Monday, June 1, 2009

Hanya dua rakaat...


Assalamualaikum wbt..

Jika blog lain sibuk membicarakan tentang negara, saya lebih suka berkogsi sesuatu yang 'personal'. Bukan peribadi sangat cuma lebih kepada individu. Kerana bagi saya, pembentukan individu itu penting untuk pembentukan negara bangsa.

Apa yang saya ingin sentuh di sini adalah mengenai solat subuh. Solat yang paling ringkas yang kita lakukan dan hanya sekali dalam sehari. Rasanya semua sudah mengetahui tentang kewajipan melakukan solat ketika peristiwa isra' mikraj NABI MUHAMMAD S.A.W .Dan saya pasti juga, semua sudah mengetahui akan balasan orang yang meninggalkan solat-termasuk dalam dosa besar.
Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah 'kemampuan' kita untuk menuniakan solat 2 rakaat ini dengan sepenuh hati. Jika di sabah, kita perlu menunaikan solat subuh lebih awal daripada semenanjung malaysia. Kita menunaikan solat subuh ketika orang lain di semenanjung sedang bertahajud kepadaNYa. Awal ba..Namun, ia bukanlah sesuatu yang sukar tambahan pula jika selama ini memang duduk di sabah. Bersahur pun dah kena bangun pukul 3 pagi! Saya bukanlah ingin menampakkan perbezaan antara semenanjung dengan borneo. Apa yang ingin saya tekankan adakah kita bangun untuk solat subuh ini dengan sepenuh jiwa raga ataupun kerana hanya ingin menunaikan tanggungjawab?

Apabila azan berkumandang ataupun bunyi jam loceng membangunkan kita dari tidur untuk bersolat subuh, adakah kita betul2 menghadirkan diri bersama2 untuk menghadap ilahi? Atau kita menghadap Ilahi ketika mata masih bertutup atau sedang bermimpi akan tilam dan bantal yang ditinggalkan? Adakah kita larat untuk membaca almathurat selepas solat subuh itu ataupun kita tergesa-gesa meningglkan kain solat untuk menyambung tidur kembali kerana bimbang rasa mengantuk yang masih ada akan hilang? Sempatkan lagi mahu berzikir?
Terukkan kita? Solat dua raakat ini pun tidak mampu ditunaikan dengan sepenuh hati.

Apa pula pandangan anda apabila saya mengatakan ada yang tidak solat subuh kerana penat? Ataupun sudah terlambat?Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi, solat subuh dah terlepas, sambung tidur balik! Ada yang mengatakan-subuh gajah! Lantaklah apa pun nama nya, yang penting kena solat subuh hatta terlambat. Saya sering mengingatkan diri agar tidur awal di waktu malam supaya senang bangun qiam atau pun subuh keesokan hari. Namun, kadang kala lewat juga terbangun. Hasilnya, hanya solat sunat subh dan solat subuh dua rakaat sahaja yang mampu dilakukan di subuh hari. Jika ingin belajar malam pun, jangan sampai tertinggal subuh kerana kita perlu kepada keberkatan Allah S.W.T..

Kenapa waktu subuh hanya cukup sekadar 2 rakaat? Ini bukan pendapat ulama namun lebih kepada pembacaan saya sendiri. Solat 2 rkaat ketika subuh(jika dibuat dengan solat sunat adalah lebih baik) sudah cukup untuk mencergaskan kita. Jika anda memang mendapat tidur yang cukup di malam hari, dan selepas solat subuh, anda tidak akan rasa mengantuk kerana kita sudah 'excersice' pagi dengan solat subuh! Seperti yang diketahui umum, solat adalah merupakan terapi terbaik untuk merenggangkan otot2 dalam badan manusia! Cara rehat yang terbaik adalh melaui bersolat..Selain itu, alangkah baiknya jika kita memulakan hari kita dengan meminta keberkatan daripada ILAHI. memohon supya hari ini ada rezeki untuk kita, meminta supaya hari ini berjalan dengan lebih baik dan semoga hari ini bertambah amalan kita..Minta sebanyak-banyaknya denganNya, mudah-mudahan diperkenankan. Satu lagi, apakah pula perasaan anda apabila memulakan hari tanpa menghadap Ilahi di waktu subuh? Rasa macam ada ja yang tak kena..Something missing!...Tambahan pula, udara di waktu pagi sangat nyaman berbanding waktu petang atau tengahari.. Bangun waktu pagi, dapat sedut udara yang nyaman untuk tubuh badan kita.. Jika ingin kita menggariskan nikmat Allah yang diberikan kepada kita, nescaya kita tidak akan mampu untuk menghitungnya...Tepuk dada tanya iman masing-masing...

Sekadar itu sahaja. semoga ada manfaatnya...

No comments: