Friday, March 13, 2009

mawar berduri....




perempuan diibaratkan seperti mawar berduri.cantik tapi tahu untuk melindungi dirinya.duri2 tu digunakan untuk menghalang anasir2 luar dr memetiknya sesuka hati.istimewanya wanita ini bukan terletak pada zahirnya(kecantikan dan penampilan) semata-mata..namun,lebih dari itu..apabila islam turun di tanah arab,martabat wanita diangkat.islam membela kaum wanita ini yang pada ketika itu hanya menjadi hamba seks,makhluk yang tidak berguna dan tidak memberi manfaat..anak2 perempuan dibunuh hidup-hidup kerana dipercayai tidak akan mendatangkan kebaikan..sampai begitu sekali dihina..

islam datang penuh dengan keunikan dan membela wanita sepenuhnya sehingga ada surah khusus untuk kaum ini-suran an nisa'..Allah menjadikan makhluknya dengan tujuan tertntu..begitu juga dengan kejadian wanita...Adam a.s ketika diciptakan dan tinggal di syurga seorang diri,apabila ia kesunyian Allah tidak ciptakan makhluk lain-tetapi ALLAH ciptakan Hawa untuk menemaninya..kenapa Allah tidak ciptakan saja binatang untuk menghilangkan kesunyian adam?kerana Allah Maha Mengetahui-kita saling memerlukan antara satu sama lain untuk memnuhi fitrah manusia itu sendiri...

wanita sangat bernilai..kejayaan seseorang lelaki itu kerana ada seorang wanita di belakangnya!bayangkan,sampai mcm tu sekali..ada juga yang pernah didengar-kejayaan US bukan kerana pemimpin2 yang duduk di dalamnya(white house),tetapi oleh kerana ada wanita dibelakang setiap pemimpin itu...dalam islam seniri,peranan wanita tidak terhad..selagi mana tidak memblakangkan perintah Allah,selagi itu ia dibolehkan..siti khadijah sentiasa tegak bersama perjuangan suami trcinta..membelanjakan harta yang ada untuk perjuangan islam.'ya suamiku,jika tulang belulangku ini berguna untuk islam,maka ambillah dan gunakan lah ia'-hatta sampai begitu sekali tingginya semangat untuk mmpjuangkan islam itu..

jika kita teliti masyrakat kita hari ini,islam semakin jauh..wanita2 yang ada sekarang ni bukan lagi'mawar berduri'yang mahu mempertahankan kecantikannya dari disentuh oleh anasir2 luar...wanita hari ini mahu lebih 'advance'dr islam..mahu sama taraf dngan lelaki dalam semua hal(hatta mahu tudung itu 'dimansuhkan' dengan alasan jika lelaki boleh tunjuk rambut,kenapa wanita tidak?)jangkalnya fikiran manusia!islam tidak melarang kita untuk berfesyen namun biar la dengan syariat tertentu..Allah telah mengharamkan yang haram,menghalalkan yang halal..hidup di dunia ni senang sahaja..ada peraturan yang perlu kita ikut..sebagai contoh,jika kita brada di sekolah-ada peraturan yang perlu dipatuhi:beratur setiap isnin,masuk kelas pukul 7 dan sebagainya...begitu juga dengan konsepnya kita di dunia ni..ada peraturan-tidur baca doa,kahwin dengan syarat yang tertentu,bekerja dengan jujur,memimpin dengan jujur dan ikhlas dan sebagainya..so,why its so difficult to follow the rules?setiap yang diharamkan atau dihalalkan kpada kita ada hikmahnya yang tersmbunyi...bukan saja2 ja mau di buat sesuatu itu..

wahai wanita,
siapkan lah dirimu dengan ilmu keduniaan dan akhirat..jadilah seperti mawar berduri yang cantik dan mampu untuk melindungi dirinya..jangan sesekali meninggalkan solat,berbuat baik lah kepada ibu bapa dan sesama manusia..jaga hubungan dengan Allah s.w.t..tahanlah dirimu dari melakukan pekara yang ditegah..dekatkanlah dirimu dengan sesuatu yang membawa manfaat..semoga dikau akan mendapat seseorang yang mahu untuk memiliki dirimu dan menerima semua kelemahan dan kelebihan yang ada..

#sekadar peringatan untuk diri sendiri.insya Allah..

No comments: