Assalamualaikum w.b.t...
Maaf, sudah lama tidak post entry baru ke blog ini. Laptop kesayangan ku rosak...Dugaan betul.Nasib baik belum mula sem lagi..Masih sempat untuk aku menghantarnya ke ER(eMergency room).. Tapi kali ini ,aku bukan mahu membicarakn tentang laptopku tapi tentang seseorang yang sangat penting dalam hidupku. Seseorang yang bertanggungjawab membentuk diriku sepertimana aku hari ini..
Seorang yang pada suatu ketika dulu sanggup berhujan menghantar aku ke sekolah. Memayungi diriku demi untuk memastikan aku tidak basah apabila sampai ke sekolah, membiarkan dirinya dibasahi oleh sang hujan..Seorang insan yang mengajar aku erti solat berjemaah. Seorang yang sanggup memarahi diriku semata-mata kerana telah membiarkan buku yang dibelikan khas untuk ku 'kembang' terkena hujan. Seorang yang sentiasa tahu bahawa aku memerlukan dirinya ketika aku buntu. seorang yang selalu memberikan aku semangat untuk berjaya dalam kehidupan.. masih aku ingat kata-katanya
"nak, belajar betul2.nanti boleh sambung master"..tinggi sungguh harapannya..Aku takut aku tidak mampu untuk mencapai impian itu..
Ayahku bukan lah seorang yang hartawan yang menanti untuk mewasiatkan hartanya kepadaku.. Ayahku bukan seorang bintang filem atau business man yang termasuk dalam senarai orang yang berpengaruh di dunia.. Ayahku bukanlah sesiapa.. Pada orang lain, ayahku mungkin tidak mempunyai kepentingan terhadapnya, namun satu yang aku tahu, aku perlukan ayahku disisi..sepanjang masa..walaupun dia tidak menghubungiku selalu, namun aku tahu dia akan sentiasa mahu aku berada dalam keadaan yang baik, mahu aku terus maju jaya dan aku tahu dia kan sentiasa ada untuk memberikan sokongan kepaku...
Ayah, terima kasih kerana telah mendidik diri ini...selamat hari bapa!
* ucapkanlah 'selamat hari bapa' kepada bapa anda sebelum terlambat..selagi masih ada kesempatan untuk anda berbuat demikian....
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh". surah as saff ayat 2-4
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts
Friday, June 19, 2009
Sunday, May 10, 2009
selamat hari IBU...

sayang mak selalu...
walaupun anak mu berada jauh di tempat orang
namun, sekali-kali tidak aku melupakan mak
insan yang paling berjasa dalam hidupku
mengandung dan melahirkan diriku
walaupun aku tahu aku tidak dapat membalas jasa ibu,
namun,
jutaan terima kasih ku ucapkan...
mak,
doakan anakmu ini sentiasa berada dalam landasan yang betul untuk ke syurgaNya
doakan anakmu ini sentiasa istiqamah dalam perjuangan ISLAM
doakan anakmu ini agar menjadi orang yang berguna kepada semua makhlukNya...
mak,
aku kagum kepadamu
insan yang sentiasa tabah dan sabar menghadapi liku kehidupan
sentiasa sabar dan berserah kepadaNya
kadang-kala aku melihat mak menangis,
namun aku seakan-akan tidak berguna
kerana tidak mampu untuk menyeka air mata itu
maafkan anakmu mak...
maafkan aku kerana pernah mengguris hatimu
maafkan aku kerana lalai menjalankan tanggungjawabku sebagai kakak
sebagai anak...
maafkan aku mak...
terima kasih yang tidak terhingga kerana selalu mendoakan anakmu ini..
terima kasih banyak..
selamat hari ibu!
# dedikasi khas untuk ibu ku yang jauh di mata, dekat di hati..
Sunday, April 5, 2009
kakak ku sayang...

'siah,tertinggal aku flight'...
terkedu aku seketika di kala kakakku yang sudah lebih kurang 3 thn x balik ke bumi sabah memberitahu bahawa dia tertinggal flight! ya Allah.x pernah aku terbyg!
dah la cuti dapat apply seminggu ja..ari jumaat dah kena balik semula ke semenanjung..alih2 ter'miss' plak flight..kalau setakat bus ekspress tu ble lagi la di kejar.ini pula...yg terbang terus ke awan biru...sedih juga aku dengar dia menceritakan detik2 ketinggalan flight tu...awal juga p lcct but,i dont know how its happen..sent mesej ckp 'aku dah d lcct.doakan aku slamt p slamt balik'..tgk jam kul 6.08 minit pagi, ari jumaat.flight kul 7..alhamdulillah..awal juga..alih2,kul 7 plak ada call dr dia-aik,ble call d flight?aku bertanya seorang diri..
rupanya tertinggal flight!ish2...oleh krana cuti still cuti,dia pun p la umah kuarga angkat d melaka...nasb baik plak macik kwn dia sudi pnjamkan kad kredit utk kakak ku sorang ni untuk beli tiket balik keesokan ari nya..(sabtu)-coz x ble guna maybank2u if tempah penerbangan sehari...so,balik la juga...walaupun sepatutnya awal sehari,tp alhamdulillah...dapat jua mama ku tgk anak dara nya sorang tu jejak kaki di umah setelah sekian lama menuntut ilmu dan mencari rezeki di tempat org...
-sampai dah aku di rumah
alhamdulillah...dapt gak mesej dr dia.slamat gak sampai..
aku terpaksa membahagikan fokus ku kepada perkara lain 2 hari tersebut kerana aku mengikuti bengkel kemahiran..dalam pada aku berprogram,aku terfikir juga akan keadaan kakak ku..nasib baik semuanya dipermudahkan...alhamdulillah...
#macam2 dugaan yang kita kena hadapi dlm hidup ini...amik pengajaran dengan apa yang terjadi dengan orang di sekeliling kita kerana tidak mustahil semua itu berlaku terhadap kita...sekadar peringatan.
Subscribe to:
Comments (Atom)