Saturday, August 15, 2009

kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa-

Itulah tajuk pembentangan yang disampaikan oleh DR JAMNUL dalam PERSIDANGAN MAHASISWA MASJID yang berlangsung semalam bermula dr 14-15 hb yang lalu..ana telah ditaklifkan menjadi salah seorang ajk yang bertanggunggjawab untuk memastikan kelancaran program. pada mulanya, program ini dijangka dibuat pada penghujung bulan 7 namun oleh kerana serangan virus h1n1 yang melanda seluruh dunia, ia terpaksa ditangguh dan alhamdulillah ia selesai pada hari semalam (15hb) pada puku 5.30 ptg..

Menjadi ajk pelaksana dan peserta sangat berbeza. Kita yang menjadi ajk perlu untuk menyelesaikan amanah yang diberikan dengan penuh rasa bertanggungjawab dan ikhlas. kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai halangan dan masalah seperti surat yang tidak lulus, kerjasama dan komitmen dari rakan2 dan sebagainya. jika kita kuat, kita akan tetap meneruskan perjalanan. namun, jika kita sudah beranggapan bahawa kita sudah 'off limit; kita akan berhenti setakat itu...itulah kita kan..

berbanding menjadi seorang peserta, hanya perlu daftar dan datang ketika program. balik apabila selesai prgram..senang ja..namun apa yang penting adalah keinginan kita untuk menjadi peserta atau ajk yang berjaya. apa maksudnya berjaya?adakah kita datang ke satu2 program itu bermkna kita sudah berjaya?berjayakah kita jika kita katakan peserta yang datang melebihi sasaran?adakah kita sudah cukup berjaya dengan mengatakan bahawa vip yang kita jemput semuanya, datang?atau kita katakan bahawa kita berjaya sebab PA SYSTEM berada dalam keadaan yang baik? tidak semestinya...ask urself!...adakah anda betul2 mendapat manfaat dr menjadi ajk?menjadi pesrta?jika kita mendapat sesuatu dari semua ini, itulah kejayaan sebenarnya. kita berjaya menjadikan diri sebagai seorang persrta yang pulang dengan ilmu yang penuh di dada. kita berjaya menjadi seorang ajk yang menjalankan tugas dengan sempurna and get something from that..tapi semuanya terpulang kepada diri masing2 untuk menilai...

terlalu kerap 'menembak' orang lain ketika post mortem-baik ke tak? jika ana, tembakla tapi biar berhemah..kita disuruh berhemah dalam semua hal. jika kita perlu tegur seseorang itu 'face to face' , kenapa kita perlu tegur dia di hadapan orang lain?...lagi 1 yang suka ana tekankan, jika kita perlu berhubungan sesama ajk ketika program, kenapa kita perlu jadikan ia sebagai satu masalah?kadang2, duduk dalam 2 biro tapi ketika program langsung tak berhubung dan ada kalanya tak tau apa yang patut dilakukan kerana tidak mahu berhubung dengan ahli di dalam biro itu sendiri! heran juga kan...sangat menghairankan..tambah2 lagi kalau ada ahli yang harapkan ketua sahaja yang berikan arahan.kadang2, kita kena tanya. takkan la ketua tu siki2 nak lapor pada ahli.. macam takda keja lain!

bersambung...nak pikir lain pulak!

Thursday, August 13, 2009

terus maju ke hadapan!

apa yang penting, kuatkan azam dan betulkan niat!

itu yang perlu ditekankan dalam setiap diri seorang yang bergelar PELAJAR.
jika anda ingin mencapai keputusan yang cemerlang, anda perlu menjadi cemerlang dan segala yang anda buat perlu cemerlang.

sasarkan tujuan kita ke langit, tapi jika hanya sampai ke awan, itu sudah cukup baik dari terhempas jatuh ke bumi!

apa ba ni slay yang kau cakap ni?

be an excellent student!-tajuknya sebenarnya...

ramai yang kecundang apabila memasuki ipt. di sekolah dulu siapa dak kenal dia-best student beb! balik2 ja namanya yang naik ke pentas amik trofi-pelajar terbaik..alih2, dapat masuk universiti.hebatnya!...kehidupan diteruskan namun akhirnya, kejayaan yang diharapkan tidak menjadi..di mana silapnya?'aku dulu rajinnya study, duduk di lib 2 3 jam. aku dulu selalu ja jumpa cgu kalau x paham.dulu pun aku suka buat latihan.selalu baca buku, ajar kawan yang dak paham..tapi aku di sini(universiti), semua benda tu dah x berlaku..aku lalai dalam pelajaran, aku suka keluar malam lepak di cafe ngan kawan2 ku yang lain. asgment pun aku wat suka2 ja, esok antar malam tu dak tidur malam la aku membuatnya...ulangkaji pun aku jarang..apa sudah jadi ni sebenarnya?sapa yang silap?

ask urself!

selamat meneruskan perjuangan. ingat, sesiapa pun ble masuk u, sesiapa pun ble dapat skroll time ijazah nnti namun apa yang membezakan kita adalah usaha!

agi idup agi ngelaban!-pepatah sarawak

salam perjuangan!!!

Wednesday, August 12, 2009

THE LAW OF ATTRACTION

Assalamualaikum w.b.t...
ana rasakan ana perlu untuk membawa vakum, penyapu, dan sebagainya yang ana rasakan perlu ketika mahu menjengah ke blog ini, kerana rasanya habuk dan sawang yang ada dalam blog ini sangat banyak dan tebal tahap gaban!..kesilapan ana kerana sudah lama tidak mengupload anything dalam blog ni..isk2...

baru2 ni, di kampus ada diadakan satu seminar bedah buku-THE LAW OF ATTRACTION yang disampaikan oleh Ustz Mohd Arif Mat Noor, salah seorang orang yang famous juga kalau di kampus ana ni...seminar yang dianjurkan oleh salah sebuah kelab di kampus ini bertujuan untuk 'membedah'sebuah buku yang dikarang oleh penulis dari tanah seberang iaitu RUSDIN S.RAUF yang bertajuk QURANIC THE LAW OF ATTRACTION terbitan PTS.buku ini ada dijual sekali ketika seminar dengan harga sebanyak RM 13.90..

buku ini sebenarnya adalah salah sebuah buku motivasi yang baik terutamanya kepada umat islam khususnya, yang dalam masa yang sama kita menjadikan al quran as the basic and the guideline dalam kehidupan ini. kita boleh menyerlahkan kemampuan diri kita pada tahap yang optimum berteraskan alquran dan hal ini lah yang diterangkan sehabis baik oleh penulis di dalam buku tersebut.

jika ada antara kita yang buat pertama kali mendengar mengenai the law of attraction atau dalam bahasa kebangsaan disebut sebagai-hukum tarikan,mungkin ada yang akan tertanya2, apa la benda yang mahu ditarik ni?sama macam ana ketika pertama kali mendengarnya.

hukum tarikan seperti yang di definisikan oleh Michael J.Losier dalam bukunya yang bertajuk The Secret, hukum tarikan adalah segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada perkara positif atau negatif, akan datang dalam kehidupan kita.
itu menurut perspektif barat. apa pula kaitan islam dengan hukum tarikan ini?inilah yang cuba dikupas oleh penulis dalam buku the quranic law of attraction....

quran, sumber hukum tarikan?-merupakan salah satu tajuk yang terdapat di dalam buku ini.
pelbagai soalan menjengah, sama ada betul atau tidak al quran sendiri memiliki hukum tarikan ini?bagaimana kita mahu menggunakan al quran ini dengan berkesan agar kita dapat menemukan kebahagiaan dan kejayaan?
mungkin ada yang akan berpendapat bahawa la quran hanya membincangkan tentang hukum, syurga, neraka dan hal-hal lain. jarang sekali kita denga bahawa al quran boleh menjadi sumber motivasi dan kejayaan. kalau adapun, tidak ramai.

namun, akhirnya penulis menemukan jawapan dari semua perkara yang dibincangkan tadi dan sememangnya, semua perkara ini disebut dengan jelas di dalam al quran. contohnya, jika kita berbuat baik kepada orang lain, kita akan dibalas dengan kebaikan, begitu juga sebaliknya dan dalil yang menyokong pertanyaan di atas adalah ayat 7-8 surah al zalzalah yang bermaksud 'maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, maka dia akan melihat balasannya. dan sesiapa yang mengerjalan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya'.

surah ini menambah keyakinan kita hukum tarikan wujud sejak diwahyukan kepada nabi Muhammad S.AW.. mari kita renungi, selami dan hayati maksud ayat ini, kebaikan dibalas kebaikan, kejahatan dibalas kejahatan. Tuhan mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif(kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang disekitar kita..

secara ringkasnya, hukum tarikan adalah mengenai 'think positive'. contohnya, jika kita bangun pagi dalam keadaan yang kelam kabut dan tersepak kaki katil, ana percaya perjalanan kehidupan seseorang itu akan menjadi sangat negatif sepanjang hari berbanding dengan orang yang bangun pagi dalam keadaan yang baik dan membaca doa, ana percaya harinya akan berjalan dengan sempurna tanpa masalah.jika kita berjaya untuk membangkitkan suasana positif terhadap diri dan alam, semua ini akan memberikan respon yang positif juga kepada diri kita dan kita akan lebih bersemangat dan bermotivasi menjalani kehidupan...

another words about this law is-thought become action=fikiran menjadi tindakan. jika kita sentiasa memikirkan mahu membuat perkara yang baik, kita akan buat perkara yang baik, begitu juga sebaliknya..senangkan?
as simple as that!

nak tahu lebih lanjut ttng hukum tarikan ini, belilah buku quranic, the law of attraction!
selamat membaca dan menarik!