macam tajuk lagu alarm me pula kan...
'tajuk usrah kali ni adalah mengenai sejarah Islam'..
jika kita teliti balik, tidak semua orang cenderung untuk meminati sejarah.kita perlu tahu nama2 tokoh/watak2 yang terlibat dalam sesuatu peristiwa, mengetahui tarikh berlakunya peristiwa itu dan maklumat lengkap mengenai sejarah tersebut...sejarah, sesuatu yang perlu diketahui dan dihayati agar sejarah yang lama tidak berulang kembali...
entah bila, tiba2 penulis merasakan bahawa kita harus dan patut tahu mengenai sejarah terutama sekali mengenai sejrah islam/sirah...teringat pula ketika berprogram dengan adik; ada 2 stesen yang memerlukan mereka mengetahui mengenai sirah-nama2 tokoh pejuang islam dan siri peperangan Nabi S.A.W...rata2 memberikan jawapan yang mengecewakan..boleh pula terkeliru perang badar dan uhud!ini sudah teruk sebenarnya..jika keadaan ini berterusan, dengan mudah, musuh2 islam boleh memutar belitkan fakta yang ada dan kita akan terus berada dalam keadaan yang tidak tahu. jahil!
sebagai seorang yang mengaku dirinya sebagai seorang pendakwah islam, kita perlu ada nilai tambah dalam diri masing2..terpulang kepada potensi diri yang ada. tidak semua orang boleh menulis, tidak semua orang boleh bercakap, dan tidak semua orang mengetahui tntang sirah..namun, jangan jadikan ia sebagai alasan bahawa kita harus kaku di kedudukan tersebut.perlu ada peningkatan dalam diri..siapa yang tidak tertarik jika kita bercakap mengenai sirah?penulis yakin, ini adalah salah satu nilai tambah yang perlu ada dalam diri seseorang pendakwah-tahu mengenai sirah. penting tu...
teringat pula resolusi adik2-perlu ada penambahan ilmu baru setiap minggu dan sekali lagi ditekankan, keperluan untuk mengetahui sirah...
selamat berjuang!
No comments:
Post a Comment