Saturday, April 10, 2010

baiah aqabah

Sirah Rasulullah S.A.W banyak memberikan panduan dan iktibar yang boleh kita ambil untuk dimanfaatkan. Salah satu elemen penting di dalam perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W adalah bai'ah aqabah 1 dan 2.

Bai'ah aqabah yang pertama berlatarbelakangkan tahun ke 11 dan 12 kenabian Rasulullah S.A.W. Dari setahun ke setahun, semakin ramai yang memeluk agama Islam dan menyampaikannya di kalangan kaum mereka. al-Bukhairy meriwayatkan daripada 'Ubadah bin al-Samit bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Marilah, berbai'ahlah kepadaku bahawa kamu tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anakmu, tidak membawa cerita-cerita fitnah dari hadapan dan belakang kamu dan tidak menderhakaiku dalam kebajikan. Barang sesiapa daripada kamu yang menunaikan bai'ah ini maka Allah akan memberikan ganjarannya. Barang siapa yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu dihukum semasa di dunia maka itu sebagai penebusan (kaffrah). Barang siapa yang terlanggar sesuatu daripadanya lalu Allah menutupnya maka urusannya terserahlah kepada Allah, jika Dia mahu maka Dia menyeksanya dan jika Dia mahu Dia akan menutupnya". Kata 'Ubadah:"Lalu aku pun membai'ahnya.

Selepas musim haji berlalu, Nabi Muhammad S.A.W mengutuskan duta Islam ke Yathrib untuk menyampaikan Islam di sana, dan baginda mengutuskan seorang anak muda yang bernama Mus'ab bin Umayr. Mus'ab terkenal sebagai seorang yang mahir membaca al-QUran.

Mus'ab menyampaikan dakwahnya di Yathrib dengan bantuan As'ad bin Zurarah. Salah satu kisah dakwah yang paling menarik adalah ketika Mus'ab berdakwah di kebun Bani Zafar. Mus'ab menyampaikan dakwahnya dengan penuh berhikmah sehinggakan ketua kaum Bani 'Abd al-Asyhal boleh memeluk Islam, sekaligus menyebarkan Islam dalam kalangan kaumnya sehinggakan tidak ada seorang pun yang tidak memeluk Islam kecuali seorang lelaki yang bernama al-Usayrim yang masuk Islam agak terlewat iaitu semasa peperangan Uhud.

Pada musim haji berikutnya iaitu pada tahun ke 13 kenabian, Mus'ab kembali ke Mekah membawa berita gembira tentang kejayaanya kepada Rasulullah.

Bai'ah aqabah yang kedua berlaku pada tahun ke 13 kenabian iaitu pada Jun 622 Masihi. Telah datang kepada ke Mekah seramai tujuh puluh orang lebih, kaum muslimin penduduk Yathrib. Apabila tiba di Mekah ,mereka membuat pertemuan sulit dengan Rasulullah, berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk berjumpa lagi di pertengahan hari tasyriq di persimpangan berhampiran al-'Aqabah. perjumpaan itu juga di dalam suasana rahsia di tengah malam gelap gelita.

Kaab bin Malik al-Ansari menceritakan bahawa"...malam yang dijanjikan itu, turut serta ialah Abdullah bin Amru bin Hiram salah seorang ketua pimpinan kami dan orang yang kami muliakan, perjumpaan kai itu sengaja kami rahsiakan dari kaum sebangsa kami yang masih lagi musyrik lagi, yang turun bersama untuk mengerja haji. Di malam tu, kami telah berbcara dengan Abdullah bin Amru, kata kami:"wahai Abu Jabir, tuan adalah seorang pemimpin kami dan tokoh yang kami muliakan, sebenarnya kami tidak rela engkau dicampakkan kedalam api neraka sebagai bahannya di suatu hari esok, dengan itu kami menyeru kepada Islam, seterusnya kami ceritakan tentang pertemuan kami dengan Rasulullah di al-Aqabah. kata Kaab:tanpa berlengah, beliau mengucap dua kalimah syahadah dan beliau turut serta dipertemuan al-Aqabah, dimana beliau menjadi naqib dan ketua.

sampai malam yang dijanjikan,mereka keluar dari perkarangan khemah untuk menemui Rasulullah, mereke keluar bersembunyi bak burung puyuh melalui denai sehinggalah mereka ini bertemu dan berkumpul di persimpangan al-Aqabah. mereka seramai 73 orang lelaki dan 2 orang wanita. Rasulullah S.A.W datang bersama dengan al-Abbas bin Abd al-Muttalib. walaupun masih berpegang dengan agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokong urusan anak saudaranya dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam majlis itu. Perbincangan pun dimulakan dengan persetujuan perjanjian agama dan ketenteraan.

Dalam majlis itu, al-Abbas menjelaskan peri beratnya bebanan tanggungjawab yang akan dipikul sebaik sahaja perjanjian dimeterai. Rasulullah membentangkan agenda baiah dan dipersetujui oleh pihak al-Ansar:
agenda bai'ah:
1. mendengar dan mematuhi dalam keadaan malas dan segar
2. berinfaq semasa susah dan senang
3. menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kemungkaran
4. berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan kecaman orang.
5. menyokong daku (Rasulullah) setibanya daku di kalangan kamu nanti, mempertahankan daku seperti mana kamu pertahankan diri dan anak isteri kamu, sebagai balasan adalah syurga Allah di akhirat nanti.

kaum quraisy apabila mendapat tahu tentang adanya bai'ah, mereka segera memburu golongan yathrib. mereka menangkap dan memberkas Sa'd bin Ubbadah. mereka menangkap serta memberka tangannya dengan tali ke kekang tunggangannya, apa lagi mereka mengerjakan terhadap Sa'd menyeret-nyeretnya, menarik-narik rambutnya, hinggalah mereka membawa masuk semula ke Mekah namun bila al-Mut'am an al-Harith mendapati Sa'd dalam keadaan demikian, mereka berdua berusaha membebaskan mereka dan merongkai ikatan di tangannya, ini adalah kerana Sa'd memberikan perlindungan kepada Qafilah mereka yang melalui Yathrib.

Baiah aqabah yang pertama tidak sepanjang bai'ah aqabah yang keduai.Bai'ah aqabah yang pertama ini lebih ringkas namun memiliki banyak iktibar yang kita boleh ambil. Penambahan orang yang ingin berbaih kepada Rasulullah meningkat kerana penyampaian dakwah yang berkesan yang dilakukan oleh golongan yang sudah berbaiah sebelum itu. Jika kita teliti semula, perjuangan dakwah islamiah Rasulullah S.A.W dibantu oleh golongan muda seperti Mus'ab. Hal ini kerana golongan muda memiliki tenaga dan idea yang lebih kreatif dan memiliki semangat yang tinggi. Selain itu, strategi dan perancangan yang rapi perlu dibuat untuk memastikan bahawa segala yang telah dirancang akan berjalan dengan baik.
selain itu, agenda bai'ah yang ditekankan adalah mengenai pembentukkan diri individu itu sendiri. Individu yang baik akan dapat melahirkan masyarakat yang baik.

Baiah aqabah yang kedua pula lebih mencabar. Lebih ramai yang menemui Rasulullah dan berbaiah kepada baginda. Kerahsiaan amat penting dan dititikberatkan. Hal ini membantu untuk mengelakkan ancaman daripada pihak luar. Diplomasi yang dilakukan menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang menekankan kepada perbincangan dan bukannya melalui peperangan semata. seksaan yang dilakukan oeh golongan quraisy tidak memadamkan cahaya keimanan yang ada. semua inikerana adanya keimanan dan kepercyaan yang tinggi bahwa Islam adalah agama yang betul di sisiNya.

Bai'ah bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan pada ketika ini. Berbaiah kepada Rasulullah adalah sunnah. Baiah juga diteruskan selepas daripada kewaftan Rasulullah, iaitu berbaiah kepada pemimpin. menunaikan sunnah baiah adalah wajib dan mencabulinya dengan sengaja adalah maksiat.

semoga ada iktibar yang dapat diambil

No comments: