


Pada pendapat peribadi saya, tidak salah mencenderungkan diri kita kepada sesuatu yang kita minat. Saya sendiri ada siaran tv yang saya sukai, artis yang saya minati, penulis novel yang saya gemari hatta game yang saya sukai. Namun, apa yang saya ingin tekankan (kepada diri saya terutamanya), apakah sesuatu yang kita sukai itu baik untuk kita? Adakah ia mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T? Adakah ia boleh membantu menambah iman kita?...

Itu sebenarnya yang perlu kita utamakan. Ingatkah kita akan pencipta artis yang kita minati itu? Ingatkah kita akan pencipta kepada pemain2 bola sepak yang kita minati itu? Adakah kita 'meminati' pencipta itu seperti mana kita meminati sesuatu? Tanya iman kita...


Jika kita mencintai Allah, kita akan merasakan bahawa cintaNya sudah cukup untuk kita hidup di dunia ini.. Jika kita merasakan kita menyukaiNya, kita akan sentiasa mengingatiNya di setiap saat kehidupan kita. Tidak akan ada setiap detik yang terlepas dalam hidup ini tanpa kita mengingatiNya. Setiap sesuatu yang kita lakukan, perlu berbalik kepada syariat. Jika sesuatu itu baik untuk kita dan agama, teruskan. Jika tidak kurangkan ataupun hapuskan terus. Jangan sampai kerana lalai melakukan sesuatu yang hanya saki baki daki dunia, menyebabkan kita terlepas kehidupan akhirat yang kekal abadi. Ingatlah bahawa, Allah lebih dekat dengan kita. Dekat dengan kita daripada sesiapapun. Dia maha mengetahui apa yang berlaku dalam hidup kita. Jika tika ini kita masih mempunyai kesedaran tentang ISLAM, berdoalah semoga kita terus dipilihNya untuk merasai nikmat IMAN DAN ISLAM. Allah S.W.T tidak sekali2 merasa kerugian kerana kehilangan kita seorang untuk terus berjuang dalam agamaNya, sebaliknya kita yang merasa rugi kerana tidak ada peluang untuk berterusan dalam memperjuangkan agamaNya... Allah S.W.T akan menggantikan kita dengan orang lain yang lebih baik dan sanggup mati kerana agamaNya! kita?


Apapun yang terjadi, di mana pun kita berada, dengan siapapun kita, perlu diingat bahawa kita masih berada di bumiNya. Masih bernafas menggunakan oksigen yang free, masih memegang amanahNya sebagai khalifah di muka bumi..Jangan sekali-kali lupa dan alpa siapa kita.. Manusia memang akan melakukan kesilapan namun, jangan jadikan ia sebagai 'lesen' untuk kita melakukan kesilapan..


Semoga keminatan kita kepada sesuatu itu akan membawa kita kepada jalanNya, mendekatkan kita denganNya dan yang paling penting, membantu menegakkan agama ISLAM. jangan alpa kerana musuh kita sentiasa bekerja keras untuk mencuri masa kita daripada mengingati ISLAM & ALLAH S.W.T!


Teruskan bercuti dan dekatkan diri dengan ALLAH... semoga lebih bersemangat menempuh kehidupan.. Namun yang pasti, belum tentu esok menjadi milik kita..Teruskan Beramal!

Thursday, May 14, 2009

sekadar peringatan...

Sekadar perkongsian…

…“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu dan telah Aku redha Islam sebagai Deen (cara hidup) kamu”
Surah al maidah ayat 3

Ringkasnya, manusia perlu kembali kepada agama itu sendiri…
Teringat pula kepada sebuah kisah yang pernah diceritakan kepada saya...
“satu hari, ada seorang lelaki muslim yang mahu ke kedai gunting rambut(mau p potong rambut la tu..)..setibanya dia di kedai gunting rambut itu, pemiliknya adalah bukan muslim (non muslim)..dia pun teruskan dengan niat asal mau gunting rambut...sedang dia mendapatkan perkhidmatan tu,dia pun berbual-bual la dengan tukang gunting rambut ni..(hemoi-orang kedah cakap)..sedang berbual tu,tukang gunting ni tanyalah kepada muslim ni...lebih kurang beginilah soalan tu..(soalan subjektif..xda pilihan jawapan.kena fikir betul2...)
“kenapa orang islam mengatakan bahawa Allah itu Maha Kaya, Maha Penyayang, Maha Pengasih dan lain-lain sedangkan di dunia ini masih ada orang yang miskin, merempat, menindas orang lain dan sebagainya..kenapa?’...
Orang mukmin tu hanya mampu tersenyum dan mengatakan bahawa dia perlu berfikir dengan sebaiknya untuk memberikan jawapan yang baik...(perlu diingat bahawa orang mukmin adalah pintar!)
Setelah mendapatkan perkhidmatan dan berpuas hati dengan potongan rambut yang baru, pemuda itu pun balikla ke rumahnya sambil berfikir tentang soalan tadi...
Dalam perjalanan balik tu, dia ternampak seorang lelaki yang kusut masai dengan rambut yang panjang dan keadaan diri yang tidak terurus dengan baik di tepi jalan sebuah bangunan....tetiba idea datang...
Dia pun balik semula ke kedai tadi untuk memberikan jawapan terhadap soalan tadi...
“apakah reaksi anda apabila saya mengatakan bahawa di dunia ini tidak ada tukang gunting rambut?”kata pemuda itu..
Dengan nada marah, tukang gunting itu pun berkata “mana boleh jadi..kau baru sahaja bergunting rambut dari kedaiku ini. Mana boleh kau katakan di dunia ini tidak ada kedai gunting rambut. Jika ini (kedainya) bukan kedai gunting rambut, jadi kedai apa? Makanan?(marah betul dia...) apakah sebab anda mengatakan begitu hai orang muda?”
Sabar syarat menang...mukmin tu rileks ja...dan dengan penuh bersemangat, dia pun cakap..” saya mengatakan demikian kerana masih ada lagi orang di luar sana yang masih berambut panjang. Kusut masai tidak kemas...”kata pemuda itu.
”itu kerana mereka tidak mahu datang ke kedai saya. Macam mana saya mahu memotong rambut mereka jika mereka tidak datang ke sini?’ tambah tukang gunting itu..
”nah, itulah jawapan kepada soalan anda itu tadi..anda mengatakan bahawa masih berlaku penindasan, kemiskinan, pencabulan hak asasi dan sebagainya kerana mereka semua tidak kembali kepada islam. Allah telah menetapkan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai dan semua undang-undang yang termaktub adalah berguna dalam semua keadaan kehidupan. Islam telah menetapkan bahawa jangan menindas orang lain, kena hidup bantu-membantu, berusaha mencari rezeki, dan menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Semua ini sesuai dengan sifat Allah S.W.T. itu sendiri..Sangat penyayang kepada semua hambanya tidak kira islam atau tidak. Sangat Pemurah kerana menyediakan bumi ini untuk kita terokai dan berhidup di dalamnya...kesimpulannya, semua perkara yang anda sebutkan tadi (penindasan, kemiskinan dan sebagainya) adalah kerana tidak kembali kepada fitrah Islam itu sendiri. Sekian. Faham ke?”tanya pemuda itu.
”faham”, kata tukang gunting rambut itu...
perbualan mereka terhenti setakat ini...
apapun, kita kena kembali kepada islam itu sendiri. Fitrahnya, manusia memerlukan agama. Manusia sentiasa dengan sikap pelupanya. Oleh itu, agama adalah peringatan. Buktinya,
”Demi masa! Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan – pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Surah al’ashr ayat 1-3



Mari teliti sedikit pengisian daripada saya. Semoga ada manfaatnya kepada semua.
Apakah ‘ISLAM?’

I- Iltizam: azam dan berpegang teguh
”Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara yang mana jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah al-quran dan sunnahku.”
Kita kena berpegang teguh kepada al quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalani kehidupan agar kita sentiasa berada ’in the right track’ menuju ke syurgaNya..

S- Salam/kesejahteraan
Islam itu sendiri bermaksud salam dan sejahtera. Sebagai seorang islam, kita kena sentiasa berada dalam keadaan ’sejahtera’. Maknanya, kita kena sihat. Akal yang sihat datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Apa manfaatnya jika kita sihat? Banyak..jika kita sihat, kita boleh ke kelas agama seperti biasa, datang ke masjid dengar ceramah, boleh p ziarah rumah kawan dan yang paling penting boleh la beribadat dengan perasaan yang ‘sihat’...

L- Lillahi ta’ala: niat kerana ALLAH
Dalam ’Hadis 40’ perkara pertama yang disebutkan adalah niat. Niat penting. Itulah sebabnya dalam solat, puasa dan setiap detik kita lalui perlu ada niat yang jelas dan hanya kerana Allah. Contohnya, mau p kelas. Niatkan kerana Allah. Mau p makan, niatkan kerana Allah. Dalam solat pun niat antara salah satu rukun. Tinggal ja,habislah. So, betulkan niat kita!

A- Amal ma’ruf nahi mungkar
’Menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah kepada yang mungkar’. Suruhan daripadaNya yang kita perlu buat. Tiada pilihan. Kena cuba juga walaupun susah. Sedangkan nabi-nabi terdahulu pun buat, sedangkan mereka itu adalah maksum, inikan pula kita! Merempat di bumiNya tapi tidak mahu menyumbang sedikit tenaga untuk menyampaikan dan menegakkan Islam. Teruknya!
Seru dan suruh adalah dua perkara berbeza. Namun, apa yang penting usaha dulu dan selebihnya terpulang kepadaNya untuk ’approve’ kan permohonan kita dengan cara berdoa sebanyak mungkin. Ingatlah, jalan perjuangan bukan semudah jalan yang disangkakan. Jika anda mengatakan keperitan menaiki gunung everest atau kepenatan merentasi lautan atlantik itu lebih payah, jalan perjuangan itu lebih susah! Tidak semua orang mampu menyuruh kepada kebaikan dan menetang kemungkaran. Orang sekeliling kita adalah tanggungjawab kita. Apa yang sudah kita buat?

M- Mencapai redha Allah
Juga merupakan salah satu lagi perkara yang perlu kita usahakan..teringat pula ”redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa”. Selagi mana mak bapa kita redha dengan apa yang kita buat, selagi itulah Allah redha kepada kita. Kadang-kadang ada yang mengatakan bahawa ”si polan bin si polan tidak solat tetapi rezekinya sentiasa ada”. Mana tahu, mungkin Allah tidak redha kepadanya. Hatinya kosong walaupun harta tinggi menggunung. Keluarga tidak pernah aman daripada pergaduhan dan mana tahu dia mengalami kesihatan yang teruk! Siapa tahu? ”Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba. Hidup akhirat kita kekal selamanya”

Sedikit perkongsian daripada insan yang lemah.

Sunday, May 10, 2009

selamat hari IBU...





sayang mak selalu...
walaupun anak mu berada jauh di tempat orang
namun, sekali-kali tidak aku melupakan mak
insan yang paling berjasa dalam hidupku
mengandung dan melahirkan diriku
walaupun aku tahu aku tidak dapat membalas jasa ibu,
namun,
jutaan terima kasih ku ucapkan...

mak,
doakan anakmu ini sentiasa berada dalam landasan yang betul untuk ke syurgaNya
doakan anakmu ini sentiasa istiqamah dalam perjuangan ISLAM
doakan anakmu ini agar menjadi orang yang berguna kepada semua makhlukNya...

mak,
aku kagum kepadamu
insan yang sentiasa tabah dan sabar menghadapi liku kehidupan
sentiasa sabar dan berserah kepadaNya
kadang-kala aku melihat mak menangis,
namun aku seakan-akan tidak berguna
kerana tidak mampu untuk menyeka air mata itu
maafkan anakmu mak...

maafkan aku kerana pernah mengguris hatimu
maafkan aku kerana lalai menjalankan tanggungjawabku sebagai kakak
sebagai anak...
maafkan aku mak...

terima kasih yang tidak terhingga kerana selalu mendoakan anakmu ini..
terima kasih banyak..

selamat hari ibu!

# dedikasi khas untuk ibu ku yang jauh di mata, dekat di hati..

Friday, May 8, 2009

p mana sem ni slay?


slay, kemana cuti nnti?

pertanyaan yang seringkali diajukan kepada ku lebih2 lagi apabila tiba musim cuti...dan buat pertama kalinya, aku x balik ke sandakan cuti ni.

perkara pertama yang menghalang aku balik adalah intersesi. aku perlu belajar time cuti ni. ish3..sabar ja la.. itulah halangan paling besar.namun, aku tidak ambil pusing sangat. aku yakin aku ke sini mmg untuk menuntut ilmu. jadi setakat tak balik tu, bukan perkara besar la...


kenapa mahu balik?

jenguk mak ayah. itu yg paling penting. jika mana kita masih berkesempatan berbudi kepada mereka, lakukanlah. jangan buang masa, kerana ini mungkin peluang terakhir kita bersama mereka. sapa tau??


mau berprogram di kawasan. kamu tak teringin ka balik berprogram? tanya sahabat2 ku ketika kami berbincang ttg anak2 borneo di satu petang. sapa tak teringin. itulah yang dirindu ketika berjauhan begini.itulah yang dinanti2 sebenarnya.namun, apakan daya. Allah mentakdirkan aku tidak ada di sabah bersama adik2 di bukit garam nnti. kepada yang akan berprogram di sana, selamat berprogram!


mau balik tgk kampung halaman. juga merupakan acara tidak rasmi ku kalau pulang ke kampung. mahu tau semua ttg isu2 semasa. maklumlah, hal2 kecil xkan masuk paper kan. ttg pembangunan, masalah sosial, trend terbaru dan semua yang baru. jgn lupa juga jenguk2 saudara mara d kg. mana tau bertambah lagi ahli keluarga..


apapun, selamat menuntut ilmu bagi yang menuntut ilmu, selamat balik kg utk yang akan balik dan selamat berprogram utk yg akan berprogram. ingat, walau di bumi mana kita berada kita adalah HAMBANYA... lakukan kewajipan kita setakat yang termampu dan berdoa kepadaNya semoga hidup kita akan terus dalam keredhaan. insya Allah..

Langkawi, here we come!!


CD Motel


Map of Langkawi...
kami di langkawi

pantai yang mendamaikan jiwa



underwater world langkawi


our dinner


ikan yang sedap + mahal:-)


feri ke langkawi


best view!

satu lagi tempat percutian yg paling famous di Malaysia-Langkawi. Tapi kali ini aku lebih suka membicarakan melalui pengalaman ku sendiri.
Pada 6hb yang lalu aku ke langkawi ngan sahabatku, asti@ bola. Edisi terjah sebenarnya. pergi tak plan pun awal2. tau2, dah sampai langkawi. Kami berdua habis exam pada 6hb tu dan bergegas terus ke langkawi. Ada misi sebenarnya selain drpd p honeymoon.he...kami bergerak dr kampus kul 1 ptg. tersalah tempat pula tu..patutnya if mau ke kuala kedah, turun d pekan rabu, amik bus dr c2. tapi oleh kerana kami berdua ini x tau apa2, peta pun lupa bw, terpakda berpatah bali dr shahab ke pekan rabu. alhamdulillah, bus yang ditunggu telah tiba. sampai ke kuala kedah, amik tiket feri yang berharga rm23.00 dan berlepas kul 3.3.0 ptg. alhamdulillah, ombak tenang gak. if x, mmg mabuk la jawabnya...
sampai ke langkawi lebih kurang kul 6 lebih. masih terang lagi.. kami berkenalan dengan pemilik CD Motel, Che Di yang ramah mesra dan penuh dengan informasi, beserta dengan keluarganya. Che Di adalah salah seorang pengusaha melayu di Langkawi. Cd Motel menyediakan motel yang murah dan selesa. (P tgk wwwcdmotel.blogspot.com utk keterangan lnjut!). Oh ya, sebelum terlupa, watak penting dalam perjalanan kami adalah En Ali yang mengambil, menghantar dan membawa kami menjelajah langkawi. terima kasih daun keladi! walaupun hanya semalaman berada di langkawi,namun pengalaman yang ada sgt menyeronokkan. di tambah pula dengan keselesaan tempat tinggal kami! fuh...mmg x sia2 perjalanan.

kami dok di pantai chenang yang mempunyai tempat menarik seperti langkawi underwater world. kami sempat juga menikmati susasana malam di langkawi yang sememangnya meriah! bertemankan ikan masak 3 rasa, milo ais dan kepekatan malam, makan pula di tepi pantai, mmg terasa indah perjalanan kami! sok paginya kami bercadang mahu p tgk matahari terbit. tunggu punya tunggu rupanya matahari terbit tempat lain. xpa, yang penting dapat p tgk keindahan pantai dan lautan ciptaan Allah Yang Maha Esa. mmg indah..pantai yang menganjur, pasir yang putih, pokok kelapa yang melambai2 ditambah pula dengan deruan ombak memecah pantai..xda ungkapan yang bisa menggambarkan semua ini..subhanallah!

tepat kul 12,30 kami beransur pulang. en Ali dtg mengambil kami. sebelum itu, kami diberi buah tangan buah mannga oleh isteri En Che Di yang peramah. Selamat tinggal, terima kasih daun keladi! kami kemudiannya di bw berjalan2 ke awana porto malai, merupakan salah satu tempat ekslusif yang terdapat di langkawi. merupakan salah satu tempat terpenting untuk Lima langkawi yang diadakan 2 tahun sekali. wonderful sea view! Hebat ciptaan Allah.

kami kemudiannya di bwa ke kedai Haji Ismail Group utk p beli benda penting di Langkawi-COKLAT!. mmg murah la coklat di sini berbanding kedai lain. banyak gak borong coklat..sedap plak tu..kami bertolak balik ke kuala kedah kul 1.30 ptg.. kali ini, perjalanan lebih mendamaikan, tidak seperi kali 1st yang sempit! feri penumpang yang sama namun kedudukan dan situasi yang berbeza. kali ini lebih selesa! alhamdulillah...sampai ke kuala kedah kul 3 ptg, p pekan rabu, shahab dan last, sampai di kaci kul 6 ptg. Berakhir perjalanan kami..walaupun penat, namun menyeronokkan..nanti kita p ramai2 ya...



















Sunday, May 3, 2009

cuTi-cuTi MaLaysiA....


Peta Sabah...




Pulau Sipadan




Mud Volcanoe di hutan liar Tabin


Gunung Kinabalu




entrance sepilok.

sempena cuti yang akan datang ni, apa kata p melawat SABAH, especially SANDAKAN...
let's check it out. what interesting places in SABAH...njoy it!

Sabah Negeri Di Bawah Bayu, merupakan salah satu negeri yang terbesar di Malaysia. Terletak di Kepulauan Borneo dan berjiran dengan Sarawak Bumi Kenyalang. Sabah merupakan salah satu negeri di dunia yang mempunyai suku kaum yang terbanyak, antaranya ialah Kadazandusun, Bugis, Suluk, Sungai, Tidong, Bajau dan sebagainya. Antara bandar besar yang terdapat di Sabah adalah Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Ibu kota bagi negeri ini adalah Kota Kinabalu. Kekayaan flora dan fauna yang terdapat di bumi bertuah ini menjadikan ia sebagai salah sebuah destinasi pelancongan menarik di dunia. Pulau Sipadan merupakan salah satu syurga dasar laut terutama bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti skuba.

Selain itu, Sabah terkenal dengan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian mencecah 4.095 meter daripada aras laut. Cuaca sekitar pergunungan yang sungguh menyamakan juga mendorong kepada pembangunan kawasan pertanian oleh penduduk setempat. Ranau dan Kundasang merupakan kawasan terdekat dengan pergunungan ini yang juga menawarkan pekj menarik untuk diterokai, seperti Air Panas Poring, Kundasang War Memorial dan Agro Nursery. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang terdapat di kaki gunung kinabalu ini antaranya ialah bunga raflesia, periuk kera dan orkid. Apabila anda mendaki gunung ini, anda akan dapat melihat panorama yang berbeza pada setiap ketinggian. Hebatkan ciptaan Allah!


Bandar Kota Kinabalu merupakan ibu kota negeri ini dan ia turut menjadi tumpuan pelancong kerana menempatkan bangunan kerajaan seperti Bangunan Tun Mustapha, Pantai Tanjung Aru yang hanya kira-kira 6 km dr lapangan terbang kota kinabalu, Muzium Negeri Sabah yang turut menempatkan Kampung Budaya (Herritage Village), Karambunai Resort dan sebagainya. Anda juga boleh berkunjung ke pasar tamu yang merupakan tempat untuk membeli barang keperluan daripada bahan basah hingga kering seperti sayuran, pakaian, kelengkapan rumah dan perhiasan. Kadang-kala ia dibuka pada hari ahad dan bergantung kepada keadaan sesuatu tempat. Kota Kinabalu juga berdekatan dengan bandar lain seperti Tuaran, Penampang, Papar dan Kota Belud yang juga masih kekal dengan keindahan tempat dan budayanya.


Apabila anda ke sebelah timur Sabah, anda akan ke Sandakan, Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna selain dari bandar lain. Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah dan dahulunya dikenali sebagai Elopura. Sandakan turut terkenal sebagai The Nature City kerana kekayaan alam semulajadi ciptaan Ilahi. Antara tempat menarik di sini ialah Tempat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pasar Sandakan, Rumah Agnes Keith, Masjid Besar Sandakan di Buli Sim-Sim dan sebagainya. Sepilok merupakan salah satu pusat pemuliharaan orang utan terbesar di dunia. Selain dengan pemandangan hutan hujan tropika yang menakjubkan, anda juga boleh melakukan aktiviti junggle tracking di dalam hutan ini. Sepilok Laut juga merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di dalam hutan sepilok ini. Ia merupakan salah satu resort dalah hutan paya bakau yang sangat menakjubkan. Anda hanya perlu meredah hutan belantara sepilok sepanjang lebih kurang 5.5 km untuk sampai ke sepilok laut jungle resort ini.

Selain itu, jika anda ingin menerokai gua, anda boleh berkunjung ke Gua Gomantong yang kaya dengan burung layang-layang. Anda juga boleh ke Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai terpanjang di Sabah dan anda boleh menikmati keindahan ciptaan Tuhan di Sukau. Anda juga boleh ke Pulau Penyu (Turtle Island National Park) yang dikelilingi oleh Pulau Selingan, Pulau Bakkungaan Kecil dan Pulau Gulisaan. Anda boleh menyaksikan penyu bertelur di pulau ini pada musim penyu bertelur pada waktu malam. Sandakan Memorial Park, Jabatan Perhutanan Sandakan, Sandakan Harbour Square dan pelbagai tempat menarik menanti anda di Sandakan. Pasar Tamu di Sandakan beroperasi pada hari ahad dari pagi hingga ke petang dan menjual pelbagai jenis barangan termasuk cenderahati. Daripada semenanjung, anda boleh ke Sandakan melalui kapal terbang dan jika anda berada di sabah, anda boleh ke sandakan melalui jalan raya atau laut.


Tawau dihubungkan dengan ibu negeri (Kota Kinabalu) melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut -pelabuhan Tawau. Hutan Rekreasi Bukit Gemok Tawau merupakan salah satu hutan rekreasi yang wajib dilawati apabila anda tiba ke Tawau. Ia menawarkan alam semulajadi yang indah dengan pelbagai hidupan liar. Ia mempunyai canopy walk sepanjang 23i meter dan anda hanya perlu membayar yuran masuk sebanyak Rm 1!. Di Tawau juga, anda boleh ke Lembah Danum Lahad Datu yang hanya terletak kira-kira 2 jam perjalanan daripada Lahad Datu. Lembah Danum diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Sabah. Apa yang menarik di Lembah Danum ini ialah terdapat banyak spesies burung yang boleh di lihat, terdapat juga haiwan seperti badak sumatera yang hampir pupus, dan sebagainya. Ramai penyelidik luar negara yang datang ke sini untuk membuat kajian kerana tempat ini juga dilengkapi dengan makmal berkomputer. Anda juga boleh ke Taman Hidupan Liar Tabin (Tabin Wildlife) yang juga terletak di Lahad Datu dan antara keistimewaannya ialah terdapat haiwan seperti Tembadau (Bos Javanicus), Gajah Asia dan Badak Sumatera. Anda juga boleh memilih untuk tinggal di Timber Resort yang terdapat di sini yang menjanjikan pengalaman yang menarik. Dan yang paling 'best' ialah - Lipad Mud Volcanoes. Lumpur ini boleh digunakan untuk perubatan. Anda hanya perlu menyapukannya di muka atau seluruh badan. Ataupun, jika anda seorang yang berani, anda boleh la mengikuti pakej Night Safari di resort ini. Anda juga boleh ke Perkampungan Budaya Monsopiad di Penampang Sabah. Ia merupakan muzium hidup yang terletak 16km daripada bandar kota kinabalu. Di perkampungan ini, lawatilah Tangkob atau tempat pengumpulan padi. Kotos Di Monsopiad atau Rumah Utama Monsopiad dibina khusus untuk memperingati dan keturunannya. Turut dipamerkan ialah tembikar, mesin padi, peralatan buluh dan juga busana Bobohizan Inai Bianti, iaitu keturunan terdekat Monsopiad dan seorang ketua adat yang amat dihormati.


Gua Madai yang terdapat di Tawau ini juga merupakan salah satu tinggalan sejarah kerana ia dipercayai menjadi penempatan manusia terawal di Sabah. Gua ini merupakan salah satu tempat burung membuat sarang dan anda boleh menyaksikan kelawar di dalam gua ini. Anda boleh ke sini melalui lebuh raya Lahad Datu- Tawau. Lost World atau Maliau Basin juga merupakan salah satu tempat menarik di Sabah terutamanya di daerah ini. Dikenali sebagai Lost World kerana ia masih tidak diterokai oleh manusia sepenuhnya dan kaya dengan keindahan semulajadi yang belum tercemar.

Jika anda teringin ke Sabah, anda bolehla mendapatkan maklumat lanjut di mana-mana laman web yang berkenaan ataupun bertanya sendiri dengan orang Sabah:-)



jom ke SABAH!

Friday, May 1, 2009

rAdix FrieD chiCken-A.sTar...



salam...nak berkongsi crita rehlah ngan kak jra di RFC...
cerita bermula apabila aku dapat mesej -"sapa yang nak mkn2 rfc sok ble la p ramai2 ngan kak jra lpas zhor".wah, sukanya.lama dah x p merasa RFC....
Al-kisahnya, maka plan la mau p makan ni... pastu, alih2 dpt tau hanya aku ngan kak jra ja dpt p.huhuh...sedihnya,fikir ble la meggempakkan RFC tu. tapi hajat x kesampaian. yang itu ok lagi...tungu punya tunggu bus, (hampir 2 jam juga tu menunggu), bus pun tiba.. lebih kurang 4 lebih sampai a.star. meneruskan perjalanan p RFC yang x jauh mana dr shahab perdana tu, p la kami 2 orang ni memesn makanan-chicken delight A, wadges, cola radix ngan koko radix and total RM24.90 campur tax. so far so good kan?...pas tu p la cari tempat yang strategik, tepi tingkap la tu..crita punya cerita, makan punya makan (jauh ba kami p makan ari tu. dr sintok p alor star!) kul 5 lebih p la kuar. b4 tu pesan lagi untuk makan malam-burger(diet seimbang btul!)...pas solat asar, cadangla mau balik tapi bus xda.(tiada lagi bus. ish3..).tunggu la kunun yang jalan pasa mghrib. b4 tu p round2 shahab tu dulu..time maghrib ada la sebiji bas tu jalan..tertinggal juga coz solat.apala nasib ari ni..alih2 dapat naik bus yang kul 8 lbh and the important thing, bus tu x masuk kolej ku. sedihnya juga:-(...terpaksa la bermalam di bilik orang..ari ni baru dapat menjejakkan kaki balik ke bilik:-)...

jauh betul perjalanan kami berdua kelmarin. mmg aku pun x sangka akan jadi begitu. selalunya bus ada gak dr kolej ku kuar p alor star kul 1 lebih..ari tu xda pula dia..pas tu plak hanya kami berdua. itu yang penting!..sahabat yg lain ada exam soknya(ari ni lah-2hb) so x mau la kuar ngan kami.apapun, jumpa dah kami ngan RFC yang diidam-idamkan untuk beberapa lami ni. dan untu pengetahuan RFC setakat ini hanya ada di kedah ja ya.. di sabah belum ada lagi. nanti kali..

cumanya mungkin sebagai pelanggan ada beberapa perkara yang mau disuarakan:
# backround di dalam premis ok cuma mungkin perlu ada ayat2 quran atau something yang menunjukkan kita akan sentiasa ingat Allah hatta ketika dalam premis francais. ini yang aku nmpak, bckround dinding2 cuma ada produk2 radix. x salah tapi lan bagus if ada di tampal2 ka tazkirah2 ka, hadis2 Nabi ka..coz ada juga couple2 yang dtg. kebetulan semalam ada orang2 cina yang datang. ha, kan idea yang bagus ni..

# pasang la kot apa2 zikir ka, nasyid ka d premis ni. ada speaker but sunyi sepi ja..muzik ni kadang2 ble pengaruhi orang. jadi makan pun ble la rasa relaks skit.

# ada certain makanan yang macam mahal- radix coco rm 3.50 sama ngan wadges. mmg sedap but lagi sedap kalau murah sedikit.

tu ja la kot. but the good thing about this premis is:
+ ada wifi
+ makanan sedap
+ halal
+ semua pekerja tutp aurat
+ tempat strategik -dekt ngan stesen bus.



buat sahabat2 ku yang x dapat ikut sama,nnti kita p serbu lagi tu RFC..makan RFC b4 balik sabah ya!