Thursday, September 18, 2008

bunga...

Aduhai bunga...


Aduhai Bunga-Bunga Islam..Andalah yang bernama al-mar'ah dan kalau dijamaknya menjadi An-Nissa, nama sebuah surah dalam Al-Quran. Demikian penting anda dalam agama, anda telah didudukkan pada posisi yang sejajar dengan lelaki. Sebagaimana lelaki, anda juga adalah makhluk Allah yang sempurna yang dijadikan untuk menjadi khalifah di bumi ini. Anda diibaratkan sebagai tiang negara, apabila anda baik, baiklah negara dan kalau anda rosak, rosaklah negara. Anda juga memainkan peranan yang penting dalam institusi kekeluargaan, jika anda belum berumahtangga, andalah bunga yang menghiasi rumahtangga kepada kedua ibubapa anda, jika anda telahpun bergelar ibu, andalah orang yang paling bermakna bagi anak-anak, andalah sebagai pendidik kepada mereka, andalah sebagai orang kanan rumahtangga dan andalah yang bergelar isteri. Sebagai ibu, anda menepati kedudukan teratas. Hal ini tercermin dalam hadis Nabi s.a.w yang ertinya, di "Syurga itu terletak bawah tapak kaki kaum ibu." Firman Allah tentang kemuliaan ibu ini terdapat dalam Surah Luqman ayat 15, bermaksud; Dan KAMI perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam kedaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua orang ibupapamu, hanya kepada-KU lah kembalimu. Peranan anda yang lain ialah sebagai pembentuk masa depan siapa pun yang anda asuh, baik dalam konteks anda sendiri bergelar gadis ataupun sebagai ibu, sebagai pemimpin di pejabat atau sebagai seorang isteri di sisi suami yang dikasihi. Anda juga berperanan penting dalam masyarakat.

Banyak ayat dalam Al-Quran yang menyebut bahawa Islam memberi kebebasan kepada wanita untuk aktif di tengah masyarakat sesuai dengan kudrat dan kemampuannya sebagai wanita. Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh, baik dia lelaki mahupun sedang dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam Syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun. (An-Nissa:124) Wahai anda, ketahuilah panggilan wanita yang anda sandang ini adalah suatu kemuliaan yang tinggi martabatnya, dan peranan yang perlu anda mainkan di muka bumi Allah S.w.t ini turut besar dan penting. Jika tidak, tidaklah makhluk kedua yang Allah S.w.t jadikan di sisi Nabi Adam a.s bergelar Hawa, sejenis dengan anda.

Anda adalah bunga, harum mewangi"Jadilah mawar berduri harum wanginya,jangan jadi seperti orkid yg hanya lawa tapi tiada keharumannya. .."

pengurusan sumber manusia....

atau lebih dikenali sebagai HR...apa sebenarnya subjek ni??aku knal ngan subjek ni pun time d tingkatan 6 dulu,amik PP kan..rasa macam best ja..alih2,time isi borang UPU ari tu,aku terisi la plak HR ni...alhamdulillah dapt.d UUM plak tu..(mau tau ka,aku mmg mau masuk uum ni dr skola dulu..ntah la napa)sambung balik..first tu mama aku yg tersayang ndak mau bg aku masuk uum ni kecuali dapat kursus perguruan,bp aku ok ja..masuk U lg anaknya sorang ni...(ku mmg mau jd cgu pun tp xda rezeki.huhu..)tp aku bekeras juga mau p,then mama ku pun ok ja...(terima kasih mak kerana menjadi yg paling smpurna buatku..)sampai ja d uum ni(dok kolej luar-DEWAN PENGINAPAN PELAJARBUKIT KACHI 2;ktorang ja yg xda penaja)..uum ni buat almost budak2 HR ni dok kolej ni...kolej aku ni semua perempuan...so,terusla jumpa ngan kawan2 sealiran..(sekali ngan HASILA la..)first sem tu aku hnya amik subjek yg belum menjurus sgt kpd HR ni..(comm 1,math pengurusan,TITAS,bm pengurusan,sains sosial,sns pemikiran dan etika,pengantar pengurusan..)..sem 2 pun ada la paper HR ku 1(pengurusan HR,pengantar stat,OB,asas keusahawan,kenegaraan,hub etnik dan sem ni aku dah dapat ko k)...ok la juga setakat sem 2 tu...alih2 naik sem 3 ni..mmg pulun abis2 paper HR ku...PEREKRUTAN,KESELAMATN DAN KESIHATAN PEKERJA,LATIHAN,PAMPASAN,STAT GUN,PEMASARAN...mencabar..tp so far,so ggod la..kena belajar betul2 supaya dpt score and nmpak expert la dlm kursus ni(lect ku bg tau)..sem depan2 lg la mmg aku punya subjek ja ni..takpa,this is my choice and i dont regret it..just go on..insyaAllah,success!

syukur....

salam ramadhan kepada semua...terima kasih kerana sudi mau lawat blog ni...ntah kenapa terasa mcm mau ada blog sendiri...alhamdulillah semua midterm dah selamat dilalui.usaha dah d tabur dengan tawakal yang tinggi kepadaNYA,insyaAllah kita menanti dengan sabar keputusannya..terasa makin naik2 sem ni makin mencabar pula semua subjek..tambahan pula dah menjurus kepada kursus yang aku amik ni(HUMAN RESOURCE MANAGEMENT).fuh!payah juga rupanya mau mendalami ilmu ni...kena belajar cara merekrut,bagi temuduga & mcm2 lagi..tp insyaAllah,ini yg aku pilih jd perjuangan harus ku teruskan..
ayat biasa yang aku dengar time ramadhan ini"slay,p mana raya ni?'...kdg2 aku hnya mampu senyum ja...atau 'tak balik sabah ke?'..soalan yang ku kira mampu membuatkan aku sedih..sapa yang tak nak balik beraya bersama keluarga kan..tp apa kan daya..bukan masalah kewangan,tp memikirkan kekangan yang sangat banyak mengasak fikran ini,yang menyebabkan aku malas untuk pulang beraya d kg...ramai juga kawan2 yg balik ke sabah,namun aku terasa biarlah...mungkin ini ja masa yg aku ada untuk beraya jauh dr fmly ku...sem1 dulu aku pun x balik ke sabah.ikut beraya d penang tempat kawan..alhamdulillah,aku pergi d tempat yang aku x pnah fikir akan aku jejaki..merasa raya d tempat org memang berbeza..sangat berbeza..ada masa,rasailah sendiri..betapa kerinduan itu aku tutup dengan kegembiraan menyambut bulan kmenangan ku..insyaAllah ku mohon,semoga hidupku sentiasa dalam keberkatan YANG MAHA ESA...
iNsyaAllah sem ni aku pun tak balik,beraya plak d perak...sekali lg ramadhan n sywal ni ku sambut tanpa keluarga tersyg..hnya panggilan tel dan mesej yg menjadi penghubung..semoga kita dapt bertemu d aidilfitri yg lain...
salam ramadhan semua...