Assalamualaikum w.b.t...
Maafkan saya kerana sudah lama tidak post anything..Serba salah sebenarnya membiarkan blog ini bersawang, namun apakan daya itulah yang berlaku..Namun, perlu diketahui bahawa tidak ada niat membiarkan my stop center ni begitu sahaja..Kekangan masa sebenarnya..Apapun mari teliti posting saya yang terbaru. Semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya, Insya Allah..
Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Saya percaya ianya untuk mengisi masa lapang atau sekadar suka-suka sahaja. Namun, jangan terkejut jika sesetengah orang terlalu obses dengan apa yang diminatinya itu sehinggakan sanggup berhabis masa dan wang untuk memenuhi keinginan. Tidak salah, namun sejauh mana 'keminatan' kita kepada sesuatu itu mendekatkan kita dengan Yang Maha Pencipta?
Ada yang minat kepada artis sehingga smuanya tentang artis itu perlu diketahui dan disimpan sebagai koleksi. Ada jua yang 'gila' bola hinggakan sanggup bangun malam untuk menonton perlawanan bola. Ada juga yang obses dengan aksesori (seperti cincin, kasut dan rantai) sehingga sanggup berhabis wang semata-mata untuk menambah koleksi peribadi.
Di kampus semestinya fenomena ini lebih meriah berikutan kerana penuntut kebanyakannya adalah remaja. Remaja cenderung kepada sesuatu yang menyeronokkan, simple, cute dan sebagainya. Apatah lagi perempuan! Tambah 'sibuk' waktu majlis konvo kerana ada pesta konvo yang menawarkan barangan yang murah + artis!
Pada pendapat peribadi saya, tidak salah mencenderungkan diri kita kepada sesuatu yang kita minat. Saya sendiri ada siaran tv yang saya sukai, artis yang saya minati, penulis novel yang saya gemari hatta game yang saya sukai. Namun, apa yang saya ingin tekankan (kepada diri saya terutamanya), apakah sesuatu yang kita sukai itu baik untuk kita? Adakah ia mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T? Adakah ia boleh membantu menambah iman kita?...
Itu sebenarnya yang perlu kita utamakan. Ingatkah kita akan pencipta artis yang kita minati itu? Ingatkah kita akan pencipta kepada pemain2 bola sepak yang kita minati itu? Adakah kita 'meminati' pencipta itu seperti mana kita meminati sesuatu? Tanya iman kita...
Jika kita mencintai Allah, kita akan merasakan bahawa cintaNya sudah cukup untuk kita hidup di dunia ini.. Jika kita merasakan kita menyukaiNya, kita akan sentiasa mengingatiNya di setiap saat kehidupan kita. Tidak akan ada setiap detik yang terlepas dalam hidup ini tanpa kita mengingatiNya. Setiap sesuatu yang kita lakukan, perlu berbalik kepada syariat. Jika sesuatu itu baik untuk kita dan agama, teruskan. Jika tidak kurangkan ataupun hapuskan terus. Jangan sampai kerana lalai melakukan sesuatu yang hanya saki baki daki dunia, menyebabkan kita terlepas kehidupan akhirat yang kekal abadi. Ingatlah bahawa, Allah lebih dekat dengan kita. Dekat dengan kita daripada sesiapapun. Dia maha mengetahui apa yang berlaku dalam hidup kita. Jika tika ini kita masih mempunyai kesedaran tentang ISLAM, berdoalah semoga kita terus dipilihNya untuk merasai nikmat IMAN DAN ISLAM. Allah S.W.T tidak sekali2 merasa kerugian kerana kehilangan kita seorang untuk terus berjuang dalam agamaNya, sebaliknya kita yang merasa rugi kerana tidak ada peluang untuk berterusan dalam memperjuangkan agamaNya... Allah S.W.T akan menggantikan kita dengan orang lain yang lebih baik dan sanggup mati kerana agamaNya! kita?
Apapun yang terjadi, di mana pun kita berada, dengan siapapun kita, perlu diingat bahawa kita masih berada di bumiNya. Masih bernafas menggunakan oksigen yang free, masih memegang amanahNya sebagai khalifah di muka bumi..Jangan sekali-kali lupa dan alpa siapa kita.. Manusia memang akan melakukan kesilapan namun, jangan jadikan ia sebagai 'lesen' untuk kita melakukan kesilapan..
Semoga keminatan kita kepada sesuatu itu akan membawa kita kepada jalanNya, mendekatkan kita denganNya dan yang paling penting, membantu menegakkan agama ISLAM. jangan alpa kerana musuh kita sentiasa bekerja keras untuk mencuri masa kita daripada mengingati ISLAM & ALLAH S.W.T!
Teruskan bercuti dan dekatkan diri dengan ALLAH... semoga lebih bersemangat menempuh kehidupan.. Namun yang pasti, belum tentu esok menjadi milik kita..Teruskan Beramal!
No comments:
Post a Comment