Thursday, September 18, 2008

bunga...

Aduhai bunga...


Aduhai Bunga-Bunga Islam..Andalah yang bernama al-mar'ah dan kalau dijamaknya menjadi An-Nissa, nama sebuah surah dalam Al-Quran. Demikian penting anda dalam agama, anda telah didudukkan pada posisi yang sejajar dengan lelaki. Sebagaimana lelaki, anda juga adalah makhluk Allah yang sempurna yang dijadikan untuk menjadi khalifah di bumi ini. Anda diibaratkan sebagai tiang negara, apabila anda baik, baiklah negara dan kalau anda rosak, rosaklah negara. Anda juga memainkan peranan yang penting dalam institusi kekeluargaan, jika anda belum berumahtangga, andalah bunga yang menghiasi rumahtangga kepada kedua ibubapa anda, jika anda telahpun bergelar ibu, andalah orang yang paling bermakna bagi anak-anak, andalah sebagai pendidik kepada mereka, andalah sebagai orang kanan rumahtangga dan andalah yang bergelar isteri. Sebagai ibu, anda menepati kedudukan teratas. Hal ini tercermin dalam hadis Nabi s.a.w yang ertinya, di "Syurga itu terletak bawah tapak kaki kaum ibu." Firman Allah tentang kemuliaan ibu ini terdapat dalam Surah Luqman ayat 15, bermaksud; Dan KAMI perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam kedaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua orang ibupapamu, hanya kepada-KU lah kembalimu. Peranan anda yang lain ialah sebagai pembentuk masa depan siapa pun yang anda asuh, baik dalam konteks anda sendiri bergelar gadis ataupun sebagai ibu, sebagai pemimpin di pejabat atau sebagai seorang isteri di sisi suami yang dikasihi. Anda juga berperanan penting dalam masyarakat.

Banyak ayat dalam Al-Quran yang menyebut bahawa Islam memberi kebebasan kepada wanita untuk aktif di tengah masyarakat sesuai dengan kudrat dan kemampuannya sebagai wanita. Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik dia lelaki mahupun sedang dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun. (An-Nissa:124) Wahai anda, ketahuilah panggilan wanita yang anda sandang ini adalah suatu kemuliaan yang tinggi martabatnya, dan peranan yang perlu anda mainkan di muka bumi Allah S.w.t ini turut besar dan penting. Jika tidak, tidaklah makhluk kedua yang Allah S.w.t jadikan di sisi Nabi Adam a.s bergelar Hawa, sejenis dengan anda.

Anda adalah bunga, harum mewangi"Jadilah mawar berduri harum wanginya,jangan jadi seperti orkid yg hanya lawa tapi tiada keharumannya. .."

No comments: