Monday, March 30, 2009

selamat menempuh peperiksaan!

salam...
tak lama lagi ni final exam..lebih kurang 2 3 minggu lagi...apa persediaan yg perlu d wat??
* ulangkaji selagi boleh.
* p jumpa lect if x paham
* study group (terutama utk subjek yg susah nak catch up)
* rajin2 g lib tgk soalan last sem
* tgk balik asgment.kot2 ada study case dr asgment tu...
* wat latihan yg ada dalam buku rujukan kita tu..jawapan minta / bincang dgn lect
* solat hajat n malam jangan tinggal
* kesihtan kena jaga..
* berusaha selagi boleh jgn sampai menyesal d kemudian hari...
* tepon mak bapa if nak exam tu (kerap lg bagus)..kot2 la dgr suara diorg leh sedikit tenteram masuk dewan exam tu...insya Allah..
* doa bnyak2 lepas dah jwab.minta Allah lembutkan hati pemeriksa tu periksa kertas kita..so senang la dpt markah..insya Allah.yakin!
* jgn tido lewat if nak exam sok nya..tdo kena cukup..
* jgn makan bnda yang ble melemahkan fungsi ingatan kita (magi ke,asam ker..).banyakkan makan kismis,susu ker...tapi kena amal lama b4 nak exam.so kesan tu ble la d nmpak...
* jgn lupa bw slip exam masuk dewan exam.
* make sure tarikh exam..nnti silap ari plak.
* pakai la pakaian yg ble tingkatkan keyakinan kita..tp yg penting kena ikut syariat islam ya!
* jgn lupa bw benda yg sepatutnya d bw..(alat tulis la plg utama)

# sekadar ingatan untuk diri sendiri..
semoga dapat pointer yg lebih baik sem ni.insya Allah..

Monday, March 23, 2009

BAKSIS Kelantan '09..

assalamualaikum w.b.t...
kali ni aku p berbakti d kelantan..satu2nya tempat yg aku mmg mau p..pemergian ku kali ni dlm program bakti siswa anjuran sekretariat rakan muda kampus..mmg bukan sesuatu yg aku duga..tp dah aku d pilih..apa daya utk aku menolak...biarpun dalam prog ni aku terasa seperti x layak mau join coz almost semuanya senior..tp memandangkan ada 'misi' yg perlu d selesaikan,aku join juga..bermula dr 18hb mlm bertolak p kelntn n sampai lbh kurang pada wktu subuh..mmg excited mau p kelntn ni..mau tgk satu2nya negeri yg mngamalkan islam sepenuhnya (stkat yg d tau lah..)..program bermula lbh kurang kul 10 pg (Perasmian), then berakhir tgh hari slpas pembahagian ank angkat....(mmg sesuatu yg menggetarkan aku coz aku x tau sgt ckp kelntn!kalau d suh ckap kedah,pas juga la.huhuh.....)..tp nsb baik aku dpt fmly angkat yg baik..baik sgt2...n ayah angkat aku tu pndai gak ckp melayu baku..nsb baik,alhamdulillah...kalau x,x tau la apa kejadian ku d kelantan tu.... ptg ari frst ti p tmpat org yg kurang kemampuan.miskin n daif..subhanallah..kesian juga tgk..hidup suami isteri sendirian tnpa anak2 d sisi...dah la cacat n strok.mmg kesian juga..insaf menyelimuti diri..sampai mcm tu sekali tp still ada kemahuan utk terus hdup!..ptg skit p tali air..p tangkap ikan(tp budak2 laki ja la yg trun..ada pacat ba.lintah lg tu.huhuh..)mlm plak aktiviti p shoping.mcm biasa la kan...d wakaf che yeh..b4 tu aku p makan tom yam kelantan.mmg sedap!sedap sgt2.x penah rasa tom yam bgtu yg sedap..alhamdulillah....mlm plak tdo....

hari kedua:program more dgn adik2 upsr..1 hari tu mmg LDK n aktiviti dengan adk2 ja la..sukaneka ptg pun ada gak..pas tu perlawanan bola sepak ajk lelaki ngan org2 kg...(kami la yg menang,huhuh..)...mlm plak p jemputan maulidur rasul d wakaf..(lupa nama wakaf tu)tp wakaf tu mmg cantik..pemiliknya org yang berada n umah yg berhampiran wakaf tu mmg cantik n besar2..(sapa yg kata kelantan miskin???...)pas tu lm tu dpt rasa mkn kuih kelantan-kuih akok'.lebih kurang la..sedapnya.lemak manis.alhamdulillah....then,pas tu p tgk dikir barat..if selama ni aku langsung x mau dgr dikir barat,tp mlm tu rasa mcm best stg plak.he...bersemangat diorg main..tp ada pacat juga tu..maklumla,dkt tali air..jadi adalah makhluk tu sentiasa d c2 kan...sampai d umah tgk mak buat kuih..biasa2 ja la tp sedap!..made from kelantan originally kan..so mmg asli!...tdo...zZzZ..

ari ketiga:penutupan pkul 2 ptg..msh ada LDK ngan adk2 waktu pagi tu..penghaytan seperti bsa..pas abis semuanya-berangkat pulang ke kampus..b4 that p rantau pnjang shoping..(sempat beli tdung ja...)pas tu balik ke kampus..sampai lbh kurang kul 3 pg.nsb baik aku xda klas ari ahad tu.alhamdulillah....

mmg satu pengalaman yg best coz aku x pnh ikut program mcm ni..nsb baik la adk2 tu paham aku ckp apa.huhu...Cumanya kita kena sentiasa menongkah arus..jgn terikut2 ngan budaya yg mmg dah ada dlm 'group' ni-budaya bertepuk bertampar ngan kawan laki pmpuan..sakit gak mata tgk tp insya ALLAH Msh terkawal.cuma kdg2 certain part tu mmg mnyakitkan hati juga la..tp insya Allah doakan semoga kita sama2 diberikan petunjuk..amin..
kepada mak n ayah angkat ku-insya Allah ank angkat yg satu ni akan dtg lg p kelantan..insya Allah..x puas ba jalan2 ari tu...

tp kelntan mmg negeri yng aman la..(mcm sabah.he..)..d trafic light pun ada tulisan ALLAH dan Muhammad(sambil2 tunggu trafic tu,ingat skejap kewujudan kita d muka bumi ni..bgus kan?)d tepi2 jln pun ada signboard 'alhamdulillah', Allahu akhbar', lain2 lagi..damai ja rasa....

insya Allah jumpa lg jika ada ketentuan dr YG MAHA ESA...


rumah kuarga angkat



sukaneka petang hari..



p lawat orang kampung...


mak pak angkat..

Sunday, March 15, 2009

muhammad al fateh-kepimpinan dan teladan.

jika pada waktu ini ditanyakan kepada saya mengenai tokoh pemimpin yang paling saya kagumi-sultan muhammad al fateh la jawapannya..kenapa?mari kita perhalusi sedikit fakta yang saya dapat...


sultan muhammad al fateh ni adalah seorang pemimpin yang 'lahir dan dilatih' secara semulajadi.maksudnya,sultan muhammad al fateh ni mmg dilahirkan sebagai seorang pemimpin.hal ini kerana ayahnya(sultan murad 2)adalah seorang sultan dan secara langsung,beliau akan menggantikan ayahandanya menaiki takhta pimpinan.al fateh juga adalah pemimpin yang dilatih(dilatih utk jd pemimpin).buktinya, sejak dari kecil lagi baginda di ajar dengan pelbagai ilmu untuk melengkapkan diri sebagai pemimpin masa hadapan.beliau di asuh dan dididik dengan ilmu agama oleh syeikh shamsuddin al wali, diajar ilmu peperangan dan pintar dalam menguasai ilmu lain(math dan sbgainya)..selain dr itu juga,baginda ni mahir dan pakar dalam beberapa bahasa(arab,latin,greek,serbia dan sebagainya)..if ikut 'trait theory'-pemimpin dilatih atau dilahirkan'-sultan muhammad al fateh ni-merangkumi kedua2 fakta dalam teori ni...

selain itu,al fateh ini juga seorang hamba yang memang taat kepada Allah.pernah suatu ketika(ketika pembukaan kota konstantinople oleh baginda dan tenteranya), baginda membuka sebuah gereja dan menjadikannya masjid (gereja besar st sophie dan ditukar kepada masjid aya sofiya).pada ketika itu,baginda menyuruh beberapa orang utk menjadi imam(solat jumaat pertama didirikan d konstantinople)-namun baginda membuat keputusan menyuruh kesemua tentera dan baginda sekali berdiri.kemudian, baginda berkata ' Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
hal ini menunjukkan baginda memang seorang hamba yang taat dan sebaik2 pemimpin.

selain daripada itu, baginda juga 'concern' dengan kebajikan rakyatnya. beliau menggunakan kuasa yang ada pada baginda sebagai seorang pemimpin dengan menjadikan 'islam is the way of life'.baginda mahu semua orang mengamalkan islam dalam setiap tingkah laku (kerana mahu mengikut hadis nabi-pemimpin yang akan menakluk kota konstantinople adalah sebaik2 pemimpin, tenteranya adalah sebaik2 tentera dan rakyatnya adalah sebaik2 rakyat).beliau juga menjaga kebajikan rakyatnya..pemimpin yang berjiwa rakyat..

apabila sedikit kisah ini kita 'relatedkan' dengan kepimpinan mahasiswa sekarang ini, kita akan dapati bahawa kita jauh menyimpang drpd apa yang sepatutnya seorang mahasiswa lakukan...seorang pemimpin harus sanggup mengharungi apa jua masalah yang timbul dan tidak melarikan diri drpd masalah.berbincang dengan org yang lebih arif dlm sesuatu perkara, melengkapkan diri dengan ilmu yang pelbagai, berfikiran kreatif, menggunakan sumber yg ada dengan sebaiknya dan yang paling penting sekali kebergantungan yang tinggi kepada YANG MAHA PENCIPTA..jangan sesekali mengabaikan tuntutan kita sebagai hamba...

sekecil2 pemimpin adalah memimpin diri kita kearah yang betul...kita menjadi pemimpin kepada kawan kita,kepada adik2 kita,kepada keluarga kita dan kepada masyarakat sekeliling kita..oleh itu,jgn sekali2 cuba untuk melarikan diri..

aku mengharapkan munculnya pemimpin seperti ini pada masa ini.bila la masa tu akan tiba?

PROGRAM REMAJA PUTERI SEK AGAMA AT TOYYIBAH

PENCERAMAH YG DTG




ADK2 PESERTA



ENTRANCE SEKOLAH...




SEMOGA JUMPA LAGI YA...

Friday, March 13, 2009

muslimat...power3x!

itu antara cogan kata(yell)untuk muslimat skrg ni..jgn sesekali memandang rendah kepada kaum perempuan ni walaupun secara lahiriah nampak lebih lembut dan penuh kasih sayang(he..)namun,kita juga boleh!..

semalam(13 mac 2009) bertempat di sek men agama at toyyibah kg pdg halban kedah-diadakan program 'remaja puteri' dan saya menjadi pengarah program!(alhamdulillah..walaupun 1st time)..semua yang terlibat dari segi gerak kerja dan peserta dalah muslimat!subhanallah..actually this program is arranged by our lecture and collaboration with the school-awarenss to make an islam is the way of life!..walaupun program ni just sehari,namun insya Allah akan mendatangkan kesan yang berpanjangan...ada lebih kurang 8 org fasilitator,50 orang peserta (yang pada mulanya difokuskan kpada student berumur 12-17 thn)..namun oleh kerana sambutan yang menggalakkan dr adik2 sek rendah,maka penyertaan pun dibuka pada sekolah rendah..so,adalah adik2 yang drjah 4 join...ini merupakan satu cabarn kerana untuk menyamakan modul adik2 high level n low level ni amat payah..namun,dapat juga di atasi leh ajk aktiviti yang bukan calang2 orangnya(asti),semua dapat diharungi dgn baik...

antara aktiviti yang dijalankan:
1-ice breaking
2-ceramah / motivasi kecemerlangan
3-LDK(MENGENAL DIRI,MENGENAL ALLAH & SYUGA IMPIAN)

semua pnceramah jemputan adalah lelaki..tp sykur kerana semua memberikan komitmen yang diharapkan..semoga lepas ini,akan ada lagi peluang untuk membuktikan bahawa muslimat juga boleh menjalankan aktiviti,boleh jadi pengarah dan sebagainya..bukan hanya memasak di dapur,jadi biro protokol,sambut tetamu yang datang dan sebagainya..insya Allah..

walaupun banyak kekangan terutama dari segi tenaga kerja(pengarah pun jadi fasi.huhu..)namun,matlamat utama adalah-agar apa yang mahu disampaikan dapat disampaikan dan diterima oleh adik2 dengan baik..semoga berjumpa lagi d masa akan datang,insya ALLAH..

#nnti di upload pic ya!

mawar berduri....




perempuan diibaratkan seperti mawar berduri.cantik tapi tahu untuk melindungi dirinya.duri2 tu digunakan untuk menghalang anasir2 luar dr memetiknya sesuka hati.istimewanya wanita ini bukan terletak pada zahirnya(kecantikan dan penampilan) semata-mata..namun,lebih dari itu..apabila islam turun di tanah arab,martabat wanita diangkat.islam membela kaum wanita ini yang pada ketika itu hanya menjadi hamba seks,makhluk yang tidak berguna dan tidak memberi manfaat..anak2 perempuan dibunuh hidup-hidup kerana dipercayai tidak akan mendatangkan kebaikan..sampai begitu sekali dihina..

islam datang penuh dengan keunikan dan membela wanita sepenuhnya sehingga ada surah khusus untuk kaum ini-suran an nisa'..Allah menjadikan makhluknya dengan tujuan tertntu..begitu juga dengan kejadian wanita...Adam a.s ketika diciptakan dan tinggal di syurga seorang diri,apabila ia kesunyian Allah tidak ciptakan makhluk lain-tetapi ALLAH ciptakan Hawa untuk menemaninya..kenapa Allah tidak ciptakan saja binatang untuk menghilangkan kesunyian adam?kerana Allah Maha Mengetahui-kita saling memerlukan antara satu sama lain untuk memnuhi fitrah manusia itu sendiri...

wanita sangat bernilai..kejayaan seseorang lelaki itu kerana ada seorang wanita di belakangnya!bayangkan,sampai mcm tu sekali..ada juga yang pernah didengar-kejayaan US bukan kerana pemimpin2 yang duduk di dalamnya(white house),tetapi oleh kerana ada wanita dibelakang setiap pemimpin itu...dalam islam seniri,peranan wanita tidak terhad..selagi mana tidak memblakangkan perintah Allah,selagi itu ia dibolehkan..siti khadijah sentiasa tegak bersama perjuangan suami trcinta..membelanjakan harta yang ada untuk perjuangan islam.'ya suamiku,jika tulang belulangku ini berguna untuk islam,maka ambillah dan gunakan lah ia'-hatta sampai begitu sekali tingginya semangat untuk mmpjuangkan islam itu..

jika kita teliti masyrakat kita hari ini,islam semakin jauh..wanita2 yang ada sekarang ni bukan lagi'mawar berduri'yang mahu mempertahankan kecantikannya dari disentuh oleh anasir2 luar...wanita hari ini mahu lebih 'advance'dr islam..mahu sama taraf dngan lelaki dalam semua hal(hatta mahu tudung itu 'dimansuhkan' dengan alasan jika lelaki boleh tunjuk rambut,kenapa wanita tidak?)jangkalnya fikiran manusia!islam tidak melarang kita untuk berfesyen namun biar la dengan syariat tertentu..Allah telah mengharamkan yang haram,menghalalkan yang halal..hidup di dunia ni senang sahaja..ada peraturan yang perlu kita ikut..sebagai contoh,jika kita brada di sekolah-ada peraturan yang perlu dipatuhi:beratur setiap isnin,masuk kelas pukul 7 dan sebagainya...begitu juga dengan konsepnya kita di dunia ni..ada peraturan-tidur baca doa,kahwin dengan syarat yang tertentu,bekerja dengan jujur,memimpin dengan jujur dan ikhlas dan sebagainya..so,why its so difficult to follow the rules?setiap yang diharamkan atau dihalalkan kpada kita ada hikmahnya yang tersmbunyi...bukan saja2 ja mau di buat sesuatu itu..

wahai wanita,
siapkan lah dirimu dengan ilmu keduniaan dan akhirat..jadilah seperti mawar berduri yang cantik dan mampu untuk melindungi dirinya..jangan sesekali meninggalkan solat,berbuat baik lah kepada ibu bapa dan sesama manusia..jaga hubungan dengan Allah s.w.t..tahanlah dirimu dari melakukan pekara yang ditegah..dekatkanlah dirimu dengan sesuatu yang membawa manfaat..semoga dikau akan mendapat seseorang yang mahu untuk memiliki dirimu dan menerima semua kelemahan dan kelebihan yang ada..

#sekadar peringatan untuk diri sendiri.insya Allah..

Wednesday, March 11, 2009

salam maulidur rasul

selamat menyambut maulidur rasul kepada seluruh umat Muhammad yang bertebaran di muka bumi ni..ketahuilah sekiranya anda tidak mengenal siapa tu Muhammad dan tidak menyayangi Baginda, namun satu perkara yang perlu semua ketahui-BAGINDA TETAP MENJADIKAN KITA UMAT YANG PALING DISAYANGI BAGINDA hatta ketika menjelang sakaratulmaut,kita tetap menjadi keutamaannya...betapa besarnya kecintaan seorang rasul kepada umatnya..


Rasulullah s.a.w tidak pernah mengenal erti jemu dalam memperjuangkan agama Islam ke seluruh dunia walaupun baginda tahu itu bukan suatu 'pekerjaan' yang mudah..namun atas amanah dan ketakwaan kepadaNya,baginda rela menerima semua umpatan,kejian,cercaan hatta percubaan untuk MEMBUNUH baginda...semua ini dilakukan atas dasar-menyayangi manusia dan menginginkan manusia bersama-sama baginda untuk bersenang lenang di hari kemudian di bwah payungan Allah...Nabi Muhammad tidak pergi berjuang seorang diri...beliau ada strategi yang disusun atur untuk mencapai kemenangan sehingga islam dapat mengusai 2/3 dunia!..bayangkan.hebatnya islam ketika itu...

namun jika kita teliti sirah Rasulullah,islam tidak tertegak dengan hanya Muhammad yang menjadi penggerak tunggal...Islam tertegak kerana adanya pendokong-pendokong yang menjadi pejuang agama Allah untuk bangkit bersama-sama membantu nabi berjuang menyebarkan Islam...walaupun dalam sekecil2 bantuan!hebatnya mereka ketika itu...hasilnya,islam telah sampai kepada kita..


namun,apa yang cuba saya katakan ialah...
sejauh itu islam sampai kepada kita,sesusah itu perjuangan terdahulu-namun apa yang kita telah sumbangkan untuk islam?untuk Allah?....
islam telah 'dibina' bersusah payah dan kita adalah seorang islam namun apa yang kita telah buat untuk islam?
apa yang kita mahu jawab nnti di hari kemudian kalau ditanyakan solan ini kepada kita???

disana sini masyrakat semakin hanyut dibawa oleh pelbagai arus yang menyesatkan rohani...antaranya hedonisme-gejala yang mementingkan hiburan semata-mata...
islam tidak menghalang kita utk berhibur,namun biarlah dengan batasan yang betul...anak2 remaja kini tidak mengenal lagi siapa itu Muhammad..tidak tahu mempedulikan penderitaan rakyat Palestin,tidak tahu kisah pemimpin agung seperti khalifah umar yang berusaha menjadikan negara pimpinannya negara berkebajikan...apa yang anak remaja sekarang tahu hanya hal-hal dunia..sibuk dengan kawan, couple, sibuk dengan permainan dan sebagainya...salah siapa ni??tepuk dada tanya iman kita masing-masing...secara ringkasnya, saya berpendapat-pendidikan bermula dari rumah...
jika kita sudah menjadikan islam itu sebagai cara hidup,kita tidak akan sekali-kali lari daripadanya dalam setiap perkara yang kita ingin lakukan dalam kehidupan ini...
'islam bukan ideologi.islam adalah cara hidup'-ungkapan yang dikeluarkan oleh seorang sahabat dan saya bersetuju dengannya..

jika dulu,waktu di sekolah kita diperdengarkan dengan lagu2 islam seperti lagu ttg hijrah, ttg kelahiran nabi muhammad, nama2
dan sifat2 rasul...sampai sekarang saya masih mengingati liriknya walaupun tidak semua...bagi saya,benda2 macam ni tidak boleh diabaikan dan jangan diabaikan..walaupun nampak macam ringkas dan tidak beerti(simple),namun ia meninggalkan kesan yang baik kepada kita...contohnya,lagu 25 rasul nanyian raihan yang saya hafal boleh membantu saya ketika menjawab soalan ketika exam dulu.(waktu sekolah rendah le...).teorinya senang-nanyi dan hafal....senang ja...

sekarang,zaman telah berubah(diakui..).namun tidak semestinya semua benda kena berubah..ada yang kita perlu pertahankan...tambah2 lagi apabila ia melibatkan akidah dan keimanan...perlu dikekalkan...sgt2 perlu...jgn terkejut apabila ada anak2 muda dan adik2 kita yang tidak tahu sifat2 wajib bagi rasul,peristiwa hijrah...dan sebagainya.hatta sirah nabi pun ada yang tidak tahu!...
teruknya manusia akhir zaman ni...apa sudah jadi!....kemana perginya Islam yang ditakuti dan digeruni satu ketika dahulu?di mana mau dicari pengganti pemimpin2 seperti umar dan al fateh yang mengutaman rakyat??di mana tu semua?....

sempena maulidur rasul ni,saya suka untuk mengenang kembali sirah perjalanan nabi yang tidak semudah yang kita sangkakan...semoga kita berada bersama-sama baginda di hari kemudian...insya ALLAH...

rindunya dengan kekasih Allah...sgt2 merinduinya...

Tuesday, March 3, 2009

aku di kampus

salam perjuangan....lama dah x post apa2 dlm blog ni..bukan apa,busy sgt dgn asgment...baru kebanyaknnya asgment group!...ada pro n kontra sebenarnya apabila kita bekerja dlm group ni...antaranya:
1-susah nak dpt full comitment from members..(kdg2 suruh p meeting,mau jumpa sekali pun susah)
2-kerja lambat siap-banyak idea kena perhalusi..
mcm2 lagi la...dah la sibuk ni dengan aku punya interview(ada 2 lagi interview yg x siap)...yg perlu d siapkan A.S.A.P...
other than this aku dalam dilema mau p muktamar n gamis ujung minggu ni..
bingungnya ni aku ja yg tau...dalam dilema sgt2 sama ada mau p muktamar ni atau x...ya Allah.bantulah aku...
ujung minggu ni pun aku jadi ajk utk prog pemantapan fardhu ain d masjid...padahal dlm masa yg smaa ada bengkel pengurusan jenazah d kachi..huhuh...sibuk2..
dlm masa yg sama juga ada prog anak yatim d jitra bwh ad hoc sabahan...sibuk nya manusia kan...