Tuesday, June 9, 2009

Life is an Open Secret




Masa cuti ni saya habiskan dengan 'menghabiskan' semua buku/majalah yang ada di rumah kakak..Bosan juga kalau tiada aktiviti khusus. Saya seorang saja duduk di rumah kalau waktu siang sebab kakak keluar kerja..

Salah satu buku yang dalam proses untuk dikhatam ialah Life is an Open Secret by Zabrina A.Bakar. Bukan senang sebenarnya menghayati buku yang bukan ditulis dalam bahasa pertuturan seharian kita tapi saya tetap juga mahu untuk menghabiskan buku ini.Semoga ada manfaatnya. Sedikit perkenalan dengan buku ini-buku ini adalah buku yang ditulis dalam bahasa inggeris.Ada lebih kurang 18 cerita inspirasi yang berdasarkan pengalaman hidup penulis sendiri dan yang menariknya, buku ini memuatkan hadis dan firman Allah yang bersangkut paut dengan cerita yang disampaikan. Memang menarik kerana sebelum ini kita mungkin pernah terbaca atau terlintas hati untuk membaca firman dan hadis nabi dalam bahasa Inggeris.
Setakat ini baru 3 buah cerita yang saya baca dan memang menarik! Saya percaya, jika anda bukanlah seorang yang 'terer' bi, namun saya percaya anda akan masih dapat menghayati cerita ini dengan baik. Saya jamin!

'When i read the stories in 'Life is an open secret-You, Me and we', i really liked them. They all seemed to be like diary enteries to me. The way sis Zabrina motivates her readers is really convincing, especially when she uses the proverbs and the verses from Quran and Hadith. I just wish she would do one more thing-make videos about the stories that she writes. That would be very interesting and memorable too!'


(Noran R.Jarada, Palestine , Al Zahra school for girls)


Salah satu komen yang saya ambil daripada buku ini daripada berpuluh-puluh komen yang ada menandakan buku ini adalah salah satu buku yang baik. Anda juga boleh melawat ke laman web yang ada-www.lifeopensecret.com untuk maklumat lanjut tentang buku ini mahupun penulisnya.

Mari kita teliti satu daripada cerita yang saya rasa menarik minat saya untuk terus membaca buku ini.
Secret Two-Be kind to others
The story of a man and His bag of gold

setiap cerita dalam buku ini tidaklah terlalu panjang, tidak juga terlalu pendek. Namun, saya cuba untuk ambil 'part' yang saya rasa sangat baik untuk dikongsi bersama.
Frederick L.Collins summed it up really well when he said:

There are two types of people-those who come into a room and say "Well, here i am!" and those who came in and say "Ah, there you are"
I chuckled when i read what he said the first time. Somehow tha UB40 song 'Here i am baby" start humming in my head!

So, i absolutely love the name Mr. Frederick gave- Here-I-Am vs There-You-are!
During the times when we are freezing cold, they come with a blanket and say Here-I-Am. When we are hungry, they food in their hands and say Here -I-Am. When we need support, they lend their shoulders and say Here-I-Am. When we are limpling in pain, they hold our hands and say Here-I-Am. They say Here-I-Am and share the only biscuit they have with us. They pick up our phone calls at midnight and say don't worry, Here-I-Am. During moments when we feel all alone they come knocking our doors and say Here-I-Am. And sometimes, when they see us teary form far, they come closer and say Here-I-Am, don't worry about a thing.

They made me ask myself-Am i living a life as Here-I-Am person or There-You-Are person?
Anda yang mana 1? adakah anda seorang yang mengharapkan orang lain(there you are) ataupun anda akan sentiasa ada untuk orang lain?(here i am )? tanya pada diri anda. Adakah kita ini sentiasa mengharapkan orang lain untuk membantu kelancaran kehidupan kita atau kita adalah orang yang membantu melancarkan kehidupan orang lain. tanya diri anda jika anda adalah seorang yang suka mengharapkan bantuan orang lain atau anda adalah orang yang membantu orang lain? Pernahkah anda melihat hadis ini?
Jibril a.s pernah mengingatkan nabi s.a.w dengan wasiatnya "Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki, tetapi ingat bahawa kamu akan mati...dan cintailah sesiapa yang kamu kehendaki tetapi ingat kau akan berpisah dengannya...dan buatlah apa sahaja yang kau kehendaki, tetapi awas kamu akan dibalas atas apa yang kamu lakukan itu. dan ketahuilah bahawa kemuliaan orang beriman itu terletak pada qiammulailnya dan kehebatannya apabila dia tidak bergantung kepada orang lain"
(hadis riwayat la hakim & abu naim)

Iman itu ada 70 cabang dan salah satu daripadanya adalah menghilangkan duri di jalan...

Saya bukanlah orang yang berilmu untuk menghuraikan tentang hadis ini namun saya rasa apa yang disampaikan ini sudah cukup terang untuk kita ambil pengajarannya..

saya rasa mungkin 'part' yang saya bold kan itu merujuk kepada -here i am person. Tidak bergantung kepada orang lain tetapi meletakkan kebergantungannya yang tinggi hanya kepada yang layak-YANG MAHA ESA. Bukan bermakna kita tidak memerlukan insan lain dalam kehidupan kita, namun biarlah kita jadi seorang yang indipendent-berdiri atas kaki sendiri. Sekurang-kurangnya orang lain tahu untuk menghargai kita sebagai insan.

Cuba untuk apliksikan dalam kehidupan. Selamat mencuba!

No comments: