"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh". surah as saff ayat 2-4
Tuesday, April 28, 2009
masa
“Salam. Malam ni ada discussion pkul 8 mlm.”
“Salam. Akan diadakan satu perjumpaan akhir baktisiswa pada pkul 8.30 mlm di PKP. Respon”.
”Salam. Meeting akan diadakan pada pkul 8.30 malam di bilik bljar blok E”.
Jadual exam: pukul 4.00 petang-6.30 petang
Jadual kelas malam: 8.00 pm-11pm.(isyak confirm la lambat! Maghrib pun sure kelam kabut)
Jadual kelas: 12.30-2.00 petang (ok lagi...)..tapi ada juga yang akan terus amik kelas kul 12.30-2.00 petang, kul 2.00-3.30 petang! Jika ini yang terjadi, bila masa mau solat?kul 3.30 petang?
Inilah situasi yang kebanyakannya dialami oleh kita. Bukan sahaja dalam kehidupan di universiti namun dalam kehidupan kita di luar. Penerbangan pukul 2.00 petang, nampak macam relevan tapi tetap ada juga segilintir yang terkejar-kejar untuk solat. Kalau musafir, ble la solat jamak. Tapi jika tidak?...ada lagi pula yang berpendapat, malas mau jamak. Jadi, solat la dalam masa tergesa-gesa itu...
Kadang-kadang kes di atas terjadi hatta di musim ramadhan. Discussion pukul 8.30 malam! Tak solat sunat ramadhan ka? “xpa, solat sunat ja pun…”. Ya, tapi bukan selalu Allah mau bagi pahala free yang banyak. Kali ni kita dapat lagi bertemu dengan ramadhan, nanti tahun depan entah jumpa lagi ke tidak! Ada pula, yang wat discussion kul 8.30 malam ni, time2 discuss-azan berkumandang. Malu tu..langsung x hormat waktu solat. Kalau pun x p masjid, dok di bilik bca quran sambil tunggu azan kan baik. Memang la menuntut ilmu itu digalakkan, namun biar kena pada tempatnya. Solat dulu kan baik. Ble p tuntut ilmu dalam keadaan selesa. Bukan menganggap solat adalah bebanan, tapi we have to know that solah is our responsibility. Tanggungjawab yang mesti dipikul oleh semua orang. We have no choice!
Ari tu ada sorang non muslim yang satu group ngan ana. Dia tnya mau buat discussion kul brapa coz dia tau kita kena solat. ’Kul 8.00?’, dia bertanya. Ana dah wat muka tu..”em,apa kata kul 9.00? bincang sampai subuh pun xpa”....kita kena pertahankan hak kita! Jadi qudwah hasanah yang baik kpada sahabat non muslim kita. At least kita ada wat something tunjukkan pada dia Islam fleksibel!
Kadang-kadang pula, lepas jer waktu maghrib (isyak x masuk waktu lagi), ana tengok ramai dah yang ‘merayau’, di tempat yang kami gelarkan sebagai mall-ada mini market n kedai2 makan. Sama ada p makan, p discussion yang kul 8.30 malam tu atau pun p dating! Ana kadang-kadang suka keluar juga waktu begini coz x ramai orang. Jadi, persaingan untuk membeli makanan itu kurang (hanya pada waktu tertentu sahaja ya ana wat begini. Harap maklum!). Lepas waktu isyak plak orang akan lebih ramai keluar. Fenomena biasa-dating!, p copy buku, p atm, p wireless dan macam2 lagi. Ana selalu beranggapan bahawa semua yang ana jumpa di situ termasuk ana sudah menunaikan solat! That’s important. Mau buat apapun, solat la dulu. Memang betul masa untuk solat isyak panjang, namun sangka ia tidak boleh menjadi pendek ! silap-silap ari tu rupanya hari terakhir kita mau solat isyak tapi x sempat. Ruginya !
Kadang-kadang ana berfikir seketika tentang couple2 ni-bnyaknya juga masa mau jumpa kekasih hatinya ni. Adakah juga masanya untuk belajar ? adakah juga masa untuk kawan-kawan lain ? hatta sampai di kelas pun bergayut, macam dah tiada kerja lain pulanya. Tapi, insya Allah bersangka baik. Mungkin diorang ada benda mau discuss, maklumlah sama course kan...
Pentingnya masa itu sehingga orang menyamakan ia dengan emas, ‘masa itu emas’. Emas kan adalah sesuatu yang bernilai dan ekonomi yang baik adalah berasakan emas. Sedangkan Allah S.W.T dah bagi amaran dalam al quran bahawa manusia itu akan sentiasa berada dalam kerugian kerana masa kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar. Pentingkan masa?
Masa adalah waktu, masa adalah umur, masa adalah hari dan masa adalah kehidupan.
Penting untuk kita mengurus masa kita dengan baik-time management. Perlu ada timetable-jadual untuk memudahkan urusan but for somehow, lebih senang untuk tidak ada, terpulanglah. Kerana akan ada benda yang kita tidak jangka akan berlaku kepada kita, dan ini mungkin akan mensasarkan planning kita.
Nabi mengambil masa 23 tahun untuk memantapkan Islam dan hampir2 menakluki dunia, bersusah payah menjadikan Islam agama yang diterima oleh semua orang. Ini adalah masa...
Pembukaan Makkah pada 631 hijrah. Masa...
1000 Masihi- Masjid Cordova siap dibina, menjadi salah satu lambang keagungan Islam.
1453 Masihi- Sultan Muhammad al-Fateh menakluk Constantinople pada usia 24 tahun! Kejayaan yang paling manis dikecapi dalam usia muda...
1987- ana lahir, 2007 masuk ke universiti. Jika dihitung kembali, banyak sebenarnya masa berkualiti yang ada namun disia-siakan. Mungkin kerana faktor luaran, tapi yang pastinya kerana diri sendiri. Manusia mempunyai godaan terbesar dalam hidup iaitu hawa nafsu dan syaitan. Manage urself better!
Apapun kisah hidup kita, agenda yang perlu kita laksanakan, lautan yang perlu kita direnangi dan siapapun kita, ingat jangan lupa untuk urus masa dengan baik. Tidak ada tambahan masa dalam sehari, semua orang akan mendapat masa yang sama-24jam sehari. Mahu tidak mahu, gunakan dengan bijak. Biar kita terkedapan daripada masa jangan masa yang mengejar kita.
Selamat menjaga masa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment