Thursday, July 30, 2009

2nd time at langkwi


sampai kat langkwi...




dengan sang2 ikan kat underwate world


matahari terbenam.so sweet...


kat pntai..

dataran lang


gempar betul ba kampus jadinya disebabkan oleh keputusan pihak kampus untuk menutup kampus selama seminggu ekoran daripada penularan virus H1N1 yang semakin membimbangkan..ana apa lagi, melarikan diri ke LANGKAWI dan ini adalah kali ke2 ana ke pulau ini..dan kali ini ana akan menghabiskan lebih banyak masa dan waktu untuk p explore langkwi lebih dr 1st time ana dtg..

takat ni ana dah p jalan kat UNDERWATER WOLRD, island hoping-p jalan2 kat 3 pulau yang best-pulau dayang bunting, pulau singa besar tgk helang dan pulau beras terbakar p mandi2,pantai punya main putih.huhu..memang siuk ba..other than that, ana p tempat bersejarah-beras terbakar.tiada apa sebenarnya, cuma ia salah satu tapak warisan sejarah.nak tau sejarahnya, p bc buku sejarah ya...

alhamdulillah, Allah berikan anugerah pancaindera untuk tgk alam ciptaanNya dan ana sering ingatkan diri bahawa-tiada sesiapa pun yang boleh buat semua itu kecuali Allah.subhanalllah...

esok2 b4 balik ana nak naik cable car..insya Allah, doakan semoga semuanya selamat..

ROADSHOW MARSIS






alhamdulillah, pada kesempatan yang ALLAH berikan, pada 25hb yang lalu, beberapa orang MT MARSIS pusat telah turun padang-datang ke kampus sebagai salah satu aktiviti wajib MARSIS.




Walaupun tidak ramai yang datang, namun ia tetap tidak menganggu tentatif yang dijadualkan walaupun lambat sedikit bermula daripada yang sepatutnya..




syukran jazilan ana ucapkan selaku wakil Marsis cawangan kepada 2 orang MT marsis yang sudi datang ke kampus kami yang jauh di ceruk kedah.huhuh..terima kasih kak nur dan kak rina, ana ucapkan takziah kepada seorang sahabat muslimin yang sepatutnya sama2 hadir ke program ini namun ditakdirkan Allah mengalami gangguan di saat akhir dan tidak dapat meneruskan perjalanan ke kampus kami..namun, ana selaku wakil mengucapkan setinggi2 ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan program ini..semoga ia akan dapat menjadi titik tolak kepada kita untuk terus menggerakkan dakwah untuk adik2 borneo di kampus kita..insya Allah...








antara aktiviti yang kami jalankan dalam lebih kurang 4 jam itu adalah sesi taaruf, pembentangan laporan cawangan, pembentangan setiap lajnah marsis pusat, Q&A, slot khas-tarbiah, dan pengisian borang ahli dan ubm..alhamdulilah, semua berjalan lancar..








ana sedikit teruja apabila memandang antara aktiviti yang bakal dijalankan marsis tahun ini, yang ana rasakan-bertuahnya adik2 borneo kerana ada orang yang sanggup membuat program berbentuk kerohanian untuk mereka di kampus. sungguh!..bersyukur la kita kerana ALLAH mencampakkan sedikit hidayahNya untuk kita sedar bahawa ISLAM harus seiring dengan kehidupan kita..








program yang terdekat adalah program ijtima bulan ogos nanti dan yang paling grand-IJAB (ijtima aidilfitri borneo)-khusus untuk student sbh srwk yang tidak balik beraya cuti ni..huhuh....




semoga kita diberi peluang untuk bersama-sama dalam program ini...











Monday, July 27, 2009

H1NI

Assalamualaikum wbt..

syukur ke hadrat ILAHI kerana aku masih lagi diberi kesempatan untuk berada di salah satu tempat peranginan terkemuka dunia-LANGKAWI, semata2 untuk menghabiskan cuti tergempar-cuti H1N1..isk3..


tak sapa yang dapat duga semua ni..bak kata kawanku, pandai ja penyakit h1n1 ni, serang tempat2 yang 'standard'-di universiti.

kalau kita alert ngan berita semasa, kebanyakan institusi pendidikan tertinggi di negara kita sekarang ni ditutup disebabkan oleh penyakit ini...kem2 plkn pun dah tutup..skola pun sama...jom balik kampung ramai2..huhuh...nasib baik la sabah jauh, kalau x, balik umah dah la..

jom kenali virus yang mampu 'memporak-perandakan' dunia ni..-wikipedia

Influenza A(H1N1) virus is subtype of influenzavirus A and the most common cause of influenza (flu) in humans.some strains of H1N1 are endemic in humans and cause a small fraction of all influenza-like illness and a large fraction of all seasonal influenza. H1N1 strains caused roughly half of all human flu inflection in 2006. other strains of H1N1 are endemic in pigs (swine influenza) in birds (avian influenza). in june 2009, world health organization(WHO) declared that the flu due to a new strain of swine-origin H1N1 was responsible for the 2009 flu pandemic. the strain is commonly called 'swine flu' by the public media.

antara kes-
-wabak ini bermula di mexico pada mac yang lalu dan merebak ke seluruh dunia dan berada di tahap yang membimbangkan..

-sehingga semalam(29 julai) sebanyak 1219 kes telah dilaporkan dan 574 adalah kes import dan selebihnya adalah kes tempatan dan sebanyak tiga kes kematian telah dilaporkan.

-arab saudi: seorang lelaki berusia 30 tahun meninggal dunia disebabkan oleh kes ini.

-indonesia: kanak2 perempuan berusia 6 tahun adalah korban pertama di negara itu.

-singapura: seorang wanita berumur 42 tahun mati akibat influenza H1N1 dan merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia di republik itu. mangsa meninggal dunia setelah 5 hari mengalami demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas.

antara cara pencegahan kepada virus ini adalah:(kementerian kesihatan malaysia)
# basuh tangan
# minum air putih
# penggunaan topeng muka
# menjaga kebersihan diri

menurut islam, antara amalan yang boleh kita lakukan adalah disarankan membaca dan meminum air bacaan yasin.

kita kena percaya bahawa setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Jangan sekali2 lari dari ketentuanNya dan berlindungan dengan ALLAH S.W.T...

Tuesday, July 21, 2009

Di mana ya?

assalamualaikum wbt...

minta maaf banyak2 kerana telah lama tidak mengupdate blog ini...terasa macam sibuk betul ni sem(macam aku sorang ja yang sibuk!)...tetapi itulah bebanan tugas yang aku perlu tanggung untuk semester ini..semuanya datang secara serentak dan tidak aku duga sama sekali..sungguh!



ari tu aku ada terdengar seorang pernah berkata'kita tidak perlu meminta2 jawatan, tapi jika itu sudah ditakdirkan kita berada di situasi tersebut, we have to do the best!...insya Allah,aku cuba buat yang terbaik...kita dan Allah sama2 merancang, namun perlu diingat bahawa perancanganNya lebih berkuasa mengatasi segala2nya kerana Dia Maha Mengetahui..tahu apa yang kita perlukan...

ari ni aku p daftar pratkum..aku hanya bagi tahu kakak ku bahawa aku akan daftar praktikum...binggungnya hanya Allah ja yang tau..mau buat di mana ya praktikum?itu soalan yang mengasak2 fikiranku semenjad taklimat pra pratkum ari tu..sungguh, aku x tau mau wat d mana..bukan tiada perancangan, cuma masih kabur..apa yang aku plan-aku mahu berpraktikal d semenanjung dan terus berada di sini sehingga aku mendapat segulung ijazah sarjana muda ku..kemudian, aku akan kembali ke sabah-tak mau ke semenanjung lagi..itu plan ku..namun, aku tidak dapat buat keputusan mahu ke bandar mana utk berpratkal sehinggalah masuk ke tempat pendaftran tad...

'ada juga di alor star & SP.x pa la, pratkal d kedah ja la..-macam plan ku..alhamdulillah,berjalan lancar..aku mengambil keputusan utnk menjalani praktikal di bumi kedah ini..aku pun x tau kenapa rasa berat hati mahu pilih tempat lain..di sabah lagi la..tiada hati ku mau pratkal di sabah...bukan mahu buang negeri sendiri, namun aku masih merasakan aku masih mahu berada di bumi smenanjung ini..mungkin ada hikmahnya..aku menanti janjiNya...

'slay,lepas study ni mau wat apa?'soalan yang biasa diajukan..masalahnya, ia soalan subjektif, bukan objektif.kalau mcq tadi, x pa jua..huhuhu...aku pun ckpla, mungkin mau amik master.insyaAllah..tiba2 soalan yang kedua muncul-tak khwin ka lpas stdy?aku terasa macam mau pitam!huhuhu...bukan tiada dalam perancangan, namun belum sampai ke tahap itu.aku cuma cakap, insya Allah, sampai jodoh..tunggu ja la ya..aku pun tak tau nak habaq lagu mana..

buat yang terbaik..jika kita sudah ditaklifkan untuk memegang sesuatu jawatan atau tugasan di dalam sesebuah gerak kerja, jadikan ia sebagai medan kita untuk belajar..learn something..belajar untuk bekerja di dalam kumpulan, belajar untuk menerima pandangan orang lain dan yang paling penting, belajar untuk membahagikan masa dengan baikk...semua orang memiliki 24 jam sehari..tiada request mau minta lebih...do our best, insya Allah kita akan dapat yang terbaik...paling penting, letakkan kebergantungan kita hanya kepada kuasa YANG MAHA ESA...peringatan buat diriku sndiri...

selamat menjalani minggu2 kuliah yang semakin mencabar..semoga sahabat semua dapat menempuh segala halangan yang datang dengan hati dan akal yang lapang..la tahzan.

wasalam...

Friday, July 3, 2009

selamat kembali ke kampus...

assalamualaikum wbt...
tidak ada yang lebih baik selain daripada kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah rahmatNYa, kita masih diberi kesempatan untuk menyambung kembali tugas kita sebagai pelajar di kampus masing2..tanamkan azam baru.semoga berjaya menempuhi semester ini..insya Allah....