Showing posts with label zOOm Malaysia. Show all posts
Showing posts with label zOOm Malaysia. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Langkawi, here we come!!


CD Motel


Map of Langkawi...
kami di langkawi

pantai yang mendamaikan jiwa



underwater world langkawi


our dinner


ikan yang sedap + mahal:-)


feri ke langkawi


best view!

satu lagi tempat percutian yg paling famous di Malaysia-Langkawi. Tapi kali ini aku lebih suka membicarakan melalui pengalaman ku sendiri.
Pada 6hb yang lalu aku ke langkawi ngan sahabatku, asti@ bola. Edisi terjah sebenarnya. pergi tak plan pun awal2. tau2, dah sampai langkawi. Kami berdua habis exam pada 6hb tu dan bergegas terus ke langkawi. Ada misi sebenarnya selain drpd p honeymoon.he...kami bergerak dr kampus kul 1 ptg. tersalah tempat pula tu..patutnya if mau ke kuala kedah, turun d pekan rabu, amik bus dr c2. tapi oleh kerana kami berdua ini x tau apa2, peta pun lupa bw, terpakda berpatah bali dr shahab ke pekan rabu. alhamdulillah, bus yang ditunggu telah tiba. sampai ke kuala kedah, amik tiket feri yang berharga rm23.00 dan berlepas kul 3.3.0 ptg. alhamdulillah, ombak tenang gak. if x, mmg mabuk la jawabnya...
sampai ke langkawi lebih kurang kul 6 lebih. masih terang lagi.. kami berkenalan dengan pemilik CD Motel, Che Di yang ramah mesra dan penuh dengan informasi, beserta dengan keluarganya. Che Di adalah salah seorang pengusaha melayu di Langkawi. Cd Motel menyediakan motel yang murah dan selesa. (P tgk wwwcdmotel.blogspot.com utk keterangan lnjut!). Oh ya, sebelum terlupa, watak penting dalam perjalanan kami adalah En Ali yang mengambil, menghantar dan membawa kami menjelajah langkawi. terima kasih daun keladi! walaupun hanya semalaman berada di langkawi,namun pengalaman yang ada sgt menyeronokkan. di tambah pula dengan keselesaan tempat tinggal kami! fuh...mmg x sia2 perjalanan.

kami dok di pantai chenang yang mempunyai tempat menarik seperti langkawi underwater world. kami sempat juga menikmati susasana malam di langkawi yang sememangnya meriah! bertemankan ikan masak 3 rasa, milo ais dan kepekatan malam, makan pula di tepi pantai, mmg terasa indah perjalanan kami! sok paginya kami bercadang mahu p tgk matahari terbit. tunggu punya tunggu rupanya matahari terbit tempat lain. xpa, yang penting dapat p tgk keindahan pantai dan lautan ciptaan Allah Yang Maha Esa. mmg indah..pantai yang menganjur, pasir yang putih, pokok kelapa yang melambai2 ditambah pula dengan deruan ombak memecah pantai..xda ungkapan yang bisa menggambarkan semua ini..subhanallah!

tepat kul 12,30 kami beransur pulang. en Ali dtg mengambil kami. sebelum itu, kami diberi buah tangan buah mannga oleh isteri En Che Di yang peramah. Selamat tinggal, terima kasih daun keladi! kami kemudiannya di bw berjalan2 ke awana porto malai, merupakan salah satu tempat ekslusif yang terdapat di langkawi. merupakan salah satu tempat terpenting untuk Lima langkawi yang diadakan 2 tahun sekali. wonderful sea view! Hebat ciptaan Allah.

kami kemudiannya di bwa ke kedai Haji Ismail Group utk p beli benda penting di Langkawi-COKLAT!. mmg murah la coklat di sini berbanding kedai lain. banyak gak borong coklat..sedap plak tu..kami bertolak balik ke kuala kedah kul 1.30 ptg.. kali ini, perjalanan lebih mendamaikan, tidak seperi kali 1st yang sempit! feri penumpang yang sama namun kedudukan dan situasi yang berbeza. kali ini lebih selesa! alhamdulillah...sampai ke kuala kedah kul 3 ptg, p pekan rabu, shahab dan last, sampai di kaci kul 6 ptg. Berakhir perjalanan kami..walaupun penat, namun menyeronokkan..nanti kita p ramai2 ya...



















Sunday, May 3, 2009

cuTi-cuTi MaLaysiA....


Peta Sabah...




Pulau Sipadan




Mud Volcanoe di hutan liar Tabin


Gunung Kinabalu




entrance sepilok.

sempena cuti yang akan datang ni, apa kata p melawat SABAH, especially SANDAKAN...
let's check it out. what interesting places in SABAH...njoy it!

Sabah Negeri Di Bawah Bayu, merupakan salah satu negeri yang terbesar di Malaysia. Terletak di Kepulauan Borneo dan berjiran dengan Sarawak Bumi Kenyalang. Sabah merupakan salah satu negeri di dunia yang mempunyai suku kaum yang terbanyak, antaranya ialah Kadazandusun, Bugis, Suluk, Sungai, Tidong, Bajau dan sebagainya. Antara bandar besar yang terdapat di Sabah adalah Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. Ibu kota bagi negeri ini adalah Kota Kinabalu. Kekayaan flora dan fauna yang terdapat di bumi bertuah ini menjadikan ia sebagai salah sebuah destinasi pelancongan menarik di dunia. Pulau Sipadan merupakan salah satu syurga dasar laut terutama bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti skuba.

Selain itu, Sabah terkenal dengan Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian mencecah 4.095 meter daripada aras laut. Cuaca sekitar pergunungan yang sungguh menyamakan juga mendorong kepada pembangunan kawasan pertanian oleh penduduk setempat. Ranau dan Kundasang merupakan kawasan terdekat dengan pergunungan ini yang juga menawarkan pekj menarik untuk diterokai, seperti Air Panas Poring, Kundasang War Memorial dan Agro Nursery. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang terdapat di kaki gunung kinabalu ini antaranya ialah bunga raflesia, periuk kera dan orkid. Apabila anda mendaki gunung ini, anda akan dapat melihat panorama yang berbeza pada setiap ketinggian. Hebatkan ciptaan Allah!


Bandar Kota Kinabalu merupakan ibu kota negeri ini dan ia turut menjadi tumpuan pelancong kerana menempatkan bangunan kerajaan seperti Bangunan Tun Mustapha, Pantai Tanjung Aru yang hanya kira-kira 6 km dr lapangan terbang kota kinabalu, Muzium Negeri Sabah yang turut menempatkan Kampung Budaya (Herritage Village), Karambunai Resort dan sebagainya. Anda juga boleh berkunjung ke pasar tamu yang merupakan tempat untuk membeli barang keperluan daripada bahan basah hingga kering seperti sayuran, pakaian, kelengkapan rumah dan perhiasan. Kadang-kala ia dibuka pada hari ahad dan bergantung kepada keadaan sesuatu tempat. Kota Kinabalu juga berdekatan dengan bandar lain seperti Tuaran, Penampang, Papar dan Kota Belud yang juga masih kekal dengan keindahan tempat dan budayanya.


Apabila anda ke sebelah timur Sabah, anda akan ke Sandakan, Tawau, Kunak, Lahad Datu dan Semporna selain dari bandar lain. Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah dan dahulunya dikenali sebagai Elopura. Sandakan turut terkenal sebagai The Nature City kerana kekayaan alam semulajadi ciptaan Ilahi. Antara tempat menarik di sini ialah Tempat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pasar Sandakan, Rumah Agnes Keith, Masjid Besar Sandakan di Buli Sim-Sim dan sebagainya. Sepilok merupakan salah satu pusat pemuliharaan orang utan terbesar di dunia. Selain dengan pemandangan hutan hujan tropika yang menakjubkan, anda juga boleh melakukan aktiviti junggle tracking di dalam hutan ini. Sepilok Laut juga merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di dalam hutan sepilok ini. Ia merupakan salah satu resort dalah hutan paya bakau yang sangat menakjubkan. Anda hanya perlu meredah hutan belantara sepilok sepanjang lebih kurang 5.5 km untuk sampai ke sepilok laut jungle resort ini.

Selain itu, jika anda ingin menerokai gua, anda boleh berkunjung ke Gua Gomantong yang kaya dengan burung layang-layang. Anda juga boleh ke Sungai Kinabatangan yang merupakan sungai terpanjang di Sabah dan anda boleh menikmati keindahan ciptaan Tuhan di Sukau. Anda juga boleh ke Pulau Penyu (Turtle Island National Park) yang dikelilingi oleh Pulau Selingan, Pulau Bakkungaan Kecil dan Pulau Gulisaan. Anda boleh menyaksikan penyu bertelur di pulau ini pada musim penyu bertelur pada waktu malam. Sandakan Memorial Park, Jabatan Perhutanan Sandakan, Sandakan Harbour Square dan pelbagai tempat menarik menanti anda di Sandakan. Pasar Tamu di Sandakan beroperasi pada hari ahad dari pagi hingga ke petang dan menjual pelbagai jenis barangan termasuk cenderahati. Daripada semenanjung, anda boleh ke Sandakan melalui kapal terbang dan jika anda berada di sabah, anda boleh ke sandakan melalui jalan raya atau laut.


Tawau dihubungkan dengan ibu negeri (Kota Kinabalu) melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau dan laut -pelabuhan Tawau. Hutan Rekreasi Bukit Gemok Tawau merupakan salah satu hutan rekreasi yang wajib dilawati apabila anda tiba ke Tawau. Ia menawarkan alam semulajadi yang indah dengan pelbagai hidupan liar. Ia mempunyai canopy walk sepanjang 23i meter dan anda hanya perlu membayar yuran masuk sebanyak Rm 1!. Di Tawau juga, anda boleh ke Lembah Danum Lahad Datu yang hanya terletak kira-kira 2 jam perjalanan daripada Lahad Datu. Lembah Danum diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Sabah. Apa yang menarik di Lembah Danum ini ialah terdapat banyak spesies burung yang boleh di lihat, terdapat juga haiwan seperti badak sumatera yang hampir pupus, dan sebagainya. Ramai penyelidik luar negara yang datang ke sini untuk membuat kajian kerana tempat ini juga dilengkapi dengan makmal berkomputer. Anda juga boleh ke Taman Hidupan Liar Tabin (Tabin Wildlife) yang juga terletak di Lahad Datu dan antara keistimewaannya ialah terdapat haiwan seperti Tembadau (Bos Javanicus), Gajah Asia dan Badak Sumatera. Anda juga boleh memilih untuk tinggal di Timber Resort yang terdapat di sini yang menjanjikan pengalaman yang menarik. Dan yang paling 'best' ialah - Lipad Mud Volcanoes. Lumpur ini boleh digunakan untuk perubatan. Anda hanya perlu menyapukannya di muka atau seluruh badan. Ataupun, jika anda seorang yang berani, anda boleh la mengikuti pakej Night Safari di resort ini. Anda juga boleh ke Perkampungan Budaya Monsopiad di Penampang Sabah. Ia merupakan muzium hidup yang terletak 16km daripada bandar kota kinabalu. Di perkampungan ini, lawatilah Tangkob atau tempat pengumpulan padi. Kotos Di Monsopiad atau Rumah Utama Monsopiad dibina khusus untuk memperingati dan keturunannya. Turut dipamerkan ialah tembikar, mesin padi, peralatan buluh dan juga busana Bobohizan Inai Bianti, iaitu keturunan terdekat Monsopiad dan seorang ketua adat yang amat dihormati.


Gua Madai yang terdapat di Tawau ini juga merupakan salah satu tinggalan sejarah kerana ia dipercayai menjadi penempatan manusia terawal di Sabah. Gua ini merupakan salah satu tempat burung membuat sarang dan anda boleh menyaksikan kelawar di dalam gua ini. Anda boleh ke sini melalui lebuh raya Lahad Datu- Tawau. Lost World atau Maliau Basin juga merupakan salah satu tempat menarik di Sabah terutamanya di daerah ini. Dikenali sebagai Lost World kerana ia masih tidak diterokai oleh manusia sepenuhnya dan kaya dengan keindahan semulajadi yang belum tercemar.

Jika anda teringin ke Sabah, anda bolehla mendapatkan maklumat lanjut di mana-mana laman web yang berkenaan ataupun bertanya sendiri dengan orang Sabah:-)



jom ke SABAH!