Monday, February 14, 2011

Seruan Jihad-Dewan Muslimat Pas Kawasan Sandakan

Mukaddimah

1 program yang dirancang oleh beberapa lajnah yang terdapat dalam Dewan Muslimat Pas Kawasan Sandakan (DMPKS) iaitu program Seruan Jihad telah berlangsung dengan jayanya pada 12 dan 13 Februari 2011 yang lalu. Program ini telah dijalankan di PASTI KHALID AL WALID di Tinusa 2 bATU 7 Sandakan Sabah. Walaupun program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam, namun kesan daripada program ini amat penting untuk membantu gerak kerja PAS di Kawasan Sandakan terutamanya kepada DMPKS.


12 Februari 2011

Slot 1

Pendaftaran dilakukan pada pukul 7-8 pagi namun sedikit teranjak kerana terdapat peserta yang datang lambat dan sebagainya. Namun, perjalanan program diteruskan juga dengan slot yang pertama iaitu Kuliah Dasar Pertama yang bertajuk-Sejarah Pas di Sandakan yang disampaikan oleh suami Kak Faezah iaitu En Ramlan, AJK Perhubungan PAS Negeri. En Ramlan menekankan pentingnya untuk generasi sekarang mengetahui tentang sejarah kerana ia amat penting untuk membuat pengukuran, tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan dan untuk menjadikan gerakan pada masa ini lebih baik dari sebelumnya. En Ramlan telah menyertai PAS di kawasan Sandakan ini lebih daripada 15 tahun. Setelah menghabiskan pengajian dari ipt tempatan, beliau aktif mengikuti usrah/kuliah agama yang disampaikan oleh guru-guru agama dari semenanjung yang juga merupakan ahli PAS. Beliau mengakui bahawa pada ketika itu PAS adalah sangat asing di kalangan masyarakat Sandakan. Usrah pertama yang diikuti oleh beliau telah dijalankan di PASTI Abu Bakar yang berada di batu 1 setengah Sandakan dan pada ketika itu pelajar dari SMK ELOPURA dan SMK SANDAKAN merupakan pelajar yang aktif mengikuti usrah mingguan ini.

En Ramlan juga menerangkan mengenai pentingnya penglibatan orang tempatan dalam menggerakkan PAS di kawasan ini kerana sehingga sekarang pun masih ramai lagi guru-guru dari semenanjung yang memegang tampuk kepimpinan sama ada di peringkat negeri mahupun kawasan. Penglibatan anak-anak muda lepasan dari IPT juga dituntut untuk menabur bakti sebagai penggerak di kawasan kerana pemikiran anak muda itu penting untuk menjadi penambah rasa dalam gerak kerja. Masa lalu dan sekarang sudah jauh bezanya. Kewujudan PASTI membuatkan masyarakat lebih mengenali PAS dan boleh menerima kehadirannya di tengah-tengah masyarakat. Setakat ini ada lebih kurang 10 PASTI yang ada di Sandakan dan pendaftaran murid bertambah setiap tahun. Ini merupakan salah satu petanda baik bahawa PAS semakin diterima di Sandakan. Mengakhiri sesi pada kali ini, En Ramlan menegaskan bahawa ahli PAS perlu memahami PAS dari pelbagai sudut terutamanya mengenai PERLEMBAGAAN PAS itu sendiri-kerana untuk slot kali ini, En Ramlan menggunakan buku PERLEMBAGAAN PAS sebagai rujukan. Beliau juga mengingatkan bahawa ahli perlu hadir ke setiap program yang dianjurkan kerana setiap program yang dijalankan itu amatlah penting. Akhir sekali, beliau menegaskan bahawa PAS bukan mahu menjadi parti nombor satu dalam negara, kewujudan PAS adalah untuk melaksanakan Islam di bumi Malaysia ini.


Slot 2

Slot disambung pada pukul 2 petang setelah selesai menunaikan solat zohor berjemaah dan makan tengah hari. Slot ini disampaiakan oleh Ustaz Mohd Nur Iman-merupakan seorang kakitangan awam yang bertugas di Kinabantangan.Ustaz ini berasal daripada Kelantan. Tajuk yang disampaikan adalah Kewajipan Mengintima'kan diri dengan gerakan islam. Dalam slot kali ini, ustaz menggunakan buku Fathi Yakan-Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam.Antara intipati yang disampaikan adalah rukun baiah dan beberapa hadis/dalil yang menyebut tentang kewajipan mengintima'kan diri dalam jemaah Islam.Ustaz juga menerangkan mengenai tafsir surah Al Maidah ayat 3-telah tertegaknya negara Islam yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ada riwayat yang mengatakan bahawa ada dikalangan sahabat yang meraung kesedihan kerana ia menandakan bahawa tugas Nabi di muka bumi ini telah selesai. Yang menariknya ketika kuliah ini ialah, ustaz memberikan gambaran awal kepada kami tentang masyarakat Jahiliyyah dan bagaimana Islam datang membawa kebenaran, dalam bentuk yang mudah difahami iaitu beliau menuliskan dua bulatan berasingan di papan tulis yang ada kemudian beliau menerangkan bahawa bulatan yang pertama yakni agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W bergerak perlahan-lahan ke bulatan yang satu lagi dan akhirnya bulatan Islam itu memenuhi bulatan yang kedua dan akhirnya hanya tinggal satu bulatan sahaja yang tinggal. Simboliknya adalah, pergerakan bulatan yang berlaku itu adalah gerakan islam yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat untuk mendaulatkan Islam di bumi Mekah.Ustaz juga menerangkan tentang kepentingan memahami rukun baiah yang digariskan. (Tidak banyak nota yang sempat disalin kerana ustaz menggunakan buku Fathi Yakan dan kita sendiri boleh merujuknya sendiri).


Slot Riadah

Slot disambung selepas solat asar berjemaah. Slot riadah pada petang ini dikendalikan oleh Kak Misnah. Setelah aktiviti memanaskan badan dilakukan, kami dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut nombor ganjil dan genap. Selepas itu kami diberikan lirik lagu yang telah dipotong-potong yang perlu disambung untuk menjadikan lirik lagu tersebut sempurna. Kesimpulan dari riadah ini adalah, kami perlu bersatu padu dan bergabung kerana potongan lirik yang ada pada setiap kumpulan tidak akan dapat disempurnakan tanpa bergabung atau meminta bantuan dari kumpulan lain. Modul ini juga mengajar peserta untuk taat dan mendengar arahan yang diberikan oleh ketua, selain memastikan sirr dan hazar setiap kumpulan perlu dijaga dengan rapi.


Kuliah Maghrib

Disampaikan oleh Kak Jasmina, bertajuk Tafsir Surah Al Hujurat ayat 1-5. Kak Jas menggunakan buku yang digunakan ketika Ustaz Nik Zawawi menyampaikannya dalam Ijtima Tarbawi di Kundasang Sabah baru-baru ini. Buku ini ditulis oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan buku ini juga digunakan ketika Ijtima Tarbawi yang diadakan di Masjid Rusila Terengganu.


Slot 3

Slot diteruskan dengan kuliah dasar yang disampaikan oleh kak Syamsi yang bertajuk ADAB BERJEMAAH. Kak Syamsi menggunakan edaran risalah adab-adab dalam jemaah ketika menyampaikan kuliah ini. Antara isi penting yang dikongsikan adalah:

1. Wajib dengar dan taat selagi bukan perkara maksiat dan tidak kufur

2. Kita Wajib mentaati pemimpin

3. Kita wajib menasihati pemimpin dengan adab dan akhlak

4. Mengutamakan kesatuan dan membenci perpecahan

5. Tidak cepat melatah dan segera merujuk kepada pimpinan

6. Tidak menyebarkan sesuatu berita tanpa tabayyun terlebih dahulu

7. Mengutamakan husnuz-zon sesama jemaah dan mendatangkan bukti atau fakta atas sebarang tuduhan.


Slot 4

Slot ini dinamakan sebagai slot 'Sharing Moment'. Memerlukan peserta untuk berkongsi rasa dalam jemaah kepada semua sahabat yang ada. Malam itu, pimpinan DMPKS telah meluahkan beberapa perkara berupa teguran dan ia amat baik diambil sebagai teladan dan pengajaran kepada semua ahli gerakan DMPKS.




~Siti Salasiah Salamun~


Sunday, April 11, 2010

kualiti bukan kuantiti

Jika kita mengkaji dengan sebaik mungkin mengenai sirah Rasulullah S.A.W, kita akan mendapat iktibar yang boleh dijadikan sebagai panduan kehidupan kita. Contohnya dalam peperangan Badar, perang pertama dalam Islam, bilangan tentera Islam yang menentang golongan kufar sangat sedikit namun, memperoleh kemenangan. Baiah aqabah yang pertama berlaku, hanya melibatkan beberapa orang sahaja namun masih mampu untuk menanggung beban dakwah sehingga membolehkan dakwah islamiah berkembang.

Dalam islam. kuantiti bukanlah faktor utama yang menentukan kejayaan atas sesuatu. Islam mementingkan kualiti yang ada. Fathi Yakan dalam buku 'Apa ertinya saya menganut Islam' menyatakan bahawa sememangnya gerakan Islam memerlukan ahli yang ramai namun itu saja tidak cukup kerana kualiti adalah lebih penting dari kuantiti. Boleh jadi dakwah mengorbankan tenaga yang banyak untuk mendapatkan sesorang. Boleh jadi juga individu itu merupakan satu umat atau boleh jadi beliau akan menjadi beban yang tidak membawa faedah malah boleh membawa bahaya. Orang-orang seperti ini lebih baik tidak diambil kira.

Bilangan yang banyak bukanlah keutamaan tetapi apa yang lebih penting ialah orang-orang yang mengenal Allah, tetap pendirian dan berserah memperjuangkan kebenaran. Kesedaran dan tarbiah yang hebat perlu ditekankan agar individu-individu yang berada dalam gerakan Islam akan muncul menjadi individu yang tetap pendirian dan sanggup untuk bekerja demi Islam walau di mana berada.

Kekurangan yang kita perhatikan pada hari ini ialah kurangnya tarbiah untuk ahli gerakan Islam.Entah di mana silapnya sehinggakan ada ahli gerakan yang 'lari-lari', ada ahli yang hanya aktif bergerak di kampus tetapi ''mendiamkan diri' apabila pulang ke kawasan. Sayang rasanya jika jiwa-jiwa Islam ini tidak digunakan semaksima mungkin untuk mendaulatkan Islam. Jika kesedaran Islam sudah ada kenapa tidak diteruskan saja perjuangan itu?Atau mungkin merasakan bahawa perjuangan di alam kampus sudah cukup? Tanpa sedar bahawa masyarakat di luar sana masih tercari-cari erti Islam yang sebenar. Jika bukan kita yang bergerak, siapa lagi yang kita mampu harapkan?Atau sememangnya kita ini jenis yang hanya mahu melihat dari jauh keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi?

Teringat pula kata-kata seorang pensyarah yang saya kagumi-jadilah seperti sungai yang mengalir yang mampu untuk memberikan kehidupan kepada manusia dan seluruh alam. Kebanyakan tamadun manusia bermula di kawasan pesisir sungai...jadilah seperti sungai yang mengaliryang akan tetap mengalir wlaupun batu besar menjadi menghalang...

Jadilah seorang daie yang berkualiti. Yang mampu untuk menjadi pencetus kepada sesuatu. Yang mampu untuk mengharungi liku-liku kehidupan..selamat mentarbiah diri..

Jadilah seperti seorang Umar yang adil dalam pemerintahan. Jadilah seperti Mus'ab yang diyakini oleh Rasulullah untuk menjadi duta Islam ke Yathrib. Jadilah seperti Salman al-farisi yang membantu kepada kejayaan Islam di dalam peperangan khandak... Selamat menjadi seseorang yang mampu untuk memberikan yang terbaik untuk Islam...

semoga ada manfaatnya untuk semua

~Siti Salasiah Salamun~

Saturday, April 10, 2010

baiah aqabah

Sirah Rasulullah S.A.W banyak memberikan panduan dan iktibar yang boleh kita ambil untuk dimanfaatkan. Salah satu elemen penting di dalam perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W adalah bai'ah aqabah 1 dan 2.

Bai'ah aqabah yang pertama berlatarbelakangkan tahun ke 11 dan 12 kenabian Rasulullah S.A.W. Dari setahun ke setahun, semakin ramai yang memeluk agama Islam dan menyampaikannya di kalangan kaum mereka. al-Bukhairy meriwayatkan daripada 'Ubadah bin al-Samit bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Marilah, berbai'ahlah kepadaku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anakmu, tidak membawa cerita-cerita fitnah dari hadapan dan belakang kamu dan tidak menderhakaiku dalam kebajikan. Barang sesiapa daripada kamu yang menunaikan bai'ah ini maka Allah akan memberikan ganjarannya. Barang siapa yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu dihukum semasa di dunia maka itu sebagai penebusan (kaffrah). Barang siapa yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu Allah menutupnya maka urusannya terserahlah kepada Allah, jika Dia mahu maka Dia menyeksanya dan jika Dia mahu Dia akan menutupnya". Kata 'Ubadah:"Lalu aku pun membai'ahnya.

Selepas musim haji berlalu, Nabi Muhammad S.A.W mengutuskan duta Islam ke Yathrib untuk menyampaikan Islam di sana, dan baginda mengutuskan seorang anak muda yang bernama Mus'ab bin Umayr. Mus'ab terkenal sebagai seorang yang mahir membaca al-QUran.

Mus'ab menyampaikan dakwahnya di Yathrib dengan bantuan As'ad bin Zurarah. Salah satu kisah dakwah yang paling menarik adalah ketika Mus'ab berdakwah di kebun Bani Zafar. Mus'ab menyampaikan dakwahnya dengan penuh berhikmah sehinggakan ketua kaum Bani 'Abd al-Asyhal boleh memeluk Islam, sekaligus menyebarkan Islam dalam kalangan kaumnya sehinggakan tidak ada seorang pun yang tidak memeluk Islam kecuali seorang lelaki yang bernama al-Usayrim yang masuk Islam agak terlewat iaitu semasa peperangan Uhud.

Pada musim haji berikutnya iaitu pada tahun ke 13 kenabian, Mus'ab kembali ke Mekah membawa berita gembira tentang kejayaanya kepada Rasulullah.

Bai'ah aqabah yang kedua berlaku pada tahun ke 13 kenabian iaitu pada Jun 622 Masihi. Telah datang kepada ke Mekah seramai tujuh puluh orang lebih, kaum muslimin penduduk Yathrib. Apabila tiba di Mekah ,mereka membuat pertemuan sulit dengan Rasulullah, berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk berjumpa lagi di pertengahan hari tasyriq di persimpangan berhampiran al-'Aqabah. perjumpaan itu juga di dalam suasana rahsia di tengah malam gelap gelita.

Kaab bin Malik al-Ansari menceritakan bahawa"...malam yang dijanjikan itu, turut serta ialah Abdullah bin Amru bin Hiram salah seorang ketua pimpinan kami dan orang yang kami muliakan, perjumpaan kai itu sengaja kami rahsiakan dari kaum sebangsa kami yang masih lagi musyrik lagi, yang turun bersama untuk mengerja haji. Di malam tu, kami telah berbcara dengan Abdullah bin Amru, kata kami:"wahai Abu Jabir, tuan adalah seorang pemimpin kami dan tokoh yang kami muliakan, sebenarnya kami tidak rela engkau dicampakkan kedalam api neraka sebagai bahannya di suatu hari esok, dengan itu kami menyeru kepada Islam, seterusnya kami ceritakan tentang pertemuan kami dengan Rasulullah di al-Aqabah. kata Kaab:tanpa berlengah, beliau mengucap dua kalimah syahadah dan beliau turut serta dipertemuan al-Aqabah, dimana beliau menjadi naqib dan ketua.

sampai malam yang dijanjikan,mereka keluar dari perkarangan khemah untuk menemui Rasulullah, mereke keluar bersembunyi bak burung puyuh melalui denai sehinggalah mereka ini bertemu dan berkumpul di persimpangan al-Aqabah. mereka seramai 73 orang lelaki dan 2 orang wanita. Rasulullah S.A.W datang bersama dengan al-Abbas bin Abd al-Muttalib. walaupun masih berpegang dengan agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokong urusan anak saudaranya dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam majlis itu. Perbincangan pun dimulakan dengan persetujuan perjanjian agama dan ketenteraan.

Dalam majlis itu, al-Abbas menjelaskan peri beratnya bebanan tanggungjawab yang akan dipikul sebaik sahaja perjanjian dimeterai. Rasulullah membentangkan agenda baiah dan dipersetujui oleh pihak al-Ansar:
agenda bai'ah:
1. mendengar dan mematuhi dalam keadaan malas dan segar
2. berinfaq semasa susah dan senang
3. menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran
4. berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan kecaman orang.
5. menyokong daku (Rasulullah) setibanya daku di kalangan kamu nanti, mempertahankan daku seperti mana kamu pertahankan diri dan anak isteri kamu, sebagai balasan adalah syurga Allah di akhirat nanti.

kaum quraisy apabila mendapat tahu tentang adanya bai'ah, mereka segera memburu golongan yathrib. mereka menangkap dan memberkas Sa'd bin Ubbadah. mereka menangkap serta memberka tangannya dengan tali ke kekang tunggangannya, apa lagi mereka mengerjakan terhadap Sa'd menyeret-nyeretnya, menarik-narik rambutnya, hinggalah mereka membawa masuk semula ke Mekah namun bila al-Mut'am an al-Harith mendapati Sa'd dalam keadaan demikian, mereka berdua berusaha membebaskan mereka dan merongkai ikatan di tangannya, ini adalah kerana Sa'd memberikan perlindungan kepada Qafilah mereka yang melalui Yathrib.

Baiah aqabah yang pertama tidak sepanjang bai'ah aqabah yang keduai.Bai'ah aqabah yang pertama ini lebih ringkas namun memiliki banyak iktibar yang kita boleh ambil. Penambahan orang yang ingin berbaih kepada Rasulullah meningkat kerana penyampaian dakwah yang berkesan yang dilakukan oleh golongan yang sudah berbaiah sebelum itu. Jika kita teliti semula, perjuangan dakwah islamiah Rasulullah S.A.W dibantu oleh golongan muda seperti Mus'ab. Hal ini kerana golongan muda memiliki tenaga dan idea yang lebih kreatif dan memiliki semangat yang tinggi. Selain itu, strategi dan perancangan yang rapi perlu dibuat untuk memastikan bahawa segala yang telah dirancang akan berjalan dengan baik.
selain itu, agenda bai'ah yang ditekankan adalah mengenai pembentukkan diri individu itu sendiri. Individu yang baik akan dapat melahirkan masyarakat yang baik.

Baiah aqabah yang kedua pula lebih mencabar. Lebih ramai yang menemui Rasulullah dan berbaiah kepada baginda. Kerahsiaan amat penting dan dititikberatkan. Hal ini membantu untuk mengelakkan ancaman daripada pihak luar. Diplomasi yang dilakukan menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang menekankan kepada perbincangan dan bukannya melalui peperangan semata. seksaan yang dilakukan oeh golongan quraisy tidak memadamkan cahaya keimanan yang ada. semua inikerana adanya keimanan dan kepercyaan yang tinggi bahwa Islam adalah agama yang betul di sisiNya.

Bai'ah bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan pada ketika ini. Berbaiah kepada Rasulullah adalah sunnah. Baiah juga diteruskan selepas daripada kewaftan Rasulullah, iaitu berbaiah kepada pemimpin. menunaikan sunnah baiah adalah wajib dan mencabulinya dengan sengaja adalah maksiat.

semoga ada iktibar yang dapat diambil

Monday, January 11, 2010

masak2 kat masjid

assalamualaikum wbt...
segala puji bg Allah yang masih memanjangkan umur ku untuk terus berada di muka bumi ini menggunakan nikmat yg diberikan untuk meneruskan kehidupan sbgai seorang khalifahNya...

alhamdulillah, ini semester yang terakhir insya Allah untuk aku menuntut ilmu sebagai seorang pelajar universiti di utara ni...sedar tak sedar dah hmpir 3 tahun.insya Allah lepas ni masuk ke alam lain pula =)

pada 8hb jan yg lalu, masjid ada mengadakan iftor jamaie-mask bubur asyura sempena dengan bulan muharam ni..alhamdulillah. ramai juga ajk & exco yg turun memeriahkan majlis...majlis bermula seawal pukul 8 pagi dan berakhir pada tengahari sebelum masuk waktu zohor..sebanyak 2 kawah telah disediakan untuk hadirin yg dtg...rupanya penat juga ya mau memask bubur ni..take time untuk masak...almost, pacik& macik2 yg ada kat sini yg bntu..dgn kata lain-bubur asyura versi utara la kan...depa ckp versi pntai timur lain sikit..lagi lama nak masak coz ada letak daging dan warnanya lebih gelap...wallahualam.maybe tahun2 depan smbut kat pntai timur plak.sapa tau...he...


antara gambar/situasi yg sempat di ambil...












apa yg paling penting, kita sama2 amik iktibar dr peristiwa hijrah ini...semoga ada manfaatnya untuk semua...



Tuesday, November 3, 2009

satu cerita...

sedang asyik mengulangkaji untuk paper 1st sok, tiba2 roomate bercerita mengenai sesuatu yang sungguh menarik perhatian ku. aku tutup buku untuk seketika dan mendengar setiap bait perkataan dengan teliti. tak tertinggal satu fakta pun!..aku mendengar sambil otak ligat berfikir-sampai bgtu skali??....d mana letaknya sifat malu seseorang perempuan shingga sanggup berbuat demikian? inilah yang terjadi apabila nafsu diletakkan mendahului segalanya...

kisah yang mungkin bagi sesetengah orang hanya satu kisah biasa, namun bukan untuk ku..kisah seorang perempuan yang masih brgelar student yang dicekup oleh UK bersama teman lelakinya yang juga seorang studnt di sebuah bilik d kolej kdiaman..bukan rekaan semata-mata tapi satu realiti yang perlu kita ambil berat. paling menyedihkan lagi apabila perempuan itu sudah menyerahkan segala-galanya kpada lelaki itu!..yang paling menyedihkan, kejadian hitam itu brlaku pada malam jumaat dan semuanya bermula dengan penipuan! lelaki tersebut masuk ke dalam bilik dengan menyamar menjadi perempuan-bertudung!.. namun, sepandai-pandai tupai melompat, akan jatuh ke tanah akhirnya..mereka dicekup kerana ada seorang hamba Allah yang melaporkan kjadian tersebut kpd ketua blok dan sampai ke pengetahuan felo & UK. pada waktu yang sama, roomate perempuan itu tidak ada kerana balik kampung. mungkin bagi pasangan ini, inilah masa terbaik untuk bersama kerana line clear! astagfirullah...lelaki tadi memberikan jwpn yng 'kurang bijak' apabila mengatakan bhwa dia dtg ke bilik itu untuk membaiki laptop! jika difikirkan dgn akal yang waras, takkan sampai kat bilik kan..msti ada agenda lain!

kesudahannya, kedua2nya di bw ke UK dan disoal siasat.. sampai di bilik pada pukul 4 pg!..semuanya perlu diceritakan kpd UK atau pilihan ke 2-periksa di PKU. lagi haru!..waktu itulah perempuan itu mengaku bhw mereka pernah 'bersama' dan bukan sekali menonton filem2 lucah! ya Allah, apa nak jadi??? a few months after that, dgr2 diorang dah break. dont know why...yg pastinya, kenangan yang ada antara mereka bukanlah kenangan yang baik untuk dikenang. dalam masa yg sama, perempuan itu kehilangan mahkotanya yang sepatutnya diberikan hanya kepada yang berhak...nauzubillah...

plg terkesan di hati apabila perempuan td mmberitahu bhw dia melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya itu kerana 'saja2 nak try'..astagfirullah...luluh hati dgr..aku yang tak kenal pun dah terasa bgtu apatah lagi jika ibu bpnya yang mndengar anaknya melakukan perbuatan terkutuk itu..si ibu adalah seorang pengajar di sekolah agama..hanya hidup dalam keluarga yang penuh kesederhaan..namun, persekitaran yang berubah mnyebabkan si anak ini seakan-akan lupa dengan asal-usulnya. menjadikan harta dan nafsu melebihi segala-galanya...nasib baik pihak pengurusan masih memberikan peluang kpd mereka untuk meneruskan pengajian walaupun kes ini sudah dibicarakan. warning-no second time!

satu lagi cerita-kisah seorang teman yang turut mempunyai certa yang seakan2 sama-sanggup menggadai kesucian diri hanya kerana seorang lelaki yang bukan muhrimnya...
perempuan ini sanggup berulang alik ke KL setiap minggu kerana mahu berjumpa dengan lelaki yang hanya bekerja sebagai seorang bodyguard!..bukan mahu merendah-rendahkan pekerjaan seseorang, namun kita ambil semua ini sbgai iktibar hidup...lelaki itu hanya bekerja sebagai seorang bodyguard dan yang paling teruk-mempunyai seorang anak luar nikah dan tak tahu siapa ibunya! Ya Allah....bukan sekadar berjumpa biasa di KL tapi more than that..melakukan hubungan seks luar nikah. inikah tahap mentaliti seorang mahasiswi??berjalan jauh dr utara ke slatan semata-mata mahu menurut tuntutan seks yang tak berkesudahan..pernah suatu ketika, perempuan itu keguguran! dia tidak tahu pun dia mengandung dan yang paling teruk, dia tak ambil kisah mengenai penjagaan kesihatan selepas keguguran., jika tersilap penjagaan terhadap kesihatan, kemungkinan besar dia tidak akan mengandung lagi..

kdg2 terfikir-inikah tahap mentaliti seorang pelajar IPT?bertindak tanpa berfikir semasak2nya..di manakah tahap malu seorang perempuan sehingga sanggup menggadaikan kesucian diri hanya kerana seorang teman lelaki yang belum tentu jadi suami dan mmg bginikah cara hdup manusia zaman sekarang?membelakangan agama menjadikan nafsu sebagai guideline?

Allah S.W.T telah berfirman dalam al quran-
'dan janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya perbuatan itu adalah perbuatan yang keji dan jalan yang buruk' surah al isra ayat 32...

sudah terang lagi bersuluh larangan Allah supaya kita menjauhi zina kerana sememangnya ia tidak membawa kepada apa2 kebaikan melainkan keburukan.terlalu bnyak implikasi kepada seks luar nikah yang semakin menjadi-jadi kini. selain implikasi kpd individu itu sendiri, ia turut tempias kepada masyarakat dan negara. bayangkan jika suatu masa nnti terlalu ramai anak luar nikah yang tidak tahu asal usul mereka-susah mendapatkan pekerjaan, pendidikan dan susah untuk mengharapkan mereka untuk mentadbir negara. apa akan jadi jika susr galur mereka tidak diketahui namun dalam masa yang sama mempunyai zuriat? bukankah masalah ini akan semakin berpanjangan dan mndatangkan mudarat kepada generasi akan dtg?...

perlu diingat, apabila kita mendapat tawaran ke universiti lebh2 lagi apabila universiti pilihan jauh beribu batu dr kg halaman, itu tak bermakna bhwa kita sudah mendapat TIKET KEBEBASAN untuk bebas melakukan apa shja di universiti. mentang2 lah ibu ayah ada di kampung, tidak pernah menjenguk kita dsini, kita bebas melakukan apa shja hatta sampai melanggar batas agama..jgn sampai macam tu sekali.kjam nama nya tu..kejam pada diri. lupakah kita dengan tanggungjwb kita sebagai seorang student-yg perlu menuntut ilmu duniawi di univesiti( but at the same time jgn lupa imlu ukhrawi)..praktikkan ilmu yng ada sebagai persiapan untuk mnghadapi dunia luar kampus..

apa dah jadi???

Sunday, November 1, 2009

selamat menempuhi final exam...

semakin menghampiri tarikh exam, semua semakin sibuk mengahadap buku dan nota. tidak kurang juga yang belajar dengan group study masing2..ada yang belajar di perpustakaan, ada yang berkurung di bilik, ada yang lepak di bilik rehat blok, ada juga yang menghafal sambil berjalan2 di gelanggang futsal tepi bilik ni!..

ikutlah cara pa pun yang shbt2 rasakan sesuai dengan penerimaan diri masing-masing. yang penting, ilmu yg kita tuntut lbh kurang 13 minggu ini membuahkan hasil yang lumayan apabila masuk ke dewan exam nnti..kita daapt mengingat kembali apa yang di ajar dan yang paling penting-jgn kecewa kalau tiada tips!...rajin2 la baca apa yang korang rasa keluar..kdg2 tanpa kita sedari, lect bg tips sepanjang dia mengajar.kita ja yang x alert..berbual, bergosip, main sms tau sewaktu dengannya. yg ndak buat tu, ok la. hrp2 dgr & phm apa yg lect ajar...

time2 final exam mcm ni kita selalunya akan terima msj2 motivasi/kata2 smangat/ucapan selamat..terima kasih kpd shbt2...ingat juga kat aku ya...semoga apa yg kita doakan jd kenyataan...

pesanan buat smua-
=jgn tak tdo time nak exam.get sleep enough
=rehat byk2 b4 nak exam..minda kita kena rehat secukupnya baru dpt proses data yg ada..
=makan mknan yg elok.hrp2 tak sakit perut time exam nnti..
=sepanjang exam ni, elak la mkn bnda2 yang tak elok(asam2, organ binatang, maggi etc). bykkan mkn mknnan yg baik-kurma, susu, kismis, etc...
=bersenam.tubuh bdn cerdas dr minda yang cergas!
=solat hajat+doa bnyak2...takkan ada kejayaan kita tnpa redhaNya..

selamat menjawab final exam!

Saturday, October 31, 2009

sikap 'kepedulisme' masyarakat kita

Sedang asyik berjalan-jalan di sekitar sebuah shopping complex yang agak terkenal di changlun ini, tiba-tiba mata teralih kepada seorang budak perempuan berbangsa cina, yang umurnya mungkin 6 atau 7 thn yang sedang asyik menangis sambil memanggil2 ibunya..dari tingkat atas ke bawah, budak itu masih menangis dan terus melaung memanggil ibunya. Kasihan pula…kami yang tidak sampai hati melihat situasi tersebut segera memikirkan apa yang patut dilakukan..nak tinggalkan je budak tu kat situ pun, xda masalah. Semua org pun sibuk buat hal masing-masing..namun, kami masih lagi memikirkan untuk terus mahu membantu adik tersebut mencari ibunya.

Dalam masa yang sama kami mengekorinya, dengan tujuan untuk bercerita atau mengambil tahu serba sedikit mengenai biodata adik tersebut. Keluar masuk shopping complex itu, alih2 adik tersebut berjalan keluar dan berhenti di sebuah kereta proton saga putih. ‘mungkin dia punya kereta kot’..dan memang tepat sangkaan kami bahawa kereta itu adalah milik ibunya. Kami pun mengambil inisiatif untuk membuat pengumuman di dalam shoping complex tersebut dengan harapan agar ibunya dapat mendengar pengumuman itu dan mereka dapat dipertemukan semula..

namun, perkara yang kami sangkakan akan dapat dilaksanakan mendapat tentangan dari pihak keselamatan shoping complex tersebut dengan alasan-tak pe, budak tu memang selalu macam tu..ya Allah, kecewa hati ini..seorang yang sepatutnya menjaga keselamatan dan kebajikan semua yang berada di shopping complex itu boleh mengeluarkan kenyataan begitu! Bayangkan kalau hari itu adalah hari malang buat adik tersebut, dilarikan atau dibunuh? Nauzubillah…hatta dia seorang non muslim, kita turut dituntut untuk berlaku baik kepada mereka. Alih-alih kami mengambil keputusan untuk berpesan kepada adik tersebut menyuruhnya untuk terus berada di situ menunggu ibunya, kerana kami ada hal lain yang perlu disegerakan.

Tak sampai beberapa minit, ibunya sampai. Si ibu hanya bersikap bersahaja menemui anaknya. Langsung tidak ada rasa risau terhadap keselamatan si kecil. Statementnya simple-saya sudah suruh dia tunggu sat tapi dia tak sabar2…bgtu pula?hm…namun apa yang paling penting, mereka dapat bertemu. Balik2 sahabt saya menyebutkan-jgn sampai kita menyesal pula kalau tiba2 besok gambar budak tu keluar paper sebagai budak yang hilang! Atas dasar kemanusiaan, kami turut membantu walaupun ada puluhan orang lain lagi di situ. Orang lain yang hanya memandang kami hanya mahu mengetahui plot/jalan cerita si kecil tanpa mahu bersma-sama kami mnguruskannya..

ucapan terima kasih penulis dan sahabat2 ucapkan kepada beberapa orang pemuda berbangsa cina yang sanggup untuk bersama-sama membantu kami-menjadi translator kepada kami..terima kasih byk!..namun, apa yang penulis dan shbt2 lain kecewa adalah sikap sesetengah dr kita yang terlalu memandang ringan kepada seuatu perkara. Bayangkan jika nasib adik itu buruk hari itu, dilarikan, dirogol atau dibunuh.sapa tau..mungkin begitulah tahap kepedulisme masyarakat kita hari ini. Mungkin itulh juga penyebab kepada kes2 kehilangan di Negara kita. Jika kita merasakan kita perlu amik tahu, kita sepatutnya mengambil tahu. Namun, jangan sampai org lain merasakan kita terlalu ‘busy body’. pentarbiyahan Allah dtg tnpa mengira waktu. Kita kena sentiasa bersedia walaupun ia melibatkan sesuatu yang kita tidak sangka!