Assalamualaikum w.b.t...
Maaf, sudah lama tidak post entry baru ke blog ini. Laptop kesayangan ku rosak...Dugaan betul.Nasib baik belum mula sem lagi..Masih sempat untuk aku menghantarnya ke ER(eMergency room).. Tapi kali ini ,aku bukan mahu membicarakn tentang laptopku tapi tentang seseorang yang sangat penting dalam hidupku. Seseorang yang bertanggungjawab membentuk diriku sepertimana aku hari ini..
Seorang yang pada suatu ketika dulu sanggup berhujan menghantar aku ke sekolah. Memayungi diriku demi untuk memastikan aku tidak basah apabila sampai ke sekolah, membiarkan dirinya dibasahi oleh sang hujan..Seorang insan yang mengajar aku erti solat berjemaah. Seorang yang sanggup memarahi diriku semata-mata kerana telah membiarkan buku yang dibelikan khas untuk ku 'kembang' terkena hujan. Seorang yang sentiasa tahu bahawa aku memerlukan dirinya ketika aku buntu. seorang yang selalu memberikan aku semangat untuk berjaya dalam kehidupan.. masih aku ingat kata-katanya
"nak, belajar betul2.nanti boleh sambung master"..tinggi sungguh harapannya..Aku takut aku tidak mampu untuk mencapai impian itu..
Ayahku bukan lah seorang yang hartawan yang menanti untuk mewasiatkan hartanya kepadaku.. Ayahku bukan seorang bintang filem atau business man yang termasuk dalam senarai orang yang berpengaruh di dunia.. Ayahku bukanlah sesiapa.. Pada orang lain, ayahku mungkin tidak mempunyai kepentingan terhadapnya, namun satu yang aku tahu, aku perlukan ayahku disisi..sepanjang masa..walaupun dia tidak menghubungiku selalu, namun aku tahu dia akan sentiasa mahu aku berada dalam keadaan yang baik, mahu aku terus maju jaya dan aku tahu dia kan sentiasa ada untuk memberikan sokongan kepaku...
Ayah, terima kasih kerana telah mendidik diri ini...selamat hari bapa!
* ucapkanlah 'selamat hari bapa' kepada bapa anda sebelum terlambat..selagi masih ada kesempatan untuk anda berbuat demikian....
No comments:
Post a Comment