Tuesday, April 28, 2009

masa




“Salam. Malam ni ada discussion pkul 8 mlm.”
“Salam. Akan diadakan satu perjumpaan akhir baktisiswa pada pkul 8.30 mlm di PKP. Respon”.
”Salam. Meeting akan diadakan pada pkul 8.30 malam di bilik bljar blok E”.
Jadual exam: pukul 4.00 petang-6.30 petang
Jadual kelas malam: 8.00 pm-11pm.(isyak confirm la lambat! Maghrib pun sure kelam kabut)
Jadual kelas: 12.30-2.00 petang (ok lagi...)..tapi ada juga yang akan terus amik kelas kul 12.30-2.00 petang, kul 2.00-3.30 petang! Jika ini yang terjadi, bila masa mau solat?kul 3.30 petang?
Inilah situasi yang kebanyakannya dialami oleh kita. Bukan sahaja dalam kehidupan di universiti namun dalam kehidupan kita di luar. Penerbangan pukul 2.00 petang, nampak macam relevan tapi tetap ada juga segilintir yang terkejar-kejar untuk solat. Kalau musafir, ble la solat jamak. Tapi jika tidak?...ada lagi pula yang berpendapat, malas mau jamak. Jadi, solat la dalam masa tergesa-gesa itu...
Kadang-kadang kes di atas terjadi hatta di musim ramadhan. Discussion pukul 8.30 malam! Tak solat sunat ramadhan ka? “xpa, solat sunat ja pun…”. Ya, tapi bukan selalu Allah mau bagi pahala free yang banyak. Kali ni kita dapat lagi bertemu dengan ramadhan, nanti tahun depan entah jumpa lagi ke tidak! Ada pula, yang wat discussion kul 8.30 malam ni, time2 discuss-azan berkumandang. Malu tu..langsung x hormat waktu solat. Kalau pun x p masjid, dok di bilik bca quran sambil tunggu azan kan baik. Memang la menuntut ilmu itu digalakkan, namun biar kena pada tempatnya. Solat dulu kan baik. Ble p tuntut ilmu dalam keadaan selesa. Bukan menganggap solat adalah bebanan, tapi we have to know that solah is our responsibility. Tanggungjawab yang mesti dipikul oleh semua orang. We have no choice!

Ari tu ada sorang non muslim yang satu group ngan ana. Dia tnya mau buat discussion kul brapa coz dia tau kita kena solat. ’Kul 8.00?’, dia bertanya. Ana dah wat muka tu..”em,apa kata kul 9.00? bincang sampai subuh pun xpa”....kita kena pertahankan hak kita! Jadi qudwah hasanah yang baik kpada sahabat non muslim kita. At least kita ada wat something tunjukkan pada dia Islam fleksibel!
Kadang-kadang pula, lepas jer waktu maghrib (isyak x masuk waktu lagi), ana tengok ramai dah yang ‘merayau’, di tempat yang kami gelarkan sebagai mall-ada mini market n kedai2 makan. Sama ada p makan, p discussion yang kul 8.30 malam tu atau pun p dating! Ana kadang-kadang suka keluar juga waktu begini coz x ramai orang. Jadi, persaingan untuk membeli makanan itu kurang (hanya pada waktu tertentu sahaja ya ana wat begini. Harap maklum!). Lepas waktu isyak plak orang akan lebih ramai keluar. Fenomena biasa-dating!, p copy buku, p atm, p wireless dan macam2 lagi. Ana selalu beranggapan bahawa semua yang ana jumpa di situ termasuk ana sudah menunaikan solat! That’s important. Mau buat apapun, solat la dulu. Memang betul masa untuk solat isyak panjang, namun sangka ia tidak boleh menjadi pendek ! silap-silap ari tu rupanya hari terakhir kita mau solat isyak tapi x sempat. Ruginya !

Kadang-kadang ana berfikir seketika tentang couple2 ni-bnyaknya juga masa mau jumpa kekasih hatinya ni. Adakah juga masanya untuk belajar ? adakah juga masa untuk kawan-kawan lain ? hatta sampai di kelas pun bergayut, macam dah tiada kerja lain pulanya. Tapi, insya Allah bersangka baik. Mungkin diorang ada benda mau discuss, maklumlah sama course kan...

Pentingnya masa itu sehingga orang menyamakan ia dengan emas, ‘masa itu emas’. Emas kan adalah sesuatu yang bernilai dan ekonomi yang baik adalah berasakan emas. Sedangkan Allah S.W.T dah bagi amaran dalam al quran bahawa manusia itu akan sentiasa berada dalam kerugian kerana masa kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar. Pentingkan masa?

Masa adalah waktu, masa adalah umur, masa adalah hari dan masa adalah kehidupan.
Penting untuk kita mengurus masa kita dengan baik-time management. Perlu ada timetable-jadual untuk memudahkan urusan but for somehow, lebih senang untuk tidak ada, terpulanglah. Kerana akan ada benda yang kita tidak jangka akan berlaku kepada kita, dan ini mungkin akan mensasarkan planning kita.
Nabi mengambil masa 23 tahun untuk memantapkan Islam dan hampir2 menakluki dunia, bersusah payah menjadikan Islam agama yang diterima oleh semua orang. Ini adalah masa...
Pembukaan Makkah pada 631 hijrah. Masa...
1000 Masihi- Masjid Cordova siap dibina, menjadi salah satu lambang keagungan Islam.
1453 Masihi- Sultan Muhammad al-Fateh menakluk Constantinople pada usia 24 tahun! Kejayaan yang paling manis dikecapi dalam usia muda...
1987- ana lahir, 2007 masuk ke universiti. Jika dihitung kembali, banyak sebenarnya masa berkualiti yang ada namun disia-siakan. Mungkin kerana faktor luaran, tapi yang pastinya kerana diri sendiri. Manusia mempunyai godaan terbesar dalam hidup iaitu hawa nafsu dan syaitan. Manage urself better!

Apapun kisah hidup kita, agenda yang perlu kita laksanakan, lautan yang perlu kita direnangi dan siapapun kita, ingat jangan lupa untuk urus masa dengan baik. Tidak ada tambahan masa dalam sehari, semua orang akan mendapat masa yang sama-24jam sehari. Mahu tidak mahu, gunakan dengan bijak. Biar kita terkedapan daripada masa jangan masa yang mengejar kita.
Selamat menjaga masa!

Monday, April 27, 2009

baju renang muslimah?

jika anda alert dengan berita hari ini(www.kosmo.com.my)
'KESELESAAN WANITA MUSLIMAH'
-Muslimah Burqini menghasilkan suit untuk pakaian renang. dan yang uniknya, pakaian itu sesuai untuk muslimah-menutup aurat.
-baju labuh, seluar dan tudung.
-guna fabrik yang baik-jgn jemur di bwah pancaran matahari-fabrik rosak
-bukan satu perkara yang baru-dubai dan indonesia dah wat
-corak yang pelbagai

bagi ana, ia satu inisiatif yang baik..lagipun ble la mandi dengan keadaan yang selesa sikit..tapi ana lebih prefer x mandi tempat yang terbuka
(walaupun mahu sgt2 :-)...)

tgk berita utk maklumat lanjut:-)

Sunday, April 26, 2009

bonda...(rindu ngan mak...:-)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



# nothing, saja2 mau post something..(still sibuk ngan exam!)

Friday, April 17, 2009

SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM SAHABAT!



teruskan perjungan hingga ke garisan penamat!

Sunday, April 12, 2009

Demi Matahari-Snada





Demi matahari-snada

Demi matahari
Dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi siang hari
Bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah...subhanallah...(4x)

Allah mengilhamkan
Sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya.


# suka aku lagu ni..

Wednesday, April 8, 2009

study week=musim mengawan?

ui na,sandi!...
itu persepsi pertama ku apabila rata2 yang aku jumpa mengatakan musim study week utk final exam adalah musim mengawan! astagfirullah..apa la tu maknanya?penat aku memerah otak memikir apa kaitan musim study week yang sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin utk pulun study dikaitkan dgn musim mengawan??sandi ba...org sabah ckp..

hatta lect pun ada juga yg tau ttg 'istilah' ni..aku ja upanya yg x tau..

alih2 aku tnya2 la kakak2 senior, kawan2 ku...and the answers is simple:
kan dah xda class...so, couple2 ni senang la mau bjumpa.kita pun 'senang' la nak tgk depa ni ke hulu ke hilir...ada juga yang b4 ni kita x tau depa couple, tp upanya couple! (isu couple d institusi pengajian tinggi ni bukan isu baru...)..Allah,itu upanya...but why we have to say 'musim mengawan?'...kdg2 couple2 yang kita jumpa ni(x pa la if couple tu sama jantina..mungkin x la ada fitnah yg timbul..)berdua2 d tempat yg nampak musykil sedikit..di taman2, di cafe, lib pun..but alasan 'BELAJAR'..ok i can accept that tp agak2 la kan..duduk tu biar la jauh sedikit...pandangan tu kena la jaga..besar sudah ba kan..tau2 la batas yg kita perlu jaga...niat kena betul baru ilmu senang masuk..

ada sorang lect aku ni ckp:
kita ni belajar kena berjemaah.means,group.baru la berkat itu ada..kita saling bekerjasama tlg kawan n diri sendiri...dalam islam sendiri, if kita mau bermusafir hatta berdua, kena pilih ketua antara mereka...

itu la kot depa ni sentiasa dok dalam 'group'..(couple tu group ka??)


apapun, waktu study week ni mmg waktu2 yg mencabar coz:
# xda class da...
# byk masa terluang
# ble rileks...
# xda asgment dah...
# ble tdo sampai ptg...

but, we have to remember, we cannot repeat the time that pass away...pepatah melayu ada mengatakan 'sudah terhantuk baru tengadah'..menyesal tu di belakang,bukan di depan..(mak aku ckp)..dalam surah al asr pun dah di sebutkan:

'demi masa.sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar'...ayat 1-3

so, x kisah la musim study week ni di katakan musim mengawan ka, musim berbunga ka, musim hujan ka..but the important thing is, we use that time given to us with the good things..belajar, usrah ka...p joging ka...blajar2 juga but you know ur self better..kita tau kita berada d tahap yang mana..as long as we can, strive to excellent ya...

sekadar perkongsian yg selalu bermain2 d minda..semoga kita sentiasa diberkati..insya Allah..

#selamat menjawab exam!

Sunday, April 5, 2009

kakak ku sayang...






'siah,tertinggal aku flight'...
terkedu aku seketika di kala kakakku yang sudah lebih kurang 3 thn x balik ke bumi sabah memberitahu bahawa dia tertinggal flight! ya Allah.x pernah aku terbyg!
dah la cuti dapat apply seminggu ja..ari jumaat dah kena balik semula ke semenanjung..alih2 ter'miss' plak flight..kalau setakat bus ekspress tu ble lagi la di kejar.ini pula...yg terbang terus ke awan biru...sedih juga aku dengar dia menceritakan detik2 ketinggalan flight tu...awal juga p lcct but,i dont know how its happen..sent mesej ckp 'aku dah d lcct.doakan aku slamt p slamt balik'..tgk jam kul 6.08 minit pagi, ari jumaat.flight kul 7..alhamdulillah..awal juga..alih2,kul 7 plak ada call dr dia-aik,ble call d flight?aku bertanya seorang diri..

rupanya tertinggal flight!ish2...oleh krana cuti still cuti,dia pun p la umah kuarga angkat d melaka...nasb baik plak macik kwn dia sudi pnjamkan kad kredit utk kakak ku sorang ni untuk beli tiket balik keesokan ari nya..(sabtu)-coz x ble guna maybank2u if tempah penerbangan sehari...so,balik la juga...walaupun sepatutnya awal sehari,tp alhamdulillah...dapat jua mama ku tgk anak dara nya sorang tu jejak kaki di umah setelah sekian lama menuntut ilmu dan mencari rezeki di tempat org...

-sampai dah aku di rumah
alhamdulillah...dapt gak mesej dr dia.slamat gak sampai..
aku terpaksa membahagikan fokus ku kepada perkara lain 2 hari tersebut kerana aku mengikuti bengkel kemahiran..dalam pada aku berprogram,aku terfikir juga akan keadaan kakak ku..nasib baik semuanya dipermudahkan...alhamdulillah...


#macam2 dugaan yang kita kena hadapi dlm hidup ini...amik pengajaran dengan apa yang terjadi dengan orang di sekeliling kita kerana tidak mustahil semua itu berlaku terhadap kita...sekadar peringatan.

Wednesday, April 1, 2009

ungkapan bismillah yg ke 114

dalam al quran ada 114 surah..surah at taubah tiada mengandungi kalimah bismillah pada permulaan surah..jadi dalam al quran masih ka kalimah bismillah berjumlah 114 atau 113??...pernah d ajukan kepada saya soalan ni ketika berprogram awal tahun ni...
dan semalam sekali lagi soalan ini d ajukan dan saya lupa jawapannya...

cari2,belek2 balik kertas2 lama jumpa la juga jawapannya..
dalam surah an naml,ayat 30- "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...(ble rujuk tafsir quran)

sekian.untuk perkongsian ilmu yang sedikit drpad insan yang masih dahagakan ilmu..insya Allah...