assalamualaikum wbt...
setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ILAHI kerana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat pemberianNya.alhamdulillah...
hari ini aku ke kelas ko k seperti biasa..kali ni seperti sebelum ini, kelas kami seakan-akan 'kosong' ku rasakan kerana ustz tidak membincangkan apa2 tajuk..bosannya jua..aku bermonolog...mengantuk pun ada!
tiba2 ustz memberikan satu situasi kepada kami untuk dibincangkan bersama. dia cakap, sedikit sbnyak tazkirah untuk bulan ramadhan yang mulia ini....situasinya lebih kurang macam ni...
"ada yang mengatakan bahawa bulan ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan kita dan permulaan kepada penerusan ibadah untuk bulan2 yang akan dtg"...adakah betul seperti ini ataupun, bulan ramadhan adalah bulan untuk kita meneruskan ibadah yang kita dah lakukan 11 bulan sebelum datangnya bulan ramadhan"...aku tak terfikir langsung ini akan diajukan kepada kami..berfikir sekejap..
ustaz menambah "kita sepatutnya melakukan tadarus, berbuka puasa d masjid, qiammulail dan amalan2 lain bukan sahaja di bulan ramadhan tetapi jua sepanjang tahun atau lebih advance -sepanjang hidup kita! bulan ramadan adalah bulan untuk kita melipatgandakan segala amalan kita, bukan untuk memulakannya. jika waktu2 biasa kita hanya qiam 2,3 kali dalam seminggu, dalam bulan ramadhan kita buat hari2. jika kita hanya membaca 2,3 helai quran dalam sehari, kita try habiskan membaca alquran dalam masa 30 hari!..itulah yang sebaiknya"
itulah yang ust cakap, bulan puasa ni klimaks kepada 11 bulan sebelum itu atau permulaan untuk 11 bulan yang akan datang?
ramadhan bulan penerusan, bukan permulaan...selamat beristiqamah!
No comments:
Post a Comment