Wednesday, August 12, 2009

THE LAW OF ATTRACTION

Assalamualaikum w.b.t...
ana rasakan ana perlu untuk membawa vakum, penyapu, dan sebagainya yang ana rasakan perlu ketika mahu menjengah ke blog ini, kerana rasanya habuk dan sawang yang ada dalam blog ini sangat banyak dan tebal tahap gaban!..kesilapan ana kerana sudah lama tidak mengupload anything dalam blog ni..isk2...

baru2 ni, di kampus ada diadakan satu seminar bedah buku-THE LAW OF ATTRACTION yang disampaikan oleh Ustz Mohd Arif Mat Noor, salah seorang orang yang famous juga kalau di kampus ana ni...seminar yang dianjurkan oleh salah sebuah kelab di kampus ini bertujuan untuk 'membedah'sebuah buku yang dikarang oleh penulis dari tanah seberang iaitu RUSDIN S.RAUF yang bertajuk QURANIC THE LAW OF ATTRACTION terbitan PTS.buku ini ada dijual sekali ketika seminar dengan harga sebanyak RM 13.90..

buku ini sebenarnya adalah salah sebuah buku motivasi yang baik terutamanya kepada umat islam khususnya, yang dalam masa yang sama kita menjadikan al quran as the basic and the guideline dalam kehidupan ini. kita boleh menyerlahkan kemampuan diri kita pada tahap yang optimum berteraskan alquran dan hal ini lah yang diterangkan sehabis baik oleh penulis di dalam buku tersebut.

jika ada antara kita yang buat pertama kali mendengar mengenai the law of attraction atau dalam bahasa kebangsaan disebut sebagai-hukum tarikan,mungkin ada yang akan tertanya2, apa la benda yang mahu ditarik ni?sama macam ana ketika pertama kali mendengarnya.

hukum tarikan seperti yang di definisikan oleh Michael J.Losier dalam bukunya yang bertajuk The Secret, hukum tarikan adalah segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada perkara positif atau negatif, akan datang dalam kehidupan kita.
itu menurut perspektif barat. apa pula kaitan islam dengan hukum tarikan ini?inilah yang cuba dikupas oleh penulis dalam buku the quranic law of attraction....

quran, sumber hukum tarikan?-merupakan salah satu tajuk yang terdapat di dalam buku ini.
pelbagai soalan menjengah, sama ada betul atau tidak al quran sendiri memiliki hukum tarikan ini?bagaimana kita mahu menggunakan al quran ini dengan berkesan agar kita dapat menemukan kebahagiaan dan kejayaan?
mungkin ada yang akan berpendapat bahawa la quran hanya membincangkan tentang hukum, syurga, neraka dan hal-hal lain. jarang sekali kita denga bahawa al quran boleh menjadi sumber motivasi dan kejayaan. kalau adapun, tidak ramai.

namun, akhirnya penulis menemukan jawapan dari semua perkara yang dibincangkan tadi dan sememangnya, semua perkara ini disebut dengan jelas di dalam al quran. contohnya, jika kita berbuat baik kepada orang lain, kita akan dibalas dengan kebaikan, begitu juga sebaliknya dan dalil yang menyokong pertanyaan di atas adalah ayat 7-8 surah al zalzalah yang bermaksud 'maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, maka dia akan melihat balasannya. dan sesiapa yang mengerjalan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya'.

surah ini menambah keyakinan kita hukum tarikan wujud sejak diwahyukan kepada nabi Muhammad S.AW.. mari kita renungi, selami dan hayati maksud ayat ini, kebaikan dibalas kebaikan, kejahatan dibalas kejahatan. Tuhan mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif(kebaikan) dan memancarkan kebaikan itu kepada orang disekitar kita..

secara ringkasnya, hukum tarikan adalah mengenai 'think positive'. contohnya, jika kita bangun pagi dalam keadaan yang kelam kabut dan tersepak kaki katil, ana percaya perjalanan kehidupan seseorang itu akan menjadi sangat negatif sepanjang hari berbanding dengan orang yang bangun pagi dalam keadaan yang baik dan membaca doa, ana percaya harinya akan berjalan dengan sempurna tanpa masalah.jika kita berjaya untuk membangkitkan suasana positif terhadap diri dan alam, semua ini akan memberikan respon yang positif juga kepada diri kita dan kita akan lebih bersemangat dan bermotivasi menjalani kehidupan...

another words about this law is-thought become action=fikiran menjadi tindakan. jika kita sentiasa memikirkan mahu membuat perkara yang baik, kita akan buat perkara yang baik, begitu juga sebaliknya..senangkan?
as simple as that!

nak tahu lebih lanjut ttng hukum tarikan ini, belilah buku quranic, the law of attraction!
selamat membaca dan menarik!

No comments: