Sunday, March 15, 2009

muhammad al fateh-kepimpinan dan teladan.

jika pada waktu ini ditanyakan kepada saya mengenai tokoh pemimpin yang paling saya kagumi-sultan muhammad al fateh la jawapannya..kenapa?mari kita perhalusi sedikit fakta yang saya dapat...


sultan muhammad al fateh ni adalah seorang pemimpin yang 'lahir dan dilatih' secara semulajadi.maksudnya,sultan muhammad al fateh ni mmg dilahirkan sebagai seorang pemimpin.hal ini kerana ayahnya(sultan murad 2)adalah seorang sultan dan secara langsung,beliau akan menggantikan ayahandanya menaiki takhta pimpinan.al fateh juga adalah pemimpin yang dilatih(dilatih utk jd pemimpin).buktinya, sejak dari kecil lagi baginda di ajar dengan pelbagai ilmu untuk melengkapkan diri sebagai pemimpin masa hadapan.beliau di asuh dan dididik dengan ilmu agama oleh syeikh shamsuddin al wali, diajar ilmu peperangan dan pintar dalam menguasai ilmu lain(math dan sbgainya)..selain dr itu juga,baginda ni mahir dan pakar dalam beberapa bahasa(arab,latin,greek,serbia dan sebagainya)..if ikut 'trait theory'-pemimpin dilatih atau dilahirkan'-sultan muhammad al fateh ni-merangkumi kedua2 fakta dalam teori ni...

selain itu,al fateh ini juga seorang hamba yang memang taat kepada Allah.pernah suatu ketika(ketika pembukaan kota konstantinople oleh baginda dan tenteranya), baginda membuka sebuah gereja dan menjadikannya masjid (gereja besar st sophie dan ditukar kepada masjid aya sofiya).pada ketika itu,baginda menyuruh beberapa orang utk menjadi imam(solat jumaat pertama didirikan d konstantinople)-namun baginda membuat keputusan menyuruh kesemua tentera dan baginda sekali berdiri.kemudian, baginda berkata ' Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
hal ini menunjukkan baginda memang seorang hamba yang taat dan sebaik2 pemimpin.

selain daripada itu, baginda juga 'concern' dengan kebajikan rakyatnya. beliau menggunakan kuasa yang ada pada baginda sebagai seorang pemimpin dengan menjadikan 'islam is the way of life'.baginda mahu semua orang mengamalkan islam dalam setiap tingkah laku (kerana mahu mengikut hadis nabi-pemimpin yang akan menakluk kota konstantinople adalah sebaik2 pemimpin, tenteranya adalah sebaik2 tentera dan rakyatnya adalah sebaik2 rakyat).beliau juga menjaga kebajikan rakyatnya..pemimpin yang berjiwa rakyat..

apabila sedikit kisah ini kita 'relatedkan' dengan kepimpinan mahasiswa sekarang ini, kita akan dapati bahawa kita jauh menyimpang drpd apa yang sepatutnya seorang mahasiswa lakukan...seorang pemimpin harus sanggup mengharungi apa jua masalah yang timbul dan tidak melarikan diri drpd masalah.berbincang dengan org yang lebih arif dlm sesuatu perkara, melengkapkan diri dengan ilmu yang pelbagai, berfikiran kreatif, menggunakan sumber yg ada dengan sebaiknya dan yang paling penting sekali kebergantungan yang tinggi kepada YANG MAHA PENCIPTA..jangan sesekali mengabaikan tuntutan kita sebagai hamba...

sekecil2 pemimpin adalah memimpin diri kita kearah yang betul...kita menjadi pemimpin kepada kawan kita,kepada adik2 kita,kepada keluarga kita dan kepada masyarakat sekeliling kita..oleh itu,jgn sekali2 cuba untuk melarikan diri..

aku mengharapkan munculnya pemimpin seperti ini pada masa ini.bila la masa tu akan tiba?

No comments: