Saturday, October 31, 2009

sikap 'kepedulisme' masyarakat kita

Sedang asyik berjalan-jalan di sekitar sebuah shopping complex yang agak terkenal di changlun ini, tiba-tiba mata teralih kepada seorang budak perempuan berbangsa cina, yang umurnya mungkin 6 atau 7 thn yang sedang asyik menangis sambil memanggil2 ibunya..dari tingkat atas ke bawah, budak itu masih menangis dan terus melaung memanggil ibunya. Kasihan pula…kami yang tidak sampai hati melihat situasi tersebut segera memikirkan apa yang patut dilakukan..nak tinggalkan je budak tu kat situ pun, xda masalah. Semua org pun sibuk buat hal masing-masing..namun, kami masih lagi memikirkan untuk terus mahu membantu adik tersebut mencari ibunya.

Dalam masa yang sama kami mengekorinya, dengan tujuan untuk bercerita atau mengambil tahu serba sedikit mengenai biodata adik tersebut. Keluar masuk shopping complex itu, alih2 adik tersebut berjalan keluar dan berhenti di sebuah kereta proton saga putih. ‘mungkin dia punya kereta kot’..dan memang tepat sangkaan kami bahawa kereta itu adalah milik ibunya. Kami pun mengambil inisiatif untuk membuat pengumuman di dalam shoping complex tersebut dengan harapan agar ibunya dapat mendengar pengumuman itu dan mereka dapat dipertemukan semula..

namun, perkara yang kami sangkakan akan dapat dilaksanakan mendapat tentangan dari pihak keselamatan shoping complex tersebut dengan alasan-tak pe, budak tu memang selalu macam tu..ya Allah, kecewa hati ini..seorang yang sepatutnya menjaga keselamatan dan kebajikan semua yang berada di shopping complex itu boleh mengeluarkan kenyataan begitu! Bayangkan kalau hari itu adalah hari malang buat adik tersebut, dilarikan atau dibunuh? Nauzubillah…hatta dia seorang non muslim, kita turut dituntut untuk berlaku baik kepada mereka. Alih-alih kami mengambil keputusan untuk berpesan kepada adik tersebut menyuruhnya untuk terus berada di situ menunggu ibunya, kerana kami ada hal lain yang perlu disegerakan.

Tak sampai beberapa minit, ibunya sampai. Si ibu hanya bersikap bersahaja menemui anaknya. Langsung tidak ada rasa risau terhadap keselamatan si kecil. Statementnya simple-saya sudah suruh dia tunggu sat tapi dia tak sabar2…bgtu pula?hm…namun apa yang paling penting, mereka dapat bertemu. Balik2 sahabt saya menyebutkan-jgn sampai kita menyesal pula kalau tiba2 besok gambar budak tu keluar paper sebagai budak yang hilang! Atas dasar kemanusiaan, kami turut membantu walaupun ada puluhan orang lain lagi di situ. Orang lain yang hanya memandang kami hanya mahu mengetahui plot/jalan cerita si kecil tanpa mahu bersma-sama kami mnguruskannya..

ucapan terima kasih penulis dan sahabat2 ucapkan kepada beberapa orang pemuda berbangsa cina yang sanggup untuk bersama-sama membantu kami-menjadi translator kepada kami..terima kasih byk!..namun, apa yang penulis dan shbt2 lain kecewa adalah sikap sesetengah dr kita yang terlalu memandang ringan kepada seuatu perkara. Bayangkan jika nasib adik itu buruk hari itu, dilarikan, dirogol atau dibunuh.sapa tau..mungkin begitulah tahap kepedulisme masyarakat kita hari ini. Mungkin itulh juga penyebab kepada kes2 kehilangan di Negara kita. Jika kita merasakan kita perlu amik tahu, kita sepatutnya mengambil tahu. Namun, jangan sampai org lain merasakan kita terlalu ‘busy body’. pentarbiyahan Allah dtg tnpa mengira waktu. Kita kena sentiasa bersedia walaupun ia melibatkan sesuatu yang kita tidak sangka!

Tuesday, October 20, 2009

Adakah kau lupa?

Assalamualaikum w.bt..

macam tajuk lagu alarm me pula kan...

'tajuk usrah kali ni adalah mengenai sejarah Islam'..

jika kita teliti balik, tidak semua orang cenderung untuk meminati sejarah.kita perlu tahu nama2 tokoh/watak2 yang terlibat dalam sesuatu peristiwa, mengetahui tarikh berlakunya peristiwa itu dan maklumat lengkap mengenai sejarah tersebut...sejarah, sesuatu yang perlu diketahui dan dihayati agar sejarah yang lama tidak berulang kembali...

entah bila, tiba2 penulis merasakan bahawa kita harus dan patut tahu mengenai sejarah terutama sekali mengenai sejrah islam/sirah...teringat pula ketika berprogram dengan adik; ada 2 stesen yang memerlukan mereka mengetahui mengenai sirah-nama2 tokoh pejuang islam dan siri peperangan Nabi S.A.W...rata2 memberikan jawapan yang mengecewakan..boleh pula terkeliru perang badar dan uhud!ini sudah teruk sebenarnya..jika keadaan ini berterusan, dengan mudah, musuh2 islam boleh memutar belitkan fakta yang ada dan kita akan terus berada dalam keadaan yang tidak tahu. jahil!

sebagai seorang yang mengaku dirinya sebagai seorang pendakwah islam, kita perlu ada nilai tambah dalam diri masing2..terpulang kepada potensi diri yang ada. tidak semua orang boleh menulis, tidak semua orang boleh bercakap, dan tidak semua orang mengetahui tntang sirah..namun, jangan jadikan ia sebagai alasan bahawa kita harus kaku di kedudukan tersebut.perlu ada peningkatan dalam diri..siapa yang tidak tertarik jika kita bercakap mengenai sirah?penulis yakin, ini adalah salah satu nilai tambah yang perlu ada dalam diri seseorang pendakwah-tahu mengenai sirah. penting tu...

teringat pula resolusi adik2-perlu ada penambahan ilmu baru setiap minggu dan sekali lagi ditekankan, keperluan untuk mengetahui sirah...

selamat berjuang!

Sunday, October 18, 2009

salam pejuang...

Assalamualaikum w.b.t...

Setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah S.W.T kerana masih membenarkan hambaNya ini melihat dunia, menikmati nikmat yang diberikan..

Terlalu rapuh dan mentah sebenarnya penulis terhadap erti perjuangan ISLAM yang sebenarnya walaupun sudah mula bergerak dan bertapak di medan dakwah ini...terlalu jahil rasanya diri dengan ilmu yang ada.terlalu banyak lompang yang perlu ditampal dan dibaiki dalam diri. terasa diri terlalu kerdil jika dibandingkan dengan sahabat2 lain...Namun, perancangan Allah lebih baik. Dia tahu bahawa penulis mampu untuk mendidik adik2 dan mampu untuk menghadapi dugaan. program yang dirancang khusus ini akhirnya dapat jua dijalankan walaupun masa perancangan hanya sebentar. ALhamdulillah...

tidak semua berpeluang untuk mengikuti program kali ni..jlung2 kali diadakan sem ni dan melibatkan peserta yg ramai..tak pernah berlaku sebelum ni..peserta seramai 21 orang dan hanya dibantu oleh beberapa orang fc. alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada kekangan dan halangan yang tmbul..tarbiah untuk fc dan peserta sekali...

terasa sedih dan sayu meninggalkan bumi yang cukup indah..namun, itulah lumrahnya. bertemu dan berpisah...Allah uji sekali lagi ketika dalam perjalanan pulang dr tapak program...kereta yang dinaiki terlibat dengan kemalangan..masih terasa trauma hingga kni...kereta yang kami naiki dilanggar oleh motosikal..motor belah kereta orang kedah ckp. sungguh tidak disangka..tergamam seketika penulis tatkala terlihat penunggang motosikal terjatuh dan tergolek di atas jalan raya..panik apabila terlihat motor yang dinaikinya hancur dan terlalu takut apabila ternmpk minyak mengalir keluar dr kereta..apa dah jadi ni??terdetik di hati penulis, syukur lah semua selamat. apa akan jd kalau ada nyawa yang terkorban?nauzubillah...sahabat2 pergi melihat keadaan penunggang tersbut dan dia mngaku bahawa itu adalah kesalahnnya dan semua yang terlibat juga menyatakan perkara yang sama. hanya kerana kesalahn yang dilakukannya, orang lain terpaksa menanggung sama.

penulis dan shbt2 lain menghubungi shbt2 lain kerana merasakan bhwa kami memerlukan mereka. alhamdulillah, ramai yang turun dan melihat keadaan kami..terima kasih penulis ucapkan kepada murabbi yang menunjukkan semangat yang kuat kepada kami untuk menghadpi tarbiah ini..terima kasih kpd shbt2 yang sanggup dtg dan membantu.terima ksih kpd shbt2 yang bertnyakan khabar..terima ksih kpd shbt2 yang memberikan kata2 semngat..terma kasih kpd semua..syukran jazilan...

teringat kata2 semngat yang diberikan kpd adik2 program; ingatlah bhwa kuasaNya melebihi dr segalanya2..Ketahuilah bhw Dia sentiasa berada dekat dengan kita..semoga tarbiah ini mampu untuk menguatkan dan mngajar hati ini untuk tabah..

selamat menghadapi tarbiah kpd shbt2 yang terlibat..