Thursday, May 14, 2009

sekadar peringatan...

Sekadar perkongsian…

…“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu dan telah Aku redha Islam sebagai Deen (cara hidup) kamu”
Surah al maidah ayat 3

Ringkasnya, manusia perlu kembali kepada agama itu sendiri…
Teringat pula kepada sebuah kisah yang pernah diceritakan kepada saya...
“satu hari, ada seorang lelaki muslim yang mahu ke kedai gunting rambut(mau p potong rambut la tu..)..setibanya dia di kedai gunting rambut itu, pemiliknya adalah bukan muslim (non muslim)..dia pun teruskan dengan niat asal mau gunting rambut...sedang dia mendapatkan perkhidmatan tu,dia pun berbual-bual la dengan tukang gunting rambut ni..(hemoi-orang kedah cakap)..sedang berbual tu,tukang gunting ni tanyalah kepada muslim ni...lebih kurang beginilah soalan tu..(soalan subjektif..xda pilihan jawapan.kena fikir betul2...)
“kenapa orang islam mengatakan bahawa Allah itu Maha Kaya, Maha Penyayang, Maha Pengasih dan lain-lain sedangkan di dunia ini masih ada orang yang miskin, merempat, menindas orang lain dan sebagainya..kenapa?’...
Orang mukmin tu hanya mampu tersenyum dan mengatakan bahawa dia perlu berfikir dengan sebaiknya untuk memberikan jawapan yang baik...(perlu diingat bahawa orang mukmin adalah pintar!)
Setelah mendapatkan perkhidmatan dan berpuas hati dengan potongan rambut yang baru, pemuda itu pun balikla ke rumahnya sambil berfikir tentang soalan tadi...
Dalam perjalanan balik tu, dia ternampak seorang lelaki yang kusut masai dengan rambut yang panjang dan keadaan diri yang tidak terurus dengan baik di tepi jalan sebuah bangunan....tetiba idea datang...
Dia pun balik semula ke kedai tadi untuk memberikan jawapan terhadap soalan tadi...
“apakah reaksi anda apabila saya mengatakan bahawa di dunia ini tidak ada tukang gunting rambut?”kata pemuda itu..
Dengan nada marah, tukang gunting itu pun berkata “mana boleh jadi..kau baru sahaja bergunting rambut dari kedaiku ini. Mana boleh kau katakan di dunia ini tidak ada kedai gunting rambut. Jika ini (kedainya) bukan kedai gunting rambut, jadi kedai apa? Makanan?(marah betul dia...) apakah sebab anda mengatakan begitu hai orang muda?”
Sabar syarat menang...mukmin tu rileks ja...dan dengan penuh bersemangat, dia pun cakap..” saya mengatakan demikian kerana masih ada lagi orang di luar sana yang masih berambut panjang. Kusut masai tidak kemas...”kata pemuda itu.
”itu kerana mereka tidak mahu datang ke kedai saya. Macam mana saya mahu memotong rambut mereka jika mereka tidak datang ke sini?’ tambah tukang gunting itu..
”nah, itulah jawapan kepada soalan anda itu tadi..anda mengatakan bahawa masih berlaku penindasan, kemiskinan, pencabulan hak asasi dan sebagainya kerana mereka semua tidak kembali kepada islam. Allah telah menetapkan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai dan semua undang-undang yang termaktub adalah berguna dalam semua keadaan kehidupan. Islam telah menetapkan bahawa jangan menindas orang lain, kena hidup bantu-membantu, berusaha mencari rezeki, dan menjadikan Islam sebagai panduan hidup. Semua ini sesuai dengan sifat Allah S.W.T. itu sendiri..Sangat penyayang kepada semua hambanya tidak kira islam atau tidak. Sangat Pemurah kerana menyediakan bumi ini untuk kita terokai dan berhidup di dalamnya...kesimpulannya, semua perkara yang anda sebutkan tadi (penindasan, kemiskinan dan sebagainya) adalah kerana tidak kembali kepada fitrah Islam itu sendiri. Sekian. Faham ke?”tanya pemuda itu.
”faham”, kata tukang gunting rambut itu...
perbualan mereka terhenti setakat ini...
apapun, kita kena kembali kepada islam itu sendiri. Fitrahnya, manusia memerlukan agama. Manusia sentiasa dengan sikap pelupanya. Oleh itu, agama adalah peringatan. Buktinya,
”Demi masa! Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan – pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
Surah al’ashr ayat 1-3



Mari teliti sedikit pengisian daripada saya. Semoga ada manfaatnya kepada semua.
Apakah ‘ISLAM?’

I- Iltizam: azam dan berpegang teguh
”Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara yang mana jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah al-quran dan sunnahku.”
Kita kena berpegang teguh kepada al quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalani kehidupan agar kita sentiasa berada ’in the right track’ menuju ke syurgaNya..

S- Salam/kesejahteraan
Islam itu sendiri bermaksud salam dan sejahtera. Sebagai seorang islam, kita kena sentiasa berada dalam keadaan ’sejahtera’. Maknanya, kita kena sihat. Akal yang sihat datangnya daripada tubuh badan yang sihat. Apa manfaatnya jika kita sihat? Banyak..jika kita sihat, kita boleh ke kelas agama seperti biasa, datang ke masjid dengar ceramah, boleh p ziarah rumah kawan dan yang paling penting boleh la beribadat dengan perasaan yang ‘sihat’...

L- Lillahi ta’ala: niat kerana ALLAH
Dalam ’Hadis 40’ perkara pertama yang disebutkan adalah niat. Niat penting. Itulah sebabnya dalam solat, puasa dan setiap detik kita lalui perlu ada niat yang jelas dan hanya kerana Allah. Contohnya, mau p kelas. Niatkan kerana Allah. Mau p makan, niatkan kerana Allah. Dalam solat pun niat antara salah satu rukun. Tinggal ja,habislah. So, betulkan niat kita!

A- Amal ma’ruf nahi mungkar
’Menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah kepada yang mungkar’. Suruhan daripadaNya yang kita perlu buat. Tiada pilihan. Kena cuba juga walaupun susah. Sedangkan nabi-nabi terdahulu pun buat, sedangkan mereka itu adalah maksum, inikan pula kita! Merempat di bumiNya tapi tidak mahu menyumbang sedikit tenaga untuk menyampaikan dan menegakkan Islam. Teruknya!
Seru dan suruh adalah dua perkara berbeza. Namun, apa yang penting usaha dulu dan selebihnya terpulang kepadaNya untuk ’approve’ kan permohonan kita dengan cara berdoa sebanyak mungkin. Ingatlah, jalan perjuangan bukan semudah jalan yang disangkakan. Jika anda mengatakan keperitan menaiki gunung everest atau kepenatan merentasi lautan atlantik itu lebih payah, jalan perjuangan itu lebih susah! Tidak semua orang mampu menyuruh kepada kebaikan dan menetang kemungkaran. Orang sekeliling kita adalah tanggungjawab kita. Apa yang sudah kita buat?

M- Mencapai redha Allah
Juga merupakan salah satu lagi perkara yang perlu kita usahakan..teringat pula ”redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa”. Selagi mana mak bapa kita redha dengan apa yang kita buat, selagi itulah Allah redha kepada kita. Kadang-kadang ada yang mengatakan bahawa ”si polan bin si polan tidak solat tetapi rezekinya sentiasa ada”. Mana tahu, mungkin Allah tidak redha kepadanya. Hatinya kosong walaupun harta tinggi menggunung. Keluarga tidak pernah aman daripada pergaduhan dan mana tahu dia mengalami kesihatan yang teruk! Siapa tahu? ”Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba. Hidup akhirat kita kekal selamanya”

Sedikit perkongsian daripada insan yang lemah.

No comments: